Thursday, October 7, 2010

perihal kereta...

budak rumah aku; John baru angkat kereta baru. Myvi SE kaler putih gua cakap lu. berkilat lagi. nak cungkil gigi buat cermin pun takde masalah aku rasa. oh baidewey, suparjo a.k.a. budak-enjin-pakai-spek pun kereta dia Myvi putih jugak. jadinya sekarang kat rumah aku dah ada 2 Myvi, 1 Honda milik budak-enjin-pakai-civic dan 1 Sentra yang Imey punya.

bila kereta dah banyak, makanya tak semua kereta boleh diparking dalam pagar rumah. paling banyak pun boleh masuk 2 kereta, paling sikit 1 kereta. masing-masing berebut nak parking dalam. aku tak join lah perbalahan dieorang sebab semua motor dijamin ada parking.

malam pertama kereta John di rumah...

Imey : "kereta siapa parking kat depan tu? kereta kecik kena parking kat luar je."

John : "ahh. tak kisah ah kecik ke besau ke. kereta baru kena jaga."

Imey : "kereta baru pun, compare dengan kereta aku, lagi mahal kereta aku."

aku : "mahal tapi kereta 2nd hand kan?"

*sound-less*

kemudian masing-masing gelak.

aku : "takpe mey, 2nd hand car is better than nothing."



aku terus naik atas. malu pada diri sendiri.

15 tukang komen:

zonaku said...

biar xder keta asalkan poket tebal..........

rAmiZa.mY said...

tunggu employee sale nissan..
hahahaa

semy said...

Kat glenmarie banyak showroom..singgah je..VW autobavaria peageot porche mazda mercedes proton pon ade..singgah je tinggalkan copy ic payslip ngan epf..then tunggu call..hahaha

LORD ZARA 札拉 said...

takpe beb~

asalkan ada kenderaan dah ok~

;)

Lang Legar said...

apahal lak nak kena tunggu employee sale nissan haha

GRuNGe said...

Susah jugak kan satu rumah semua ada kereta. Kalau rumah tu ada 10 orang yang sewa, 10 bijik kereta dah. Kereta dah menjadi keperluan sekarang ni.

AHMAD SYUKRY MOHAMED said...

sabau yie...
tngu masa dan ketikanya..
Skyline lalu!

bokbon said...

naik moto la sedap..

Hidemichi said...

derma kilat je..

Masy said...

mahal ke baru ke, klu dlm banjir tenggelam gak. hehehe

h a n i e said...

sekurangnya lu ada lens, ada speedlite...bla bla bla...

HEMY said...

ahahahaha!!!! kalau aku jawab.."sebab tu aku tknak beli keta."

Kuwe said...

haha. jeng palo. steady. kalut mana gak. nikoh pong dok lagi.

k.e.r.i. said...

zonaku ~
masalahnya poket pun tak tebal ni. T_T

ramiza.my ~
haha. i am waiting.

semy ~
semua kedai kereta tu depan ofis aku je mie.
nak tinggal boleh, tapi duit takdak.

lord zara ~
betul betul *bersyukur*

Lang Legar ~
mesti lah ada kena mengena.
hahaha

Grunge ~
takkan lah 1 rumah ada sampai 10 orang.
besau nau rumah tu.

Ahmad Syukry Mohamed ~
dokleh skyline.
ramai orang dekki plok kekgi.
haha

bokbon ~
memang sedap.
sedap mandi hujan.

Hidemichi ~
derma kilat kenapakah?

Masy ~
itu tak kesah.
lama-lama buruk jugak.
muahahaha.

h a n i e ~
itu memang kenyataan.

HEMY ~
tapi ko dah ada vios!!

Kuwe ~
sebelum nikoh lah keno beli keto bey weh.

Cheeky said...

adeh..sabar k..kompol duet beli kete best2 k..

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.