Tuesday, July 23, 2013

Family Trip: Bandung. Part #3

Hari pertama : Sabtu 29 Jun 2013. (selamat hari tua Zonaku!)

Pepagi buta Kakak #1 & Kakak #2 dah serang bilik aku tanya itu ini. Aku ni air liur basi pun bersepah lagi kat kiri kanan mulut. Aku tunjuk duit masing-masing yang aku dah asingkan siap-siap untuk setiap sorang kat atas meja.

Suka betul masing-masing dapat pegang duit juta-juta. Tu dia semua sekali untuk shopping saja IDR 25 juta.



Kerja-kerja tukar duit semua aku yang buat. Petang Jumaat sebelum tu aku keluarkan duit dan gi tukar. Masa nak tukar pekerja money changer tu tanya nak tukar 9000 Rupiah ke? Duhhh. 9000 Rupiah dapat berapa je minachi weh.

Siap-siap apa semua, gi breakfast sambil layan wifi. Boleh tahan sedap jugak nasi goreng dia. Omelette saja 5 pinggan aku bantai. Bila Kakak #4 suruh ambil gambar pakai kamera-gantung-kat-leher baru aku teringat aku ada bawak. Dari semalam duk snap pakai kamera hand phone saja.





Perut dah kenyang, maka aktiviti shopping pun boleh lah dimulakan. Tempat pertama adalah Pasar Baru!

Lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai sana. Pasar baru ni buka pukul 9. Takde lah awal sangat. Van Pregio park kat tingkat 5. Sebelah tu ada kedai kain apa nama entah. Kat situ saja dieorang dah beli 4,5 pasang baju. Belum masuk dalam lagi.

Tapi pecah rekod adalah Ayah sebab dia shopping paling awal. Beli kopiah.

Habis kat luar, sambung kat dalam pulak. Pasar Baru ni ada 6 tingkat semua sekali. Jenuh nak berjalan woi! Masa lepak kat kedai luar tu, ada sorang brader ni duk sembang dengan Ayah. Pak Yono nama dia. Pastu dia tanya nak beli apa. Pastu dia bawak kami ke kedai yang dia claim as murah-murah. Tapi takde lah murah sangat pun. Biasa-biasa je. Still kena tawar-menawar.

Kami ikutkan je.

Bermula lah acara-acara shopping secara menggila. Shopping ramai-ramai ni, kejap-kejap ada yang singgah situ, kejap-kejap ada yang singgah sini. Aku kesian tengok Pak Yono ni duk ikut kami ke sana sini.

"Pak, kalau nak gi memana, gi je lah. Kami boleh jalan sendiri"

"Nggak apa-apa. Takde bayaran. Percuma. Saya di sini untuk jaga tamu dari ditipu. Ni kartu saya"

Lebih kurang macam ni lah dia punya ayat. Dengar dari percakapan dia, gaya bahasa macam orang Sunda.



Hah tu dia siap ada kad lagi pegawai ni. Pegawai ke apa ke, dia bukan setakat ikut kami, siap bawa barang kami. Rasa tak percaya kejap bila orang yang kecik dari aku boleh pikul beg seberat 20kg ++. Ni mesti makan muntah Badang ni. Bwahaha!

Dah penat shopping, berhenti kejap untuk makan. Food court dia kat tingkat 6. Datang Indonesia ni macam biasa lah, mesti makan ayam penyet. Alah, gi The Curve pun makan ayam penyet jugak padahal. Heh.

Kenyang, sambung shopping, shopping, shopping.



Aku ulang-alik ke untuk hantar barang-barang shopping ke van. Pak supir lah katakan. Sebelum lunch tadi Pak Yono tu dah blah. Ada tamu lain katanya. Dia blah macam tu je. Tak sempat nak belanja makan. Nak bagi tips pun tak sempat.

Lebih kurang pukul 6 waktu sana, (sana lambat sejam dari Malaysia), semua dah berkumpul kat van. Masa nak balik macet lah pulak. Sampai hotel pun dah malam dah.

Malam tu semua dah penat nak keluar makan. Aku keluar dengan Pak Wawan gi tapau makanan. Beli kat gerai tepi hotel tu je.

Sedap jugak weh dia punya nasi goreng!

Jadi satu persoalan timbul: adakah semua nasi goreng tepi jalan kat Bandung adalah sedap? Hmmm. Malam tu semua berkumpul kat bilik Mak + Ayah untuk makan sambil agih barang masing-masing. Aku tengok je lah sebab aku tak beli apa-apa pun.

Orang lain dah start tidur, aku start bawak adapter, charger, handphone, air sebotol & rokok sekotak gi lobi untuk layan wifi.

Btw, Dunhill kat sana adalah murah.


Bersambung lagi!

Thursday, July 18, 2013

Family Trip: Bandung. Part #2

Sementara ada masa tengah hari ni, baik aku sambung sikit-sikit. Balik rumah kang, sibuk nak berbuka lepas tu kenyang lepas tu teraweh lepas tu moreh lepas tu kenyang lagi lepas tu apa lagi dah penat tidur terus.

......................................................................................................................

Flight kami malam tu delayed sebenarnya. Dah agak dah. AirAsia ni boleh dah nak tukar tagline dia jadi "Kalau tak delay, bukan AirAsia lah namanya". HAHA. Tapi delayed 10 minit je, takde efek sangat pun.

Tepat pukul 11 malam, pintu berapa-entah-aku-lupa dibuka. Tengok pada orang beratur tu macam penuh je flight ni. Nak gi shopping raya jugak ler tu. Haha. Aku rilek-rilek kat tempat menunggu lagi. Kalau beratur pun bukannya boleh masuk kapal terbang laju-laju pun. Lagi pun dah beli seat sesiap. Seat depan-depan aku beli. Jadi tak payah nak beratur sangat lah. Ahli keluarga yang lain pun rilek-rilek jugak.

Pusing kiri, nampak Kakak #1 dah beratur.

Lantak dia lah. Dia memang pesen tak menyabor. Dulu, masa dia ada kursus kat KL, pukul 3 petang dia dah suruh aku ambil dia kat hotel, hantar ke Subang Airport. Padahal flight ke Terengganu pukul 9 malam. Boleh? -_-"

Masuk dalam, cari seat, duduk. Hari tu beli seat siap-siap sebab tak nak masing-masing bersepah dalam flight. Aku beli betul-betul belakang Hot Seat tu. Murah dan depan. Mak + Ayah + Makcik belah kiri, Kakak #1 + Kakak #3 + Kakak #4 belah kanan. Tapi sebab Kakak #3 tak join, Kakak #2 gi duk kat seat dia.

Tinggal lah aku sorang-sorang kat belakang. Takde hal lah.

Duduk, sumbat earphone, layan Rossa (mentang-mentang Rossa orang Bandung kan hahaha), tidur. Entah apa makcik 3 orang tu sembang pot pet pot pet sepanjang 2 jam lebih.

Sedar-sedar dah touchdown!

Cepat-cepat ambil luggage sebab tak nak stuck lama kat imigresen dia. Sesiapa yang pernah ke sana tahu lah betapa keciknya Arrival Hall kat Bandara Husein Sastranegara tu. Oh, masa beratur kat luar tu, ada pegawai narkoba datang check dengan anjing. Demmit lah. Aku ni takut anjing woi! Malas nak menyamak tu satu hal pulak.

Settle ambil luggage semua, keluar airport melilau cari tanda nama sendiri. Boleh lah perasan jadi pelancong kaya kejap. Muahaha. Sekali nampak ada brader pegang kertas bertulis "Khairi, Mohd". Apa kau ingat nama aku Mohd, nama bapak aku Khairi? *facepalm*

Brader tu namanya Wawan, merangkap supir kami untuk 3 hari tu. Van pulak jenis Pregio. Aku dah terbayang Prego dah. Lapau gila cakap kau. Last aku makan tengah hari tadi sebelum Jumaat. Itu pun mee hoon dengan ayam KFC yang aku tapau dari office sehari sebelum tu.

Dalam kepala dah terbayang nak makan kat Restoran Sederhana. *air liur meleleh*

Sekali Pak Wawan cakap dah pukul 1 pagi, kedai semua dah tutup. Ok baik lah. Makan kat lesehan tepi jalan je lah. Janji perut aku kenyang. Pak Wawan singgah kat satu lesehan ni. Nampak kotor sikit sebab banyak puntung rokok. Gaya macam tempat mat-mat rempit lepak. Dah itu je lesehan yang ada tempat parking luas sebab kami naik kenderaan besau.

Sebelum tu dah pesan kat Pak Wawan siap-siap cari tempat makan halal.

Aku duduk terus order. Orang lain macam segan je nak masuk. Datang brader bagi kertas dan pen. Order tulis sendiri yer. Masa dia hulur tu nampak lah lengan dia penuh dengan tatu. Aku jeling mak, mak buat muka. Aku faham sangat. Haha.

"Mak tak nak makan lah"

Ok. Kami order apa yang kami nak sekali dengan air. Makanan dah sampai terus serang masing-masing. Sedap gila weh nasi goreng dia. Aku ingatkan sedap sebab aku lapar, tapi kakak-kakak aku cakap nasi goreng dia memang sedap.

"Mak nak rasa sikit"

Tudiaaa. Sedap kan? Siap tapau. HAHA. Dah kenyang apa semua, gi hotel, check in, siap-siap apa semua, tidur. Tak pasang aircond pun sejuk baqhiang!

*tutup lampu tutup aircond tarik comforter*

notakaki: Maaf yer. Entry ni takde gambau. Haha.

Tuesday, July 9, 2013

Family Trip: Bandung. Part #1

Sebelum aku lupa ingatan pasal kisah Bandung ni, baik aku update blog cepat-cepat. Entry untuk Laos dan Kemboja aku skip sampai lepas raya. Itu pun paling awal lah. Bila nak update tu tak tahu lagi.

Nama je trip, tapi aktiviti 3 hari penuh dengan shopping je. Takpe lah. Dah memang tu tujuan utama Kakak #3 aku proposed. Pung pang pung pang masa Raya Haji tahun lepas, maka sebulat suara Kakak #1 sampai #4 akan meninggalkan suami dan anak-anak masing-masing untuk gi shopping di Bandung.

Sebab nak gi shopping kat sana? Sebab jeles dengan aku selalu gi jalan-jalan tak ajak dieorang. Pastu bila aku balik, souvenir nya cuma fridge magnet. HAHA.

Alang-alang gi sana, ajak lah Mak + Ayah + Makcik sekali.

Urusan cari tiket, beli tiket, cari supir, susun itinerary, semua diserahkan kat aku. Terpaksa jadi supir cawangan Malaysia.

Petang Jumaat, 28 Jun lepas, ambil dieorang kat Putrajaya Sentral, terus ke airport. First time ni park kereta kat LCCT. Biasanya kawan-kawan aku akan jadi mangsa tukang hantar atau tidur kat airport je. 3 hari RM 51. Tapi kat hujung-hujung tepi Tune Hotel. Kira boleh je lah.

Oh. Last minute Kakak #3 tak jadi join sebab anak dia kena penyakit kuku, kaki, tangan dan mulut tu. Terpaksa lah cancel. Tapi dia datang juga hantar kami kat airport untuk bagi sokongan moral. Eh? Eh?

Flight kami pukul 10.50 malam. Tapi aku saja suruh dieorang datang awal. Tak nak lah nanti ada acara Amazing Race macam sebelum-sebelum ni. Gila apa nak suruh Mak + Ayah + Makcik berlari kejar flight kat airport.

Jadinya, lenggang-lenggang kangkung je lah mula dari masuk Departure Hall sampai masuk perut kapal terbang.


Ayah saya dan saya


Kakak #2, Mak, Kakak #1, Kakak #4, Makcik



Hal-hal dah sampai sana, nanti aku sambung.

#notakaki: pesen mood rajin datang kejap-kejap macam ni lah jadinya.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.