kelmarin hari jumaat. hari berkat orang-orang tua cakap. seperti hari-hari biasa, masuk pejabat, on pc apa semua, check email. ambil mood dulu sebelum mula bekerja. sambil-sambil kerja sempat lagi ber-ym dengan nughul. aku tanya pasal hujung mata kiri aku yang dah buang tabiat asyik bergerak-gerak sendiri je 2,3 hari ni. nughul memberikan cadangan supaya menggunakan perkhidmatan encik google.
aku jumpa ini dan ini.
aku jumpa ini dan ini.
EKOR MATA KIRI - mendapat sedikit kepayahan
ah sudah. hati dah tak sedap duduk. kesusahan apakah? mungkin mitos a.k.a kuno a.k.a kepercayaan orang melayu je kut. mana logik. hati dah berat ke tak nak percaya. kalau betul pun jadi, paling-paling azab kena marah dengan edward the boss.
selepas break makan tengah hari, bateri henset-celaka-kena-cas-dua-kali-sehari dah bertempik melolong minta dicucuk. cucuk punya cucuk pun bateri tak masuk cas. adoiyai. lantak lah. aku cucuk jugak. ambil hati kau sebab kau dah berjasa pada aku selama 4 tahun plus plus.
pukul 6.45 petang, dunia menjadi gelap gelita. ingatkan earth hour. rupanya elektrik terputus. apalagi, kemas barang lah. balik. sampai rumah 5 minit, rumah pulak jadi mangsa keterputusan elektrik. henset tak cas lagi. pukul 9 dah nak melayan Confessions of A Shopaholic kat GSC Alamanda dengan shepha dan zaren.
aku pecut motor. tak lah laju. 100 km/j saja. sampai simpang ke putrajaya, tayar belakang dah macam nak lari ke kiri kanan. taik. bocor pulak. berhenti untuk check takut-takut mainan perasaan semata-mata. memang sah bocor. terus sms shepha "tak dapat datang, tayar bocor". patah balik lah jawab nya. patah hati juga.
aku nampak ada nama dan nombor telefon servis tukar tiub kat bawah flyover. hati dah berbunga riang. kena bayar 30, 40 ringgit pun takpe lah. aku dah terdesak. baru je tekan 0, bateri habis terus auto off. on balik. dail lagi. auto off lagi. on lagi tapi kali ni dah tak boleh on terus. taik lagi di situ. aku takde pilihan, terpaksa bawak motor balik puchong dalam keadaan azab. hati yang berbunga riang menjadi layu.
habis punah ranah semua perancangan. hati jadi kempunan. kepala mula teringat hasil pencarian google siang hari tadi. betul juga kata-kata orang tua. kebetulan atau tanda itu memang bermakna?
notakaki : sila jangan percaya bulat-bulat atau pun petak-petak dengan tanda-tanda seperti itu. ini semua hanya kebetulan dan terjadi atas kehendak-Nya. Wallahu'alam.

20 tukang komen:
kebetulan....
(sambil jampi2 agar kau tidak terpengaruh dengan encik Google)
tu laa.. derhaka lagi pesan org tua2.
hahahahahaaa...!!
beb..malang lu tu ikut sequence..cantek je....hehehehehe
sape yg buat blackout kat office mu tu?..aku rasa mu sendiri kan sbb nak blk awal...hehe!
cuma agak..
hahah ... alamak, x ader rezeki ... sabar2 ... hahah
re: owh! nama dia yol bkn toyol ... aku saja nak dajal dia :p hahah
keri aku penah gak mata gerak2x..tapi pas jumpa ubat dah ok...huhuhua.
karma ni..mesti lu ada buat silap dengan sapa-sapa..hahaha
benarnya setan je tu keri.. dia nak pesong akidah mu sebab dah mula terpengaruh ngan cik 'google'.
lain kali kalau mata gerak2, mu bubuh je 'EYE MO', dak pung biar je sampai jadi 'merah', dapat ghak jumpa cik 'MC' 2 hari..
salah tajuk ko tue..
patut tajuknyer berbunyi begini..
a series of unfortunate events..
adei kite reschedule la yer..
ko mmg malang haha
ciannye ke die.. dakpe2. lenkali buleh gi lagi. kali naik beskal. senang skit nok tolok kalu jadi nape2. hehe
weekend ni jum.
wolverine dah kuar lom?
aku keje pg.so mlm free.
jum2..lopan,keri,dan rakan2 seangkatan....
zara ~
percaya mandrem jugak ko ni yer.
paiseh ~
budak kecik maa. normal la. haha
hanamichi ~
yer. macam drama melayu bersiri kan.
seepot seedot ~
pukul 6.30 aku boleh balik doh.
FarEast ~
rezeki di mana-mana.
semy ~
ubat kau senang je.
balik melaka, setel.
mrblind ~
lu hidup dalam kepercayaan hindu lagi.
anonymous ~
eye mo eh?
bagus.
lang legar ~
kalau gitu, tengok cerita aku je lah.
ada ~
hari jumaat sahaja yang malang.
harihaz ~
basikal lagi haru semek weh.
shepha ~
jangan buat perancangan awal-awal.
nanti bocor lagi tayar motor aku.
haha.
buat aje plan awal2..
bley keri google dolu lau de ape2 alamat yang tidak bagus haha..
hum...mu banyak dose aku rase..tu jek sebab nye..sume ni pembalasan..wahahahaha...
lang legar ~
ah, semua alamat tak bagus kau kasi kat aku.
markmiez ~
takkan la orang super sopan macam aku pun ada buat kesalahan major.
hahaa.. jangan percaya sangat.
hahaa.. jangan percaya sangat.
malang itu n0rmal...
hu3...
oranglidi ~
memang tak percaya sangat.
sipi-sipi je.
sharamli ~
setuju dengan kamu!
Post a Comment