Tuesday, July 21, 2009

drama swasta ciptaan setan...

khairi mendapat jemputan makan malam bersama kawannya, showty. bukan makan-malam-cahaya-lilin, tapi makan malam secara berjemaah bersama-sama dengan kawan sekelas showty ketika zaman bergelar pelajar dahulu.

pada malam kejadian, seorang kawan showty yang agak hot datang menempel berdekatan khairi dan showty ketika mereka sedang enak menjamu selera. secara tiba-tiba, kawan showty yang agak hot itu membaling gelas di tangannya ke udara lalu air sirap selasih tumpah ke atas semua hadirin.

lalu, ayah khairi datang menasihatkannya supaya bersabar. tiba-tiba ketua kampung khairi pun datang menenangkan khairi sambil menepuk-nepuk belakang bahunya. entah dari mana datang ketua kampung pun khairi tak tahu, kerana tiba-tiba sahaja tempat makan menjadi dewan tari menari.

selepas itu khairi pulang ke rumahnya dan amat terkejut kerana showty sedang melakukan aksi yang tidak baik untuk kesihatan dengan seorang kawan mereka. khairi berasa tidak selesa lalu terus ke tandas untuk melunaskan hajat besar. tetapi hajatnya tidak kesampaian kerana terserempak dengan kawan showty yang agak hot itu.

maka tercetuslah pergaduhan dengan kawan showty yang agak hot itu. khairi sangat marah lalu menampar kawan showty yang agak hot itu, tetapi malangnya kaki kawan showty yang agak hot itu pula yang patah.

khairi kebingungan. tanpa arah tujuan, khairi berjalan keseorangan berlatarbelakangkan matahari yang sedang terbenam.

"Somebody call 911..." lagu jam loceng di henset berbunyi.

****************************************************

haha. ini mimpi pelik aku semalam.
sampai hari ni aku masih ingat jalan cerita dia.
dan disebabkan mimpi ni lah semalam aku masuk kerja lambat.
setan betul.

14 tukang komen:

Anonymous said...

dalam mimpi tu ko ambik watak khairi ke showty ke ketua kampung?

..ker kawan showty yang agak hot tu?!!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mak aii..

apa punya gila mimpi lu bro

GRuNGe said...

Wuits, ko nak berak pun masuk dalam mimpi ke? Waakakaka.

Iylia said...

uiks..smpai cm2 skali mimpi ko

mugiwara said...

ko maraton tgk movi ke sblm tido?

Lang Legar said...

nampak sangat tido xbasuh kaki haha..

acece said...

sedap betoi nama watak, part 1 dah abis..nt wat part 2 plak

Shepha said...

kenapa ketua kampung leh jd watak plak?

k.e.r.i. said...

hidemichi ~
aku jadi watak dewan tari menari.

zara ~
tak gila bukan mimpi namanya.

grunge ~
berak tu penyedap jalan cerita.

stormz ~
yang lebih teruk pun ada.

mugiwara ~
takde pulak layan filem baik atau filem nakal sebelum tidur.

lang legar ~
dah basuh siap rendam dah zaren oih.

acece ~
part 2 kena tunggu wiken. kalau tak aku lambat lagi pergi kerja.

shepha ~
kan dah tertulis tu. entah dari mana ketua kampung muncul pun khairi tak tahu.

Abaan Pok Ya said...

aku ingat mimpi "mender" td..hahaha

Liliyuli said...

sume watak datang mengejut..hahaa

paiseh said...

takkan ngan makwe hot pun lu gaduh2 brader... mimpi basah la.. hahahaa~

said...

masuk keje lambat
sah2 punch card merah nih

hahhahhaha rasain lo...

mimpi tak ajak.....kekkekke

k.e.r.i. said...

abaan pok ya ~
haish. lama doh mimpi mende tu.

liliyuli ~
watak ad hoc semua tu.

paiseh ~
tak hot sangat kut.

yanie putrajaya ~
nanti cik yanie jadi watak gadis hot tu yer.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.