1. SV quote pasal Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"
2. Dalam 1 berita TV:
"Ini perkara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"
3. SV berkata dalam 1 ceramahnya:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" dan SV menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"
4. Kenyataan SV dalam 1 berita TV:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah?!"
5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"
6. Berkenaan gejala sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"
7. Ketika program menderma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"
8. Ucapan selamat datang:
"Selamat datang saudara-mara semua" (sepatutnya 'saudara-saudari')
9. Ketika kemuncak kemelut Al-Arqam:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"
10. Ketika perasmian bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"
11. Ini paling pecah perut:
"Kita akan bina roket pigi matahari." Seorang wartawan bertanya, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." SVmenjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"
notakaki : perut gua dah terburai dah semalam. kah kah kah!
sumber : email Zaren.
Wednesday, December 22, 2010
kasik pecah perut...
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 9:52 AM 11 tukang komen
Labels: capcai
Tuesday, November 23, 2010
pantun Cik Tat dan rakan-rakan...
rama-rama terbang melayang,
terbang melayang di waktu senja,
kenapa orang bunuh orang,
sungguh jahat orang itu.
gunung daik bercabang 3,
hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang jua,
2,3 kucing berlari.
anak kambing jalan seorang diri,
membeli baju di rumah Norkumala,
kalau tuan membeli padi,
kenapa ingin menampal tayar.
2,3 kucing berlari,
mana sama si kucing belang,
ku pinang-pinang tak dapat-dapat,
cik tat yang ku ingin x&gdh%3ndg@#.
anak tenggiri di tengah kolam,
anak kolam di tengah tenggiri,
kalau ingin membeli ikan tenggiri,
janganlah membeli di dalam kolam.
2,3 monyet terbang,
mana nak sama tupai terbang,
kalau kita orang yang baik,
tentu kita banyak wang.
2,3 kedidi berlari,
gunung daik bercabang 3,
hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik ditanak sudah.
kalau tuan membeli helikopter,
membeli helikopter di gunung daik,
persatuan negara memajukan negara,
ke mana kita membeli bendera.
menjual helikopter di tengah bandar,
bandar indah maju membangun,
negara malaysia negara yang maju,
perodua kancil engaku dah beli.
dari mana mahu ke mana,
dari johor mahu ke kedah,
kalau tuan pergi ke kedah,
jangan lupa beli laksa kedah.
anak kedidi memakan padi,
padi dimakan di tengah hari,
kenapa budaya lepak menjadi-jadi,
tolong jawab cik tat di sana.
burung serindit atas pokok,
burung merbuk di bawah pokok,
itu pokok ada burung serindit,
burung gagak itu dalam pokok,
kalau tuan panjat pokok,
budaya lepak bawah pokok.
sana burung sini pun burung,
atas burung bawah burung,
tepi burung kanan pun burung,
depan dan belakang di mananya burung.
anak sotong dalam laut,
anak laut dalam sotong,
itu sotong berenang dalam laut,
tidak boleh jumpa dalam taman burung.
* untuk live version, dengar sini.
notakaki : kuno punya pantun ni. sejak tingkatan 3 aku dah dengar. haram punya pantun.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 11:59 AM 9 tukang komen
Labels: benda gila
Saturday, November 20, 2010
faceshirt...
tadi aku dengan Muslia (opismet) pergi uptown Shah Alam.
nampak sorang budak pakai baju biru, depan dia tulis 'Find me on Facebook'.
Muslia nampak berminat nak beli, tapi segan nak tanya budak tu mana dia beli.
kalau tahu ada orang jual mana-mana, bagitahu yer.
aku pun berminat jugak sebenarnya. ngee~
dapat yang macam ni pun boleh lah.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 3:46 AM 11 tukang komen
Labels: capcai
Monday, November 15, 2010
sekali-sekala menambahkan ilmu agama di dada cara jugak dok?
"Kawan gua pernah cakap dulu, sembahyang dalam gelap adalah makruh. Betul ke tak? Need answer."
lepas sembahyang, naik atas sambung buat kerja. lebih kepada buka facebook, twitter dan YM sebenarnya. muahaha! (shhh, jangan bagitahu bos gua)
ada lah beberapa saing yang respon post aku tu. Shepha siap kasi link. ini dia punya komen/jawapan.
"6.Bolehkah saya sembahyang di dalam gelap (hanya menggunakan lilin sahaja.)
Sunat kita sembahyang di tempat yang terang sebaliknya sembahyang di dalam gelap adalah makruh. Memakai lilin terletak kepada niat. Lilin boleh digunakan kalau memang larnpu sudah rosak tetapi kalau lampu ada mengapa perlunya memasang lilin.
http://hafizhood.wordpress
jadi sekarang rasanya sudah mendapat jawapan. kalau ada pandangan lain, rasa percuma (baca : feel free) untuk bagitahu.
notakaki : aku copy sebijik-sebijik dari blog hafizhood tu. typo 'larnpu' pun aku tak tukau.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 5:54 PM 8 tukang komen
Labels: capcai
Tuesday, November 9, 2010
berada lebih tinggi daripada biasa...
ini baru sampai kat puncak #2 (tulisan kuning atas batu). masa ni masing-masing muka penuh tenaga lagi.
baru sampai puncak #8+. ada sorang pakcik tu cakap, bukit ni ada berbelas-belas puncak. aku pun tak tahu betul ke tak. kalau dia tipu aku, maknanya aku tipu korang lah.
dalam gambar kat atas ni, ada bendera Malaysia kecik je nampak kat belakang. jauh kot nak gi puncak sana. kat dalam gambar kat bawah ni, kami dah sampai kat bendera tu.
selepas puncak #9, masing-masing dah tak larat nak bergambar. aku pun tak larat nak keluarkan masukkkan keluarkan masukkan kamera Zaren. nampak UIA kat belakang bukit pun tak berapa teruja nak ambil gambar. nasib baik sempat turun awal. petang-petang area sana hujan kot.
notakaki : jom naik gunung!
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 2:44 PM 14 tukang komen
Labels: jenjalan
Friday, October 15, 2010
perihal Haji...
2. jemaah haji Malaysia dari pantai timur semenanjung akan berlepas dari Kuala Terengganu menaiki penerbangan terus ke Jeddah.
3. nak gi haji sekarang ni kurang-kurang kena ada duit 10 ribu. itu pun lepas kerajaan kasi subsidi sikit.
4. sekali ko dah gi haji, lepas 5 tahun baru ko boleh daftar nama balik untuk haji yang seterusnya. kasi can kat kat orang lain nak pergi pulak.
notakaki : wikend ni gua balik kampung. ayah gua lone ranger gi haji sorang-sorang.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 6:43 PM 9 tukang komen
Labels: capcai
Monday, October 11, 2010
dia ni baru habis mengadap muka lecturer...
Mex Mixah punya konvo minggu lepas.
notakaki : feeling Middle East jugak masa aku gi UIA aritu.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 11:19 AM 10 tukang komen
Labels: gegambaran
Thursday, October 7, 2010
perihal kereta...
bila kereta dah banyak, makanya tak semua kereta boleh diparking dalam pagar rumah. paling banyak pun boleh masuk 2 kereta, paling sikit 1 kereta. masing-masing berebut nak parking dalam. aku tak join lah perbalahan dieorang sebab semua motor dijamin ada parking.
malam pertama kereta John di rumah...
Imey : "kereta siapa parking kat depan tu? kereta kecik kena parking kat luar je."
John : "ahh. tak kisah ah kecik ke besau ke. kereta baru kena jaga."
Imey : "kereta baru pun, compare dengan kereta aku, lagi mahal kereta aku."
aku : "mahal tapi kereta 2nd hand kan?"
*sound-less*
kemudian masing-masing gelak.
aku : "takpe mey, 2nd hand car is better than nothing."
aku terus naik atas. malu pada diri sendiri.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 5:15 PM 15 tukang komen
Labels: sekitar saya
Friday, October 1, 2010
sorry sorry, gua bukan nak call lu...
dulu, lama dulu lah. masa duk lepak-lepak depan rumah, aku nak telefon kawan aku, Zaren. tuut tuut tuut 2, 3 kali pastu dengar ada orang angkat.
'hello Zaren, bla bla bla....'
lepas tu kedengaran ada respon. eh, kenapakah suara mamat ni menjadi suara perempuan yang garau?
'eh, siapa ni?'
'ko nak telefon siapa? ni aku lah, Zara'
aku tengok skrin telefon; terpampang Zara. terus letak telefon.
.
.
.
minggu lepas, masa kat Rumah Terbuka Polis KL. tengah sedap menyerang satay, dak ofis yang datang sekali bagitahu ada hal kat pejabat. dia suruh telefon dak ofis yang ada kat ofis, Hana.
sebelah tangan pegang satay, sebelah tangan cari nama dalam henfon. tekan tekan tekan dail.
'hello Hana. apa hal suruh call?'
'bla bla bla (membebel)'
aku jadi pelik. tengok skrin; Hanie. terus letak telefon. sambung makan satay.
notakaki : apsal setiap kali salah dail, mesti kena kat blogger?
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 11:46 AM 12 tukang komen
Labels: sekitar saya
Wednesday, September 29, 2010
Tuesday, September 21, 2010
Snippet Syawal
1. lepas raya perut makin kembung sebab banyak makan. poket pulak makin kempis sebab pitih banyak habis.
2. walaupun poket kempis, tapi rezeki makin murah. ada je jemputan ke rumah terbuka. yang tak buka pun, kita bukakan aje.
3. walaupun makan dengan kuantiti yang banyak, seluar still maintain pakai macam biasa.
4. maaf lah kepada tuan rumah open house yang aku hadiri kerana menghabiskan kuih raya korang terutamanya almond london. maklumlah, saya hantu kuih raya.
5. maaf jugak kepada kawan-kawan yang nak datang beraya ke rumah aku. hari raya pertama aku sibuk beraya ke rumah saudara-mara. hari raya kedua menyibukkan diri di rumah terbuka kakak #1. hari raya ketiga aku dah blah ke Temerloh.
6. perasan tak, nak tunggu raya rasa macam bapak lama gila. lepas raya tak sedar dah raya ke 12.
7. masjid-masjid akan kembali lengang, tak macam awal Ramadhan dulu.
8. eh kejap. kalau namanya 'rumah terbuka', maknanya semua orang boleh datang lah kan?
9. lepas raya ni aku bet semua pekerja jadi lemau dan malas. cuti seminggu lebih, mana tak malas kan.
10. sebab malas lah aku buat entry pakai format snippet jer. idea nak update sokmo tak mari.
notakaki : aku belum start puasa 6 ni.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 12:30 PM 15 tukang komen
Labels: dari dalam diri
Wednesday, September 8, 2010
2 hari sebelum raya (kalau raya hari Jumaat)
tahun ni punya persiapan raya lebih kurang je dengan tahun lepas. beli ala kadar je untuk diri sendiri. cukup setakat sehelai jeans dan se______ (tolong isi penjodoh bilangan) wallet a.k.a beg duit lelaki. baju melayu? tak perlu kot. sebab aku dah ada 5 pasang baju-melayu-yang-aku-baru-pakai-sekali. 3 pasang pakai masa raya dan lagi 2 pasang lagi masa majlis kahwin kakak-kakak aku dulu. lagi pun fesyen baju melayu takde lah berubah sangat. macam tu juga.
sebelum aku balik kampung petang ni (lepas balik kerja terus balik), aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada kaum keluarga dan kawan-kawan dalam dunia blogging / silent reader (ada ke?) / fesbuk / twitterjaya. pendek kata kepada semua lah. pohon maaf zahir dan batin. sambut lah raya dengan meriah tetapi sederhana. jangan makan banyak. nanti seluar makin ketat. <-- peringatan untuk diri sendiri.
bye.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 4:43 PM 10 tukang komen
Labels: capcai
Sunday, September 5, 2010
berpuasa.ber-31-ogos.bertunang.
selamat bertunang Kak Yong dan Abang Farid!
* Kak Yong adalah sepupu kepada Zaren.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 7:37 AM 7 tukang komen
Labels: gegambaran, tunang/kahwin
Monday, August 30, 2010
sajak Kelantan/utara Terengganu
tok serupo pening dengan bekok keng
tok serupo bering dengan bekeng
tok serupo kubota dengan keto begalo
tok serupo demey keta dengan demey kuro
tok serupo bojeng dengan palo botok
tok serupo sate dengan gulalei
tok serupo babey dengan jahil tukey
tok serupo hapah nyior dengan dedok
tok serupo che mek dengan pisey lechek
tok serupo gletek dengan becokek
tok serupo becongok dengan bersandar
tok serupo jenguk dengan mengita
tok serupo jerey dengan jiruh
tok serupo rambut jarey dengan palo bubuh
tok serupo se'eh dengan bede'eh
tok serupo plastik dengan damar
tok serupo beg kelek dengan supek gelenya
tok serupo samseng dengan galok
tok serupo gilo isim dengan gilo talok
notakaki : lambat lagi weh nak balik Terengganu!
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 12:01 PM 14 tukang komen
Labels: capcai
Thursday, August 26, 2010
pagi tadi aku terfikir pasal benda ni...
Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti Islam. Inovasi dan teknologi sebenarnya membantu perlaksanaan ibadah agar menjadi lebih mudah.
Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan?
Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Ia bukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan ijab dan kabul (akad nikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.
Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut. Wallahua’lam.
sumber : blog zakat Selangor
notakaki : walaupun kerja aku berkaitan sms, tapi aku lagi suka bayau zakat salam tangan amil.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 2:17 PM 12 tukang komen
Labels: capcai
Monday, August 23, 2010
juadah berbuka puasa paling rare setakat ni...
kudos kepada anak saudara-lelaki-umur-15 yang decorate kek ni. hoho.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 9:00 AM 8 tukang komen
Labels: gegambaran
Tuesday, August 17, 2010
Puasa ke 7...
ini entry ke 222.
hari ni umur aku jadi 23. tetiba rasa macam dah tua.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 2:27 PM 12 tukang komen
Labels: taip laju-laju
Tuesday, August 10, 2010
berjumpa kawan-kawan...
Acara : lepak-lepak dengan 'sek-sek' ex-BITD
Tarikh : 1 Ogos 2010
Tempat : Alamanda Putrajaya & IOI Mall Puchong
Acara : Perkahwinan Hafiz & Ika Kangkong
Tarikh : 7 Ogos 2010
Tempat : Rumah pengantin lelaki, Batu Pahat, Johor
Acara : Konvokesyen Zaren
Tarikh : 7 Ogos 2010
Tempat : Kampus Tetap UTeM, Ayer Keroh, Melaka.
notakaki : makin membesar saing-saing aku rupanya.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 12:59 AM 11 tukang komen
Labels: gegambaran, mari berkumpul
Thursday, July 22, 2010
henti berhenti terhenti Perhentian
petang Jumaat aku, Joe, Shipa dan Ramiza sampai kat Lapangan Terbang Kota Bharu. nama rasmi dia aku tak ingat lantaklah. keluar dari airport naik teksi ke stesen bas kat Kota Bharu dulu. stesen bas ni pun aku tak ingat nama dia lantaklah sekali lagi. tambang teksi ni RM 27 ke stesen bas tu. tiket flight pergi balik kami pun baru RM 19. lepak jap kat sana sementara menunggu kawan Joe datang amek untuk ke Kuala Besut.
petang tu kami jalan-jalan kat Long Beach. nama nak international mentang-mentang mat saleh minah saleh bersepah sana sini. nama asal Pasir Panjang kot. dengar cerita Long Beach ni pantai paling panjang kat Perhentian Kecil ni. sebab tu nama dia Long Beach. bukan sebab pasir dia panjang-panjang macam beras Faiza tu.
agak-agak nak senja kami naik bukit rentas pulau untuk ke Coral Bay a.k.a Pantai Romantik. kat sini boleh tengok sunset. tapi tak berapa nak sunset sebab ada awan. malam-malam takde aktiviti sangat untuk dibuat. lepas makan lepak kat pantai layan open pub tengok orang main api. nak telefon ibu-ibu bapak-bapak pun boleh lah sebab kat pantai je ada coverage.
pagi Ahad tengok sunrise lepas tu terus mandi laut. nikmat woh mandi laut pagi-pagi. matahari dah tinggi baru naik breakfast. lepas Amin balik, kami gi kat kincir angin atas bukit belakang chalet. haha padan muka Amin tak sempat naik bukit.
sampai darat masing-masing melilau cari nasi berlauk sebab kat pulau banyak makan western aje. kemudian Joe dengan rela hati menghantar ke Kota Bharu. sempat ah pusing-pusing derap-derap dalam Bandaraya Islam tu kejap. diulangi Bandaraya Islam.
malam tu tidur kat Kota Bharu. sempat lepak ngan kawan kami, Muadz yang kerja sana. dia bawak kami jalan-jalan kat Wakaf Che Yeh last-last dia sendiri yang shopping beratus-ratus. jalan punya jalan punya jalan terserempak pulak dengan Ajip. jauh nau tempat terserempak. Muadz dan Ajip ni dua-dua kawan dari UTeM dulu.
Pagi Selasa Muadz datang ambil pastu terus ke airport. naik flight 50 minit tidur sedar-sedar dah sampai LCCT. balik dari pulau ni biasa lah kalau sunburn. tapi aku tak heran pun sebab aku dah sedia kala sunburn. sunburn tak sunburn, janji puas hati.
notakaki : penat tak baca/tengok gambar entry panjang? haha
penghargaan : terima kasih kepada Joe selaku pemandu pelancong dan pemurah kos percutian. LOL
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 12:50 AM 24 tukang komen
Labels: gegambaran, jenjalan, tulis panjang-panjang