Thursday, July 30, 2009

H Wang N Wang...


Sumber : Emel berantai dari Nughul dan Nutt Nasir

Sunday, July 26, 2009

saya budak baru belajar...

reflection

light trail

pekan frinjan

Thursday, July 23, 2009

perhatian kepada komuniti BITD 2005-2008 sahaja (termasuk direct entry)

aku telah diminta oleh Hajar untuk mengajak korang semua untuk join 1 trip ke Muar.

memandangkan group dalam friendster dah macam hidup segan mati tak mahu dan aku rasa korang pun memang dah tak buka friendster, jadi aku post kat sini.

aku nak tag korang dalam note facebook pun, bukan semua ada facebook. Hajar sendiri pun takde. haha.

tak nak cakap banyak. keterangan adalah seperti di bawah :

tarikh : 08 Ogos 2009
hari : Sabtu
destinasi : Muar, Johor
motif : melawat keluarga arwah Azimah sambil berjumpa rakan-rakan.
kenderaan : bincang kemudian.

untuk keterangan lanjut, sila hubungi hajar. YM : shaz_haza

perbincangan di ruangan komen amat-amat dialukan.
tolong jangan guna "Anonymous".
jika anda tidak mempunyai akaun Google, sila pilih "Name/URL"
cuma masukkan nama dan URL adalah optional.

tolong sebarkan kepada ahli komuniti yang lain.

* cadangan adalah berpunca daripada Shahrini Devi dan Siti Hajar. harap maklum.

Tuesday, July 21, 2009

drama swasta ciptaan setan...

khairi mendapat jemputan makan malam bersama kawannya, showty. bukan makan-malam-cahaya-lilin, tapi makan malam secara berjemaah bersama-sama dengan kawan sekelas showty ketika zaman bergelar pelajar dahulu.

pada malam kejadian, seorang kawan showty yang agak hot datang menempel berdekatan khairi dan showty ketika mereka sedang enak menjamu selera. secara tiba-tiba, kawan showty yang agak hot itu membaling gelas di tangannya ke udara lalu air sirap selasih tumpah ke atas semua hadirin.

lalu, ayah khairi datang menasihatkannya supaya bersabar. tiba-tiba ketua kampung khairi pun datang menenangkan khairi sambil menepuk-nepuk belakang bahunya. entah dari mana datang ketua kampung pun khairi tak tahu, kerana tiba-tiba sahaja tempat makan menjadi dewan tari menari.

selepas itu khairi pulang ke rumahnya dan amat terkejut kerana showty sedang melakukan aksi yang tidak baik untuk kesihatan dengan seorang kawan mereka. khairi berasa tidak selesa lalu terus ke tandas untuk melunaskan hajat besar. tetapi hajatnya tidak kesampaian kerana terserempak dengan kawan showty yang agak hot itu.

maka tercetuslah pergaduhan dengan kawan showty yang agak hot itu. khairi sangat marah lalu menampar kawan showty yang agak hot itu, tetapi malangnya kaki kawan showty yang agak hot itu pula yang patah.

khairi kebingungan. tanpa arah tujuan, khairi berjalan keseorangan berlatarbelakangkan matahari yang sedang terbenam.

"Somebody call 911..." lagu jam loceng di henset berbunyi.

****************************************************

haha. ini mimpi pelik aku semalam.
sampai hari ni aku masih ingat jalan cerita dia.
dan disebabkan mimpi ni lah semalam aku masuk kerja lambat.
setan betul.

Sunday, July 19, 2009

k.e.r.i.n.g.


sekarang aku sangat kering.
bukan kering sebab tak mandi, tapi 'kering'.
sampaikan nak makan pun kena guna duit syiling dalam tabung.
duit syiling ni sebenarnya aku kumpul untuk dibuat wang hantaran.
ada siapa-siapa yang baik hati nak kasi pinjam duit?
T_T

Friday, July 17, 2009

ahmad jinn...

tag dari ahmad jinn a.k.a. mokk a.k.a majinn a.k.a. hazimin
banyak gila nama ko majinn. haha

1.Apa perasaan anda sekarang?
- perasaan saya adalah sangat lapar. (adakah lapar sejenis perasaan?)

2.Saya nak makan?
- keropok goreng dari kelulut. siapa boleh terbang dan tapaukan untuk saya?

3.Saya tak suka?
- duk sorang-sorang. apa nama fobia entah. dah lupa.

4.Impian saya?
- impian saya yang satu itu dah musnah. tsk tsk tsk.

5.Haiwan yang saya tak suka?
- haiwan yang naik motor atau kereta pastu nak belok kiri atau kanan tak kasi signal sebab takut bateri cepat habis.

6.Saya harapkan?
- pagar betul-betul boleh makan padi.

7.Jika boleh putarkan masa?
- masa tu berhenti kat petak RM 1 juta macam dalam roda impian.

8.Saya pada 10 tahun akan datang?
- masih manusia.

9.Handphone saya adalah sebuah?
- decepticon.

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
- ...

11.Saya suka pada?
- orang yang suka saya.

12.Kawan-kawan saya?
- semuanya manusia.

13.Pernah dikhianati?
- dan pernah mengkhianati.

14.Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
- ikat kat dinding pastu sumpit banyak kali.

15.Senaraikan 3 org untuk di tag:

- hanie..kata nak kacau aku malam tadi. tak kacau pun.

- emmy..seorang pensyarah yang berdedikasi. (ye kot)

- khairil..kumpul duit weh. haha.

Thursday, July 16, 2009

mentang-mentang lah aku tak pernah jejak kaki kat situ...

semalam, semasa aku tengah hisap rokok kat laman rumah.

aku : esok g site mana?
hakim : bangunan dayabumi. lepas tu nak gi pertama.
aku : nak buat apa kat pertama?
hakim : beli henset baru.
aku : pertama kat mana?
hakim : sebelah kedua.
aku : err...nak kena cucuh dengan rokok?

Monday, July 13, 2009

Ain Maisarah binti Mohd Anuar

ain 1

ain 2

ain 3

ain 4

kedudukan dalam carta anak saudara : #21 daripada 25

Friday, July 10, 2009

4 benda lelaki kena jaga (tak semua lelaki)

Wanita
nama lain mahkluk ni; perempuan. mereka bukan benda. dan juga bukan hak milik. tapi kalau awek atau tunang kena kacau, mesti lu marah kan brader. lagi-lagi lah kalau mahkluk ni berstatus isteri. memang angin terutama bagi laki-laki yang banyak angin. macam mana kalau awek atau tunang atau isteri sendiri yang suka bergedik dengan jantan lain? itu lu fikir lah sendiri. perlu ke nak jaga lagi.

Lighter
kalau dalam surat khabar, dieorang tulis pemetik api. kau pernah dengar orang tanya 'bang, pinjam pemetik api'. paling biasa ayat aku dengar dan kadang-kadang aku buat 'bang, pinjam lighter'. kenapa perlu jaga pemetik api? mesti la kena jaga. ada rokok tapi lighter nya takde. buat malu komuniti jer. takkan nak gesek-gesek batu sampai keluar api. tak maju langsung. bak kata pepatah seorang kawan 'biar takde rokok, jangan takde lighter'.

Inbox
untuk lelaki jenis pasang 2,3 memang sangat kena jaga inbox dalam telefon bimbit anda. letak lah kod keselamatan di telefon bimbit untuk melindungi daripada dicerobohi. bagi yang henset pesen 3310, reti-reti lah delete sms lepas baca. tak payah nak jiwang sangat sampai nak simpan jadi pekasam. untuk yang jenis setia pun tetap kena jaga. mana tahu mak atau kakak-kakak gatal tangan nak baca mesej. haha.

Kenderaan
yang ni tak perlu cakap banyak lah. usahkan hilang kereta, hilang motor pun seksa bai. pencuri pulak makin hari makin pandai. dari pusat kemahiran mana dia belajar pun tak tahu lah. tayar depan belakang stand ekzos semua dah rantai baik punya, pun tetap kena curi. kang dah susahkan budak-budak u nak gi kelas dan bawak awek ronda petang-petang. kalau rasa tak nak naik bas atau teksi atau train, jaga kenderaan masing-masing.

notakaki : banyak lagi kena jaga sebenarnya. malas nak taip. haha

Thursday, July 9, 2009

guli dalam hidung...

tadi masa makan tengah hari, liana cerita pasal sepupu dia.
sepupu dia masa kecik-kecik dulu pernah masukkan guli dalam lubang hidung.
boleh bayang tak besar mana lubang hidung sepupu liana?

aku gelak sampai semua orang dalam kedai makan toleh kat aku.

kelakar okey. sampai sekarang aku duk pikir.

Monday, July 6, 2009

terima kasih cik hanie...bila nak belanja mekdi?





notakaki : banyak aku dapat ni. semua dari cik hanie. kau nak? amek la.

orang suruh joging petang-petang tak nak...

kena jemur tengah padang pukul 3.30 petang.
senamrobik 3 round.
lompat bintang 20 kali.
lompat lalat 20 kali.
pumping 20 kali.
lari laju-laju 60 meter.
penat woh!
nak tekan pedal minyak pun tak boleh.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.