aku benci betul kalau dia ni datang. buat la apa-apa pun memang takkan lari punya. nak masuk dalam balik? jangan harap lah. itu bukan fitrah kejadian dia. habis-habis aku buang dengan cara picit. nak sepak terajang-terbang-jurus-ke-14 nanti kang muka sendiri jugak yang sakit.
kalau yer pun nak mencapap dekat muka mocha aku ni, agak-agak la bai. ini tidak, bawah lubang hidung mancung ini jugak dia nak display. sekilas pandang macam telur mata lembu dah aku tengok. baik punya putih 2 ketul.
haish, dah besar-panjang-lebar pun hormon jantan nak keluar secara berlebihan lagi.
jangan cuba nak satjes aku pakai sendayu tinggi. muka aku alergi semua jenis pencuci muka yang ada di pasaran. mahupun yang ada kat rak dalam mydin.
notakaki : siapa tahu cara nak hilangkan pedih selepas bercukur? aku memang fail la bab penjagaan muka.
Just keep swimming!
7 years ago
21 tukang komen:
aku shave x pedih pon..ko pakai pisau tumpol kot...xpon try la pakai shaver cream tu.
ko taruk minyak gamat
lembabkan towel, letak dkt muka selama beberapa minit ... kalau bley rendam towel dgn air sejuk
xyah la cukur2. sunnah weyh!!
hahahhaa..
jerawat - aku sajes ko pakai temulawak.berkesan terhadap lelaki2 yg aku penah kenal.murah je.rm3 lebih je.satu lg,jerawat elegic dgn kuku,maka jgn nak korek2.
shaving - kurg pasti haha
semy ~
tumpul apa. baru beli shick kat tesco minggu lepas. 1st time guna maa.
anis nadia ~
takde minyak gamat umah ni.
FarEast ~
nak cari air sejuk yang susah tu.
peti sejuk pulak takde.
paiseh ~
rambut pacak pun sunnah ke wey?
hahaha.
she pha ~
tak mahu la aku jadi raja lawak.
temulawak baik utk kesihatan muka. saye setuju. mm..pedih? ko taruk cili padi. sure lagi pedih .
rie.ambik daun nyor..mung layur dgn api..pahtu buat ULAM!
wakaka!
ko cukur pakai pisau potong daging ke kapak ni keri? sampai pedih2 ni? aku sarankan ko amalkan penggunaan pencuci muka shurah, bersih murni gebu kental.. lama2 lembut la tu. haih!
ada ~
ni lagi sorang suruh aku jadi raja lawak.
seepot seedot ~
aku dok tanya pasal makanan boh.
razifmustapha ~
aku pakai schick la wey.
tesco mari punya.
haha
la...patut la demo x ceroh2..
alergi dgn pencuci muka rupenyer!!
hahaha...
k.rijal ~
celiko demo ja.
mulot supo babi.
kulit mocha yang sensitip sungguh..
ko bantai shaving dengan shaving cream la,baru kurang pedih sket..beli je r botol kecik tue lau jarang2 shaving..
lang legar ~
aku memang tak reti nak beli benda-benda ni semua.
beli rokok aku reti la.
haha blajo2 le..
asyik beli rokok je..
guane nok blajo haha..
lang legar ~
lagu mana nok blajo.
tolong la ajor.
haha
apsal nk kene jd raja lawak plak?
pkai mlm2 sudey.
sape suh pkai g opis.
2,3 hr mesti surut
she pha ~
gerenti hilang ke?
tolong belikan boleh?
haha
ahahhaha...temulawak mmg berkesan
aku pernah guna masa aku form 3 ke form 4 ntah...skali cikgu math aku tegur...muhahahha...first time lak tu pakai (ikot kwn)....hahhaha...berkesan keri...nanti mocha jadi milk!!!...ahahahha
lalang ~
serius?
tak mahu lah aku.
nanti muka je jadi milk.
bahagian lain tetap mocha.
muka jerawat aku pakai sabun susu kambing.
murah jew..
bru rm5..
klu pedih shave cuba ko lumur ngan toner.
haha.
slmt mencuba.
:)
Post a Comment