Wednesday, April 29, 2009

oii oii oii !!

aku rasa nama blog aku ni Life Is A Story.
takde pulak aku tulis Life Is About Menjawab Tag.
kau tengok kotak mengumpat kat sebelah kanan ni,
suka-suka je 3 makhluk ni tag aku.
itu tak termasuk yang guna kaedah kirim-kirim.
apa korang ingat ini blog tag?
atau bulan ini bulan mari mengetag encik k.e.r.i.?

notakaki : tengah-tengah tahun ni banyak gila kerja seh!

Monday, April 27, 2009

BeTaBaJaTaMa

kau tahu BeTaBaJaTaMa tu apa?

BeTaBaJaTaMa = Beri Tag Banyak, Jawab Tag Malas

si Naim Husni ni suka-suki pankreas dia je kasi nama ni.
dia tak tahu aku ni seorang yang gigih menjawab tag.
tak percaya, tanya si Azie. kan Azie kan?

1. What is the most important thing in your life?
My life.

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Dinner at Restoran GG Tomyam.

3. Where do you wish to get married?
Her house.

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
I dont know.

5. Are you in love?
Maybe.

6. Where was the last restaurant you had dinner?
GG Tomyam.

7. Name the latest book that you bought.
Slumdog Millionaire.

8. What is your full name?
Mohd k.e.r.i. bin Haji Ibrahim

9. Do you prefer your mother or your father?
Both of them.

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Bono U2.

11. Christina or Britney?
Christina

12. Do you do your own laundry?
Yes.

13. The most exciting place you want to go?
Kuching.

14. Hugs or kisses?
Hugs with kisses.

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
Debate, FKP, Negeri Sembilan, UTeM, Melaka

16. 3 things I am passionate about
Food, Movie, Photography

17. 3 things I say too often.
Bereh, uik, taik.

18. Book I've read recently.
Slumdog Millionaire by Vikas Swarup

19. 8 songs I could listen to over and over again.
The Fray - You Found Me
Fall out Boys - 27
Natasha Bedingfield - Again
Incubus - Love Hurts
Hoobastank - So Close, So Far
Afgan - Entah
Flumpool - Over The Rain
Kertas - Kekasih Yang Tidak Dianggap

20. 3 things I learned last year.
Money, Time, Relationship

21. 8 people to tag.
Abang #1
Abang #2
Kakak #1
Abang #3
Kakak #2
Abang #4
Kakak #3
Kakak #4

notakaki : ini tag paling jujur pernah aku jawab. haha!

Saturday, April 25, 2009

15 ni weh...takde diskaun ke?


ini tag si paiseh yang kasi. gila tak ikhlas. siap kena jawab tag 15 soalan pulak tu. dengan 'sek-sek' sendiri pun nak berkira. diskaun lah sikit barang seketul dua. hahaha!

The rules:
Link to your tagger and post these rules.
List 15 random facts about yourself and tag 5 people.

*mula*

ser.
sekarang aku sorang-sorang kat rumah. bangun tidur tadi budak-budak enjin dah takde. aku kena tinggal. apalagas, sambung tidur lah.

due.
aku tak ada perempuan simpanan. serius. mana nak cari satu ni hah. terasa tahap kekodian dalam diri sudah mencapai tahap tinggi dah ni.

tige.
tandas duduk dengan aku memang tak pernah nak kacip. seksa jiwa raga nak selesaikan task tersebut dengan cara yang tak 'lawas'. sila jangan bayangkan.

pak.
dari dulu sampai sekarang, aku memang minat dengan jenama b.u.m. jenama budak-budak baru nak naik, tapi aku suka. baju, jeans, stokin, tali pinggang kau sebut je, semua aku ada. ya, seluar dalam pun termasuk sekali. nasib kopiah jenama b.u.m je takde.

lime.
aku penggemar makanan eksotik, ni bukan-enjin-pakai-spek yang cakap. ada ke patut big apple,mekdi, secret recipe tu dia labelkan sebagai makanan eksotik. tak senonoh sungguh.

nang.
start dari sekolah menengah, hati aku dah tertawan dan terpesona dengan majalah utopia. sampai sekarang aku kumpul. aku syak dah boleh bukak pustaka dah tu. kalau rasa nak baca dari #1 sampai #147, pergi baca kat rumah aku kat terengganu. #148 sampai #153 ada kat puchong ni.

tujoh.
aku ada kakak. kakak aku ada kakak. kakak kakak aku ada abang. abang kakak kakak aku ada kakak. kakak abang kakak kakak aku ada abang. abang kakak abang kakak kakak aku ada kakak. kakak abang kakak abang kakak kakak aku ada abang. abang kakak abang kakak abang kakak kakak aku ada abang. abang abang kakak abang kakak abang kakak kakak aku ada abang. haha. pening lah kepala kau!

lapang.
tobat sebelum ni aku tak pernah sentuh novel orang putih. kerana tempias Slumdog Millionaire, aku beli-dan-baca-sampai-habis novel dia. amerika jugak aku ni.

millang.
masa tadika dulu aku seorang je budak yang boleh mengira dari sepuluh sampai satu. pastu siap boleh tulis nama sendiri pulak tu. gila genius. tapi sekarang, tahap kegeniusan berkadar songsang dengan peringkat pendidikan.

pulloh.
aku mengaku tak boleh tengok lembu kena sembelih. tengok darah lagi lah aku tak boleh. euww, menggelikan bulu aku. macam mana lah perasaan orang yang berdarah sebulan sekali. hahahaha.

sebelah.
sekarang ni cik winamp memutarkan lagu bholi se surat versi remix elektronik. kepala aku dah terbayang-bayang madhuri dixit pakai sari sambil menari shuffle. shah rukh khan pakai apa, menari apa aku tak nak bayangkan. ok, aku lupa. Datuk Shah Rukh Khan.

dua belah.
korang jangan percaya sangat dengan tag aku yang sebelum ni. rambut aku bukan kaler biru. salji-salji keputihan ada lah sikit. shampu aku habis weh.

tige belah.
dunia kepengawasan-perpustakaan memang dah sebati dengan hidup aku. sejak sekolah rendah sampai masuk sekolah menengah. nampak sangat ke tanda "Saya suka baca buku" kat dahi aku ni.

pak belah.
masa sekolah menengah dulu, hampir setiap minggu keluar terbang. satu bandar KT kami tawaf weh. sikit lagi nak mabrur. itu pun sebab singgah kat Tanjung main snooker.

lime belah.
aku memang gigih menjawab tag. kalau ada markah, konpem aku dah dapat markah penuh ni. dah dah, aku nak gi mandi pulak.

*habis*

siap lah korang kalau tak jawab tag aku ni. aku simbah cat merah kat rumah korang nanti. haha.

1. naim husni
2. semy
3. shepha
4. zara
5. jiwa celaru

notakaki : setan-setan di sekeliling ni asyik hasut aku bukak tiub merah je. nasib iman masih tebal.

Friday, April 24, 2009

dari rumah ke bravo...

malam tadi keluar makan di bravo.
bawak motor. sambil nyanyi-nyanyi.

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...

tak pernah ku bayangkan
cerita kita berakhir begini
tega nya kau dustai semua
janji kita berdu..

ptuih. ptuih. ptuih.
cilake punya serangga-aku-tak-tahu-nama masuk dalam mulut.
potong stim aku nak menyanyi je.

notakaki : lirik tiada kaitan dengan kondisi hati dan perasaan sekarang.

Wednesday, April 22, 2009

bahana buku wajah...

aku rasa semua orang dah ada facebook.
nama melayu dia buku wajah.
gejala sosial terbaru berleluasa dalam internet.
dulu zaman friendster, zaman myspace, tagged apa semua, kau sebut je. semua aku ada. haha.
tapi pesen buku wajah ni lain sikit.
siap ada kuiz bagai. tu yang parah sikit.
semua orang dah jadi gila terkena virus menjawab kuiz.
berapa anak kau dapat lepas kahwin?
muka kau macam artis mana?
kementerian apa kau jaga kalau kau jadi menteri?
semua jenis mak nenek kuiz ada lah senang cakap.
tapi apa pasal kampung dan sekolah aku pun jadi mangsa sekali?

tak reti-reti nak klik kat gambar-gambar atas ni?

Monday, April 20, 2009

malang tidak berbau, jauh sekali berbunyi...

kelmarin hari jumaat. hari berkat orang-orang tua cakap. seperti hari-hari biasa, masuk pejabat, on pc apa semua, check email. ambil mood dulu sebelum mula bekerja. sambil-sambil kerja sempat lagi ber-ym dengan nughul. aku tanya pasal hujung mata kiri aku yang dah buang tabiat asyik bergerak-gerak sendiri je 2,3 hari ni. nughul memberikan cadangan supaya menggunakan perkhidmatan encik google.

aku jumpa ini dan ini.
EKOR MATA KIRI - mendapat sedikit kepayahan
ah sudah. hati dah tak sedap duduk. kesusahan apakah? mungkin mitos a.k.a kuno a.k.a kepercayaan orang melayu je kut. mana logik. hati dah berat ke tak nak percaya. kalau betul pun jadi, paling-paling azab kena marah dengan edward the boss.

selepas break makan tengah hari, bateri henset-celaka-kena-cas-dua-kali-sehari dah bertempik melolong minta dicucuk. cucuk punya cucuk pun bateri tak masuk cas. adoiyai. lantak lah. aku cucuk jugak. ambil hati kau sebab kau dah berjasa pada aku selama 4 tahun plus plus.

pukul 6.45 petang, dunia menjadi gelap gelita. ingatkan earth hour. rupanya elektrik terputus. apalagi, kemas barang lah. balik. sampai rumah 5 minit, rumah pulak jadi mangsa keterputusan elektrik. henset tak cas lagi. pukul 9 dah nak melayan Confessions of A Shopaholic kat GSC Alamanda dengan shepha dan zaren.

aku pecut motor. tak lah laju. 100 km/j saja. sampai simpang ke putrajaya, tayar belakang dah macam nak lari ke kiri kanan. taik. bocor pulak. berhenti untuk check takut-takut mainan perasaan semata-mata. memang sah bocor. terus sms shepha "tak dapat datang, tayar bocor". patah balik lah jawab nya. patah hati juga.

aku nampak ada nama dan nombor telefon servis tukar tiub kat bawah flyover. hati dah berbunga riang. kena bayar 30, 40 ringgit pun takpe lah. aku dah terdesak. baru je tekan 0, bateri habis terus auto off. on balik. dail lagi. auto off lagi. on lagi tapi kali ni dah tak boleh on terus. taik lagi di situ. aku takde pilihan, terpaksa bawak motor balik puchong dalam keadaan azab. hati yang berbunga riang menjadi layu.

habis punah ranah semua perancangan. hati jadi kempunan. kepala mula teringat hasil pencarian google siang hari tadi. betul juga kata-kata orang tua. kebetulan atau tanda itu memang bermakna?

notakaki : sila jangan percaya bulat-bulat atau pun petak-petak dengan tanda-tanda seperti itu. ini semua hanya kebetulan dan terjadi atas kehendak-Nya. Wallahu'alam.

Sunday, April 19, 2009

toilet quote...

Toilet Quote by Veron

ini adalah poster yang ada dalam tandas kat pejabat aku.
macam tandas tadika kan?
haha.

* credit to veron, the poster designer a.k.a. web designer a.k.a. interior designer a.k.a. t'shirt designer

Friday, April 17, 2009

ini bukan seratus tambah, ini seratus soalan...

1. Real name : Mohd k.e.r.i. bin Haji Ibrahim
2. Nickname(s) : Baby Boy *haha*
3. Age : 20 plus plus
4. Zodiac sign : Singa Jantan
5. Male or female : Nak tengok?
6. Elementary : Tadika Kampung Pulau Kerengga, Marang
7. Middle school : Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, Marang
8. High school : SMK(A) ****** ***** *****, Kuala Terengganu
9. College : kay yu ti kay em, melaka
10. Hair colour : Biru
11. Long or short : Pacak Pendek
12. Loud or quit : Silent mode
13. Sweats or jeans : Short & Boxer
14. Phone or camera : DSLR
15. Health freak : Muncet
16. Drink or smoke : Asap
17. Do you have crush on someone : *sengih nampak gigi*
18. Eat or drink : kedaroh dan ranggoh
19. Piercing : mahu!
20. Tattoos : euww.
21. Social or anti-social : Hantu social
22. First piercing : Lupa
23. First relationship : Darjah 5
24. First best friend : TV
25. First award : Darjah 3
26. First kiss : Kat mulut lah!
27. First pet : Kutu
28. First big vacation : Nilai 3
29. First love at first sight : Sokmo
30. First big birthday : Tahun lepas

Currently
31. Eating : Secret recipe. shepha sila jeles
32. Drink : Teh 'o' beng
33. Excitement level : Cecah siling
34. I'm about to : Habiskan tag ni lah
35. Listening to : King of Leon ~ Use Somebody
36. Plan for today : Tidur
37. Waiting for : Taik bintang jatuh.
38. Energy level : Full bar.
39. Thinking of someone : A*****t
40. Want kids : Kalau dia boleh beranak
41. Want to get married : *blushing*
42. Careers in mind : hakim, mat joe, shepha, nughul & kak nor sahaja yang tahu. updated : nutt dan ain pun dah tahu.
* kepada nama-nama di atas, tolong jangan sebarkan ye. plisss.

Which is better in the girl you like
68. Lips or eye : satu badan.
69. Romantic or funny : Bukan lawak bodoh.
70. Shorter or taller : Paras bahu.
71. Romantic or spontaneous : Spontaneous? melatah kah?
72. Protective or caring : Protecting is caring.
73. Nice stomach or nice arms : 36-24-36
74. Sensitive or loud : Sentap!
75. Hook-up or relationship : One night stand.
76. Trouble maker or hesitant : dua-dua pun boleh.

Have you ever
80. Lose glasses or contacts : *
81. Ran away from home : *
82 . Held gun/knife for self defense : *
83. Kill somebody : *
84. Been arrested : *
85. Broken someone's heart : *
86. Cried when someone died : *
* = Tidak pernah sama sekali

Dou you believe in
89. Yourself : Dinasihatkan jangan percaya
90. Miracle : Qada' dan qadar
91. Love at first sight : Berapa kali nak ulang siar soalan ni?
92. Heaven : WAJIB
93. Santa Claus : HARAM
94. Tooth fairy : HARAM
95. Kiss in the first date : HARAM

Truthfully...bukan Truthiness ye ujie.
97. Is there is someone you would want to be with right now : Tilam dan bantal
98. Are you seriously happy with where you are in now : Sofa yang nikmat
99. Do you believe in GOD : WAJIB
100. Post as 100 truths and tag 10-minus-8 people : Naim Husni dan Aishah. korang punya tag aku setel tahun depan. haha.

notakaki : iema, lain kali jangan tag panjang-satu-kilometer ni lagi. penat woh.

Wednesday, April 15, 2009

air orang putih yang bernama melayu...

dulu masa zaman belajar kat menara gading, (gading celah mana entah), hidup memang bebas. tengah-tengah malam pukul 2,3 pagi pun lepak di subaidah ayer keroh. gaya hidup urban lah kunun. paling-paling murah pun pergi 7-11 beli air bergas.

suatu malam hampir-hampir tengah malam, mulut teringin nak makan cikedis. apalagas, ambil kunci motor, pergi petronas bukit beruang. padahal dekat je pun dengan kolej kediaman, sekangkang anak kera je jauhnya. jalan kaki pun boleh sampai. takpe, boleh isi minyak sekali. sambil menyelam sambil buang air kecil orang kata. penghuni-penghuni kolej kediaman murni jangan harap lah nak jalan kaki. kolej tu terperuk jauh dalam kawasan kejiranan pak-arab-bawak-kereta-macam-celaka dan negro-suka-buat-bising.

lepas isi minyak, operasi menunaikan hajat mulut bermula. ada seorang brader jaga kaunter sorang-sorang. masuk dalam, sambar cikedis twistis, letak kat kaunter. sebelum bayar, selak-selak majalah sebelah kaunter dulu. pesen aku, majalah-majalah hiburan tu selak lebih kurang je. kasi update sikit pasal gosip dan hiburan tanah air. tengah khusyuk menyelak, ada seorang makcik masuk. tak tahu lah umur berapa, tapi aku yakin sepenuh hati dia memang dah tahap makcik.

dia masuk terus meluru ke belakang. sekejap dia ke kaunter. dia tanya brader tu.

"dik, air seratus tambah perisa oren botol besar dah habis ke?"

aku berpaling. makcik tu tengok brader tu. brader tu tengok aku. aku tengok makcik tu. aku sambung selak majalah sambil bahu gegar-gegar tahan gelak.

"air apa makcik?" brader tu berbalas pertanyaan. muka kekompiusan.

"alah, air yang ada nombor seratus tu. tak ingat lah nama orang putih dia"

"hahaha" dia gelak. nasib tak gelak guling-guling macam dalam ym.

"botol besar punya dah habis makcik. sederhana besar je yang ada"

makcik tu ke belakang ambil 2 botol air 100 plus. lepas bayau, dia blah. brader tu sambung gelak macam lahanat. aku syak 7-11 pun makcik tu panggil kedai tujuh-sebelas. maklum lah, dulu mana ada PPSMI.

notakaki : rindu kat bukit beruang sey!

Monday, April 13, 2009

lupakan Xperia, aku nak yang ini...

dijangka ada kat mesia bulan ogos ni. ngam-ngam birthday aku. siapa baik hati nak kasi?

Saturday, April 11, 2009

sudah sampai seru...

tempoh menahan membeli rokok sudah berakhir.
sangat mencabar kau tahu.
tempoh bermula dari ahad malam lepas yakni selepas batang terakhir habis dihisap, sehingga tengah malam semalam.
dalam tempoh azab tersebut, hanya 2 batang berjaya dihisap.

1. mengepow budak enjin pada hari rabu malam. itu pun kerana merasa luga. aku tak tahu lah nak terjemahkan maksud 'luga' ke dalam bahasa kl. faham-faham sendiri lah.

2. selepas balik sembahyang jumaat. johan hulur
dunhill-dari-kotak-takde-gambar-neraka sebelum masuk pejabat. rezeki depan mata weh, tak baik ditolak. haha.

sekarang faham kan kenapa aku berbuat demikian? ye betul, aku dalam proses menghentikan aktiviti mengkayakan tauke winston. apabila tidak membeli, bermakna tiada apa untuk dihisap. betul?
pow saing-saing? oh tidak. muka aku masih tebal untuk mengepow banyak kali. berbudi bahasa kan aku?

tindak - tanduk ini diinspirasikan dari mrblind. haha.

Wednesday, April 8, 2009

RM kosong *

blog-ad

klik pada gambar untuk maklumat lanjut. atau klik sini

* benda percuma, mesti lah kena ada tanda bintang. haha!

Monday, April 6, 2009

metroseksual tak jadi...

aku benci betul kalau dia ni datang. buat la apa-apa pun memang takkan lari punya. nak masuk dalam balik? jangan harap lah. itu bukan fitrah kejadian dia. habis-habis aku buang dengan cara picit. nak sepak terajang-terbang-jurus-ke-14 nanti kang muka sendiri jugak yang sakit.

kalau yer pun nak mencapap dekat muka mocha aku ni, agak-agak la bai. ini tidak, bawah lubang hidung mancung ini jugak dia nak display. sekilas pandang macam telur mata lembu dah aku tengok. baik punya putih 2 ketul.

haish, dah besar-panjang-lebar pun hormon jantan nak keluar secara berlebihan lagi.

jangan cuba nak satjes aku pakai sendayu tinggi. muka aku alergi semua jenis pencuci muka yang ada di pasaran. mahupun yang ada kat rak dalam mydin.

notakaki : siapa tahu cara nak hilangkan pedih selepas bercukur? aku memang fail la bab penjagaan muka.

Friday, April 3, 2009

soalan macam nak interview...

1. Apakah nama blog anda sekarang dan mengapa anda memilih nama itu?

nama blog saya sekarang adalah Life Is A Story. sekali orang putih da. maksudnya hidup ni satu cerita. hidup masing-masing, cerita masing-masing lah kan. kalau orang India, ceritanya adalah cerita Hindustan lah. tak pun cerita Tamil. itu saja. tapi cerita saya bukan macam cerita-cerita melayu yang selalu keluar kat tv tu. samarinda ke, spa Q ke, bukan macam tu. cerita saya cerita budak kampung terkena kejutan budaya bandar. satu lagi. dulu nama blog saya "Aku Punya Cerita". euuww, macam sangat poyo bunyinya. selepas beberapa lama baru perasan yang nama itu sangat poyo. dulu la saya poyo, sekarang tidak lagi. tapi sekarang rasa macam nak tukar lagi. agak-agak apa nama yang sesuai?

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

sebelum saya buka blogspot ni, saya sudah ada fotopages. kalau nak tengok fotopages saya, klik sini, kalau tak nak sudah. semasa nak menamakan nama fotopages tu, banyak jugak la perahan jus keluar dari otak geliga saya . fikir punya fikir punya fikir, saya letak encree. sebenarnya encree tu gabungan dua perkataan; encik dan keri. adjust sikit-sikit jadilah encree. cool la kunun. saya pun tak tahu apa maksud sebenar dia, tak pernah rasa terangsang pula nak google. oh, sebelum guna encree untuk blogspot saya, nama lain dia adalah arieardika.blogspot.com. entah apa-apa lah kawan saya kasi nama. saya tak berkenan, saya tukar. langsung tidak menggambarkan keperibadian saya yang suci murni.

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?

method? apakah? entah. saya sendiri pun tak pasti sebenarnya. kalau ada cerita saya nak kongsi, saya humban dalam blog. kalau ada gambar saya tangkap, saya tempek dalam blog. kalau ada lagu baru yang saya suka, saya secara suka hati copy and paste lirik dalam blog. senang cerita, blog ni blog rojak lah walaupun takde rojak buah atau rojak kateh atau rojak-mak-aku-buat kat sini. tapi setakat ni takde lagi entry sumpah seranah mencarut babi celaka kat orang lain kat blog ni. setakat gurau-gurau manja tu ada lah seketul dua.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebab

pernah kut. bila mana encik idea dan puan mood tak datang nak buat entry. apa guna ada blog kan kalau tak update. baik bakar sapu marjerin sikit lepas tu kasi anjing makan. hahaha. sedikit emo di situ. kadang-kadang sayang pulak nak hapuskan blog ni. nanti macam mana kawan-kawan nak skodeng kehidupan saya yang 10 kilo dari sunway lagoon ni.

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada orang yang tag interview anda ini?

semy (sila baca: sir-mie). nama sebenar dia nor azmi bin abd jalil. awek dia nama rafidah aziz kut. dia tinggal di shah alam bla bla bla. eh kejap, pendapat mengenai blog eh? ok ok. blog dia sangat ringkas dan sangat cepat untuk diloading. blog dia dipenuhi dengan hasil kerja pengubahsuaian gambar. terbabas masuk kos lain masa kat universiti dulu barangkali. dan blog dia lah tempat saya mengadu mendapat tutorial adobe photoshop secara percuma. takkan dengan kawan-kawan pun nak berkira kut. haha!

6. Senaraikan 2 orang untuk diinterview:

1. budak enjin TAP 3002 (tadi naik bas balik terengganu)
2. budak enjin TV 5019 (hujung minggu ni kena kerja. padan muka)

notakaki : terima kasih kepada encik semy kerana mengetag menginterview saya. hahaha.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.