Tuesday, September 21, 2010

Snippet Syawal

1. lepas raya perut makin kembung sebab banyak makan. poket pulak makin kempis sebab pitih banyak habis.

2. walaupun poket kempis, tapi rezeki makin murah. ada je jemputan ke rumah terbuka. yang tak buka pun, kita bukakan aje.

3. walaupun makan dengan kuantiti yang banyak, seluar still maintain pakai macam biasa.

4. maaf lah kepada tuan rumah open house yang aku hadiri kerana menghabiskan kuih raya korang terutamanya almond london. maklumlah, saya hantu kuih raya.

5. maaf jugak kepada kawan-kawan yang nak datang beraya ke rumah aku. hari raya pertama aku sibuk beraya ke rumah saudara-mara. hari raya kedua menyibukkan diri di rumah terbuka kakak #1. hari raya ketiga aku dah blah ke Temerloh.

6. perasan tak, nak tunggu raya rasa macam bapak lama gila. lepas raya tak sedar dah raya ke 12.

7. masjid-masjid akan kembali lengang, tak macam awal Ramadhan dulu.

8. eh kejap. kalau namanya 'rumah terbuka', maknanya semua orang boleh datang lah kan?

9. lepas raya ni aku bet semua pekerja jadi lemau dan malas. cuti seminggu lebih, mana tak malas kan.

10. sebab malas lah aku buat entry pakai format snippet jer. idea nak update sokmo tak mari.

notakaki : aku belum start puasa 6 ni.

16 tukang komen:

LORD ZARA 札拉 said...

aku baru masuk 2 hari puasa 6~

baju raya tahun lepas boleh dipakai setelah beberapa bulan simpan sebab dah ketat.

hahaha.

gila aku.

=__=

zonaku said...

HEHEHE.... JOM2 POSA....



ER.. APAKAH AKU BERKAWAN NGAN HANTU????

Ima said...

aku lemau giler nak wat keje..nak update blog lagi la malas..wat koding 2 3 perkataan, pastu buka mozilla..keje yang patut siap 2 ari leh jadi seminggu cam ni..huhu..

HEMY said...

huhu...aku makang byk di ganu..

aim-a said...

aku lagiklah...lame dok update belog :P

seepot seedot said...

btol ke ni?

walaupun makan dengan kuantiti yang banyak, seluar still maintain pakai macam biasa.

....

k.e.r.i. said...

lord zara ~
sila habiskan lagi 4 hari.

zonaku ~
ko pun sama hantu nya. haha.

Ima ~
kan aku dah cakap, mesti lemau punya.

HEMY ~
terengganu banyak makanan kot.

aim-a ~
tak boh update blog, buang ke laut lah blog tu. muahaha.

seepot seedot ~
tobak eh. dok nawok. rikuk.

zonaku said...

cesss.... ko kijammmm!!!!!!

Masy said...

homaigoddd!! hantu rupanyaaaaaa

rAmiZa.mY said...

aku pegi rumah ko, ko x jamu kueh raya pn.cis

hamzah ian said...

kah kah kah..

seepot seedot said...

aku nk tiru...
tp cm susah je..haha

Kuwe said...

jangan wak tok ingat nok ajok kawe etek.

::: ReActivate ::: said...

::: salam aidilfitri bro.. alhamdulillah tahun nih meriah jugaklah raya.. [hehehe] biasalaa bro dari perut kempis ke kembung a.k.a buncit sikit [ekekeke] tapi saya terbalik plak dari buncit ke kempis [huhu] pelik plak.. yer laa kat KL makan sepanjang masa ada ajer sbb mak yg masak.. sampai JB, makan 2x ajer, itupon tapau ikut bajet laa.. raya pon sama, tak perasan baru jer masuk raya ke-3, ingatkan dah seminggu raya [haha] kelakar plak.. byk terbalik nih.. raya tahun nih mmg saya rasa lama..

::: saya sukee snippet syawal bro nih, idea yg bernas, atleast pembaca dpt pinpoint perkara2 penting.. bro, mana gambar raya bro dgn awek? [hehehe] maaf zahir batin bro.. enjoy rumah terbuka!

FarEast said...

apa bro bg point tu semua betul ... hehehe

k.e.r.i. said...

zonaku ~
lalalalalala...

Masy ~
alah, macam tak kenal pulak sesama spesies.

ramiza.my ~
datang tak masuk memang ah tak jamu. muahahaha.

hamzah ian ~
pesen hantu macam ni.

seepot seedot ~
kena ada semangat yang kental.

Kuwe ~
memey dok ingat pun. haha!

Reactivate ~
raya tahun ni paling pelik sebab langsung tak bergambar sambil berbaju raya.

FarEast ~
berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. LOL

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.