Friday, April 3, 2009

soalan macam nak interview...

1. Apakah nama blog anda sekarang dan mengapa anda memilih nama itu?

nama blog saya sekarang adalah Life Is A Story. sekali orang putih da. maksudnya hidup ni satu cerita. hidup masing-masing, cerita masing-masing lah kan. kalau orang India, ceritanya adalah cerita Hindustan lah. tak pun cerita Tamil. itu saja. tapi cerita saya bukan macam cerita-cerita melayu yang selalu keluar kat tv tu. samarinda ke, spa Q ke, bukan macam tu. cerita saya cerita budak kampung terkena kejutan budaya bandar. satu lagi. dulu nama blog saya "Aku Punya Cerita". euuww, macam sangat poyo bunyinya. selepas beberapa lama baru perasan yang nama itu sangat poyo. dulu la saya poyo, sekarang tidak lagi. tapi sekarang rasa macam nak tukar lagi. agak-agak apa nama yang sesuai?

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

sebelum saya buka blogspot ni, saya sudah ada fotopages. kalau nak tengok fotopages saya, klik sini, kalau tak nak sudah. semasa nak menamakan nama fotopages tu, banyak jugak la perahan jus keluar dari otak geliga saya . fikir punya fikir punya fikir, saya letak encree. sebenarnya encree tu gabungan dua perkataan; encik dan keri. adjust sikit-sikit jadilah encree. cool la kunun. saya pun tak tahu apa maksud sebenar dia, tak pernah rasa terangsang pula nak google. oh, sebelum guna encree untuk blogspot saya, nama lain dia adalah arieardika.blogspot.com. entah apa-apa lah kawan saya kasi nama. saya tak berkenan, saya tukar. langsung tidak menggambarkan keperibadian saya yang suci murni.

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?

method? apakah? entah. saya sendiri pun tak pasti sebenarnya. kalau ada cerita saya nak kongsi, saya humban dalam blog. kalau ada gambar saya tangkap, saya tempek dalam blog. kalau ada lagu baru yang saya suka, saya secara suka hati copy and paste lirik dalam blog. senang cerita, blog ni blog rojak lah walaupun takde rojak buah atau rojak kateh atau rojak-mak-aku-buat kat sini. tapi setakat ni takde lagi entry sumpah seranah mencarut babi celaka kat orang lain kat blog ni. setakat gurau-gurau manja tu ada lah seketul dua.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebab

pernah kut. bila mana encik idea dan puan mood tak datang nak buat entry. apa guna ada blog kan kalau tak update. baik bakar sapu marjerin sikit lepas tu kasi anjing makan. hahaha. sedikit emo di situ. kadang-kadang sayang pulak nak hapuskan blog ni. nanti macam mana kawan-kawan nak skodeng kehidupan saya yang 10 kilo dari sunway lagoon ni.

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada orang yang tag interview anda ini?

semy (sila baca: sir-mie). nama sebenar dia nor azmi bin abd jalil. awek dia nama rafidah aziz kut. dia tinggal di shah alam bla bla bla. eh kejap, pendapat mengenai blog eh? ok ok. blog dia sangat ringkas dan sangat cepat untuk diloading. blog dia dipenuhi dengan hasil kerja pengubahsuaian gambar. terbabas masuk kos lain masa kat universiti dulu barangkali. dan blog dia lah tempat saya mengadu mendapat tutorial adobe photoshop secara percuma. takkan dengan kawan-kawan pun nak berkira kut. haha!

6. Senaraikan 2 orang untuk diinterview:

1. budak enjin TAP 3002 (tadi naik bas balik terengganu)
2. budak enjin TV 5019 (hujung minggu ni kena kerja. padan muka)

notakaki : terima kasih kepada encik semy kerana mengetag menginterview saya. hahaha.

9 tukang komen:

paiseh said...

gua nak bagi cadangan..
tukar nama belog lu ke PULAU KEENGGA..
baru tersohor seantero cakerawala. amacam??

said...

di pagi hari diri ku sudah membaca tag di blog mu...

hihihihihi

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥

*********************************

k.rijal said...

6. Senaraikan 2 orang untuk diinterview:

1. budak enjin TAP 3002 (tadi naik bas balik terengganu)
2. budak enjin TV 5019 (hujung minggu ni kena kerja. padan muka)
3. abe mat enjin TAF 2094

k.e.r.i. said...

paiseh ~
macam best je cadangan tu.
akan dipertimbangkan.

yanie putrajaya ~
kalau cik yanie nak tag tu pun apa salahnya.
amek je la.

k.rijal ~
TAF 2094 bukan ahli budak enjin.
dia master lain boh!

Abaan Pok Ya said...

maner pegi brekmok budak enjib sume..aku nk ajok main futsal mlm ning pon xleh..brekmok ngoh.....

nis n4d (*_~) said...

wahhhh...hebatnyeee soalan...

critical thinking tuuu!!

;-p

alif-mikail said...

pegi pulau jerjak lagi syok koi syak..

mrblind said...

gua pun ada kena tag ni..

k.e.r.i. said...

abaan pok ya ~
ajok saing baik hok dok putrajaya tu.

nis nad ~
memang susoh nok jawab soalan semy ni.

alif mikail ~
celah mana pulak da pulau jerjak.

mrblind ~
lu memang tak layan tag-bukan-XXX macam ni.
haha

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.