Thursday, August 26, 2010

pagi tadi aku terfikir pasal benda ni...

Saya agak terkejut apabila mendapat tahu, zakat boleh dilunaskan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahkan melalui bayaran atas talian (on-line) di internet. Saya musykil akan hukumnya, kerana tiada lafaz akad dilakukan?

Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti Islam. Inovasi dan teknologi sebenarnya membantu perlaksanaan ibadah agar menjadi lebih mudah.

Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan?

Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Ia bukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan ijab dan kabul (akad nikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.

Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut. Wallahua’lam.

sumber : blog zakat Selangor

notakaki : walaupun kerja aku berkaitan sms, tapi aku lagi suka bayau zakat salam tangan amil.

12 tukang komen:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

aku dah bayar dah!

=)

guna amil~

hanie said...

owh...

*call abah mintak bayarkan dulu*

Isteri kepada Suami said...

ohhh..aku belum bayar...nasib baik ko bukak citer nih..

regards,
Triplesmiley & 1 Sweet Love

HEMY said...

aku nk try cari asnaf dan direct bagi la tahun ni

Siti said...

keri,
sambut tangan amil tu lebih afdhol..
kalo bayo ikut sms ni nampak tidok bersungguh dlm melaksanakan kewajipan.

En Bye said...

Nikmat dapat besalam ngan amil tu yg best tu bro~ tak sabo nak pegi Alpha Angle pi bayo zakat~ (pusat bayo zakat aku sejak dulu)

Along Arman said...

slamat berpuasa keri.. lama tak ke sini..

zhoe wynz said...

Lebih buat Zakat sperti yg lazimnya.. anyway Salam Keri.. :)

tasekM said...

ko dh bayor blom keri...?



.

k.e.r.i. said...

LORD ZARA ~
ko salam tangan amil?
amil laki ke perempuan?

h a n i e ~
pesen anak bertuah macam ni lah.

SFAW ~
=]

smiley ~
ko takpe, masih bawah tanggungan ayah ko.

HEMY ~
sila sila.

S.I.T.I. ~
betul tu kak. setahun sekali je kot.

En Bye ~
lagi afdhal kalau bayar lewat.

Along Arman ~
sila sila masuk.

zhoe wynz ~
tahun ni fes taim bayau zakat lah kan.

tasekM ~
mesti lah belom. LOL

Kuwe said...

takdok feel lasung bayar paka msg. tok srupo nok rayo doh laa.

k.e.r.i. said...

Kuwe ~
hor lah. memey tok feel pun.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.