Monday, July 13, 2009

Ain Maisarah binti Mohd Anuar

ain 1

ain 2

ain 3

ain 4

kedudukan dalam carta anak saudara : #21 daripada 25

Friday, July 10, 2009

4 benda lelaki kena jaga (tak semua lelaki)

Wanita
nama lain mahkluk ni; perempuan. mereka bukan benda. dan juga bukan hak milik. tapi kalau awek atau tunang kena kacau, mesti lu marah kan brader. lagi-lagi lah kalau mahkluk ni berstatus isteri. memang angin terutama bagi laki-laki yang banyak angin. macam mana kalau awek atau tunang atau isteri sendiri yang suka bergedik dengan jantan lain? itu lu fikir lah sendiri. perlu ke nak jaga lagi.

Lighter
kalau dalam surat khabar, dieorang tulis pemetik api. kau pernah dengar orang tanya 'bang, pinjam pemetik api'. paling biasa ayat aku dengar dan kadang-kadang aku buat 'bang, pinjam lighter'. kenapa perlu jaga pemetik api? mesti la kena jaga. ada rokok tapi lighter nya takde. buat malu komuniti jer. takkan nak gesek-gesek batu sampai keluar api. tak maju langsung. bak kata pepatah seorang kawan 'biar takde rokok, jangan takde lighter'.

Inbox
untuk lelaki jenis pasang 2,3 memang sangat kena jaga inbox dalam telefon bimbit anda. letak lah kod keselamatan di telefon bimbit untuk melindungi daripada dicerobohi. bagi yang henset pesen 3310, reti-reti lah delete sms lepas baca. tak payah nak jiwang sangat sampai nak simpan jadi pekasam. untuk yang jenis setia pun tetap kena jaga. mana tahu mak atau kakak-kakak gatal tangan nak baca mesej. haha.

Kenderaan
yang ni tak perlu cakap banyak lah. usahkan hilang kereta, hilang motor pun seksa bai. pencuri pulak makin hari makin pandai. dari pusat kemahiran mana dia belajar pun tak tahu lah. tayar depan belakang stand ekzos semua dah rantai baik punya, pun tetap kena curi. kang dah susahkan budak-budak u nak gi kelas dan bawak awek ronda petang-petang. kalau rasa tak nak naik bas atau teksi atau train, jaga kenderaan masing-masing.

notakaki : banyak lagi kena jaga sebenarnya. malas nak taip. haha

Thursday, July 9, 2009

guli dalam hidung...

tadi masa makan tengah hari, liana cerita pasal sepupu dia.
sepupu dia masa kecik-kecik dulu pernah masukkan guli dalam lubang hidung.
boleh bayang tak besar mana lubang hidung sepupu liana?

aku gelak sampai semua orang dalam kedai makan toleh kat aku.

kelakar okey. sampai sekarang aku duk pikir.

Monday, July 6, 2009

terima kasih cik hanie...bila nak belanja mekdi?





notakaki : banyak aku dapat ni. semua dari cik hanie. kau nak? amek la.

orang suruh joging petang-petang tak nak...

kena jemur tengah padang pukul 3.30 petang.
senamrobik 3 round.
lompat bintang 20 kali.
lompat lalat 20 kali.
pumping 20 kali.
lari laju-laju 60 meter.
penat woh!
nak tekan pedal minyak pun tak boleh.

Tuesday, June 30, 2009

jangan biarkan aku pergi...

big head

big screen



Somethings we don't talk about,
Rather do without and just hold the smile,
Falling in and out of love,
Ashamed and proud of, together all the while.

You can never say never,
While we don't know when,
But time and time again,
Younger now than we were before.

Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.

Picture you're queen of everything,
Far as the eye can see, under your command,
I will, be your guardian, when all is crumbling,
I'll steady your hand.

You can never say never,
While we don't know when,
But time and time again,
Younger now than we were before.

Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.

We're pulling apart and coming
Together, again and again,
We're growing apart but we pull it together,
Pull it together again and again.

Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.
Don't let me go.

notakaki : Mat Isey boleh layan tidur masa tengok citer ni. rugi 9 hengget.

Sunday, June 28, 2009

2 minggu lepas balik kampung, tapi lagak macam pelancong...

2 minggu lepas aku balik kampung. kampung mana lagi kalau bukan kat Terengganu . biasa balik sorang-sorang je. kali ni angkut 2 orang anak dara dan seorang anak teruna bawak balik rumah. haha. ini semua kenduri kahwin ba'ang a.k.a majlis sambut menantu punya pasal. (zaren kata majlis sambut tetamu.) walaupun dalam tentatif ni, kami merancang untuk gerak dari Puchong pukul 4 pagi, tapi terpaksa delay setengah jam kerana kesesatan shepha mencari rumah aku. kecik punya hal. zaren kena memandu sebab dia dah tidur siang.

437

suasana dalam cik bibah sepanjang LPT a.k.a. Lebuhraya Pahang Terengganu hanya dipenuhi dengan aktiviti membahan. tershashul punya pasal, amek kau kena bahan. belum sampai terowong karak zaren dah siap ada cadangan untuk tajuk entry dalam blog. ni yang susah ni kalau dah jadi hantu blog dan hantu bergambar. berhenti tepi jalan semata-mata nak ambik gambar ni.

signboard

sampai di Kuantan, kami keluar ikut tol Gambang kerana mahu bersiar-siar di bandar Kuantan dulu. kesian shepha, tak pernah berlegar-legar di bandar Kuantan dan Teluk Chempedak. jadi zaren memandu ikut-sedap-tangan-pusing-stereng sambil bercerita mengimbau kenangan silam sebab dia dulu duk Kuantan.

lpt

kuantan

kami singgah di Kemaman untuk bersarapan pagi di Hai Peng Kopitiam bersama-sama hakim dan joe. dicadangkan supaya tidak meminum air kopi Vietnam di sini. sangat pahit.

hai peng

kopi kowww

kami meneruskan perjalanan untuk memenuhi undangan perkahwinan #1 di Kuala Abang. setiba di Dungun, hakim memanfaatkan enjin V-tec nya lalu meninggalkan kami di belakang. biarkan dia kerana mereka ingin berjumpa geng van yakuza di Masjid Kristal.

sampai di Pulau Kerengga, mandi, solat, gosok baju dan terus ke bandaraya Kuala Terengganu untuk mengambil ujie di stesen bas dan terus ke Bukit Payung. makcik ni join je terus bising seh. semua benda nak cerita. kambing dalam bandar Kota Bharu lah, Kota Bharu kotor lah, Kuala Terengganu cantik lah. macam-macam.

big hill

sambut tetamu

kad kad kad

dengan sampai nya kami di rumah pengantin baru (ehem ehem), maka tercapai lah objektif utama road trip kali ni. pengantin baru bukan main lebar senyuman kat mulut, bersalam sana sini. siap lah malam tu kena basuh kawah periuk lah korang. haha.

habis makan makan, kedua-dua wanita tersebut mahu memenuhi objektif road trip yang kedua : membeli belah di kedai tudung 5 sen. ini aku dan zaren tak join la. aku tak tahu la banyak mana dieorang memborong tudung sampaikan aku dan zaren tertidur di dalam kereta. lagak seperti suami menunggu isteri membeli belah. fuh, nasib aku bujang. balik rumah terus tidur. aku sangat mengantuk sebab tak tidur sepanjang malam. tapi sempat melantak seekor ketupat sotong. sangat sedap. maveles.

ketupat sotong

pagi ahad, selepas ke pantai kami ke Chendering untuk makan nasi dagang. ini pun sangat maveles. habis makan sempat pulak zaren dan ujie kena temuramah dengan TV2. masing-masing dah perasan glemer sekejap. habis pung pang speaking scrumptious recommendations semua kedengaran.

nasi dagang yang sedap

singgah sekejap di Golden Pharos Berhad (tempat praktikal dulu) sebelum menuju ke Taman Tamadun Islam. kalau dah ke sini apa lagi nak dibuat kalau bukan untuk bergambar. kata hantu bergambar kan. haha. jadi sudah jatuh hukum wajib di situ untuk bergambar.snap snap snap lompat lompat lompat posing posing posing semua, semua dah kehausan dan kelaparan. lalu selaku pengarah program dan pemandu pelancong, aku membawa dieorang makan ikan dan makanan laut yang dicelup tepung di Teluk Ketapang, belakang airport. dan aku tak sangka shepha tak pernah makan ikan celup tepung.

TTI 2

TTi

kristal punya masjid

air asia

masa ni dah petang dan semua tak sabar nak mandi laut. tapaukan sata dahulu untuk mandi di private beach. serius. pantai yang saaaaangat cantik dan sangat private. memang hati riang ria untuk mandi dengan gembira.

pantai Pulau Kerengga

C902 zaren

sungai Pulau Kerengga

sata

kepenatan mandi laut belum hilang, ditambah pula dengan kepenatan makan sotong bakar dan bersembang berbual sehingga larut malam. ba'ang dan isteri (jue) pun ada sekali pada malam tu.

kami gerak balik pagi hari isnin. orang kata kalau ke Terengganu tak sah la kan kalau tak beli keropok sampai berpuluh-puluh ringgit. dak-dak ni pun tak mahu kalah untuk bersesak-sesak di pagi hari. juara membeli keropok lekor jatuh kepada ujie dengan 6 plastik sangat berat Ya Allah sakit tangan aku nak angkat. singgah di Kuala Kemaman untuk beli sata dan otak-otak kat kedai mahal nak mampus. mati lah kau tuan kedai. dan sepanjang perjalanan balik ke KL, suasana dalam kereta dimeriahkan dengan persembahan lucah dari miss ujie. arr arr.

kepok lekor kelulut

terowong karak

* semua gambar adalah objek dan pemandangan. klik sini untuk lihat semua gambar. itu pun kalau kau kawan aku lah. haha

Thursday, June 25, 2009

melaka : selepas setahun

semalam aku cuti. pagi-pagi gerak pergi Melaka.
pergi Durian Tunggal setepatnya.
ada benda untuk diselesaikan.
selepas tol Ayer Keroh, kemudian melalui Dataran Bersejarah sebelah Zoo Melaka, dan kemudian belok ke pantai kemudian menyanyiku kanan menuju Taman Tasik Utama.
pandang sebelah kiri, "Wow, Ayer Keroh sudah cantik sekarang"
nanti aku muatnaikkan gambar.
gambar balik kampung tempoh hari akan dimuatnaikkan kemudian.
tak dok mase weh!!

notakaki : hidup kucar-kacir.

Monday, June 22, 2009

kenangan 3 ekor bersama...

3 ekor bertayar 2

sekarang TAP 3002 milik budak-enjin-pakai-honda-4-tayar sudah dihantar balik ke kota metropolitan Kuala Berang. agak-agak bontot siapa paling mantap?

"selamat tinggal TAP 3002"
(TAL 8335 dan TV 5019 mengucapkan selamat tinggal sambil melambai-lambai side mirror ke arah TAP 3002)

* Selamat Hari Bapa kepada Haji Ibrahim bin Haji Ali. terima kasih kerana menghadiahkan TAL 8335 untuk kegunaan semasa di universiti sehingga sekarang.

notakaki : sori la ayoh, dok dang nok wat entry pasal hari bapa sebab lening tengok debor duk dak duk dak pasal 2 minggu lagi.

Friday, June 19, 2009

mengantuk dan kenyang memang sedap kalau layan tidur...tengah hari pulak tu...

hari jumaat lepas, macam biasa sebelum solat jumaat, penuhkan perut dulu. sunnah nabi makan sebelum solat. kalau tak makan, nanti tengah sembahyang asyik ingat nak makan je. perut berbunyi sana sini, kan dah tak khusyuk.

sampai kedai makan, ceduk nasi, ceduk lauk, ceduk gulai apa semua, makan. nyap nyap nyap. Alhamdulillah. sedap weh lauk kat Restoran Padi tu. habis makan, tiba masa untuk pencuci mulut. seluk poket seluar, kosong.

jalan kaki pergi kedai runcit sebelah dengan niat ingin membeli rokok. sampai kedai "tokey, windows 14 satu, merah ye." tokey kedai balas "aaaa? apa dia?". aku buat muka selamba "winston 14 lah tokey. merah punya".

jatuh waterface aku. macam mana boleh tersasul ni. mungkin perlu tidur selepas makan tengah hari. mungkin.

notakaki : hari ni pun hari jumaat.

Thursday, June 18, 2009

taip laju-laju...

haish. sangat mengantuk weh.
pergi basuh muka pun mengantuk tak hilang.
ym dengan saing-saing pun masih mengantuk.
semy kata, masuk tandas dan berak boleh hilangkan mengantuk.
agak was-was untuk mencuba.
mungkin lain kali.

notakaki : apsal entry pendek-pendek macam oyett je ni?

Saturday, June 13, 2009

update sebelum roadtrip...

sekarang zaren baru sampai rumah aku.
nanti pukul 4 pagi kami nak gerak ke Terengganu.
shepha sampai, amek aku ngan zaren terus gerak.
blogging off untuk 3 hari.
bubye!!

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0