Tuesday, May 12, 2009

pernah makan kuih ni?

balik kampung adalah perkara yang sangat mengujakan. balik kampung hati jadi tenang. perut selalu penuh dengan makanan. tidur melebihi kadar hari-hari biasa. kat kampung pulak macam-macam ada. macam-macam boleh buat. bangun pagi matahari dah tegak atas kepala. tengah hari kait buah nyor. pekena air nyor campur ais, pehhh memang nikmat. lagi nikmat kalau makan isi nyor sekali. segar dari pokok lagi. petang-petang kalau tak ke pantai, lepak sambil makan kuih bakar, branang, akok. ah, aku sebut pun bukan kau kenal makanan pantai timur.

malam-malam aktiviti makin rancak. lepak di rumah lee daihatsun a.k.a. presiden kutu cawangan pulau kerengga sememangnya aktiviti wajib. kalau ekonomi meningkat, semua pakat lepak kat kedai pok long roti canai. kebetulan minggu lepas ekonomi jemaah kutu sangat tidak memberangsangkan. jadi aktiviti malam hanya dirancakkan dengan melepak di wakaf depan rumah mak-long-bini-duda-anak-lapan-cucu-36. biasanya aktiviti pengimarahan wakaf akan disertakan dengan aktiviti aku-bahan-kau, kau-bahan-aku sambil mendengar radio saluran Terengganu FM. sedang rancak membahan, terdengar satu perbualan DJ dengan seorang pemanggil.

DJ : hello. siapa di sana?
pemanggil : iwan ni. dari Ajil.
DJ : ok iwan. apa aktiviti malam ni?
pemanggil : takde buat apa-apa. duk rumah bersama keluarga je.
DJ : apa hidangan makan malam ni?
pemanggil : kami makan cengkodak je.
DJ : cengkodak???

hahahahaha. kami semua bantai gelak ramai-ramai. mizan dah terguling-guling sampai jatuh dari wakaf. bidin gelak sampai sesak-sesak nafas. aduh. seumur hidup, tak pernah lagi weh dengar nama kuih cengkodak. kat KL pun tak pernah jumpa. tahniah iwan. anda pencipta kuih baru malam ni!

notakakikiri : tengkiu semy banje donut JCo, the best kuih in town! haha.
notakakikanan : peta kedai paklong bukan aku yang letak. aku terjumpa je.

26 tukang komen:

dnasura said...

hah cengkodak? oh no sy gelak kuat sorang2 di tgh2 mlm..oh no..

bokbon said...

bodoh punya iwan, sampai keluar air mata ha gua punya gelak.

hahaha!!

redSeptember said...

apa kah kuih cengkodak?

sama macam kodak filem?

sharamli said...

dy nak ckp ap yg bt0l2 nya?
cek0d0k ke ap?
tegeliat lidah2 nak seb0t..ketar suara mas0k radi0 gamaknya..hu3

paiseh said...

lu isap rokak tak nak kasi banyak nyamak eh??

nuyuljana said...

ha ha.

aku syak cengkodak ni pakai buah cempedak la.

:))

siti said...

hakhakhak...
kesian iwan tu. tergelingcah rel tu....

hanie said...

cengkodak??
cekodok + cempedak kot..
hahahahahaha!!

~~gile aku kantoi gelak kat opis.. :P

Lang Legar said...

bongok..
agak2 la nak tersasul cebut cekodok..
eh ke die nak sebut kuih len..

cengkodak= cekodok+cucur badak..

resepi baru untuk para surirumah. sesuai dihidangkan time minum petang bersama suami tersayang yang baru pulang dari kerja..

Tijah said...

cengkodak? nanti share resepi dgn aku eh?

k.e.r.i. said...

dnasura ~
jangan gelak kuat2 tengah malam.
nanti ada orang takut.

bokbon ~
sila salahkan iwan.
gua share cerita saja. haha.

redSeptember ~
mungkin iwan dan sekeluarga suka makan kodak goreng dipanggil cengkodak.

sharamli ~
bukan gigil nak masuk radio.
gigil nak speaking key ell. hahaha.

w.hidney ~
ha'ah, cekodok = cucur pisang.
tapi ada jugak bukan pisang dibuat cekodok.

paiseh ~
memang kena isap rokak, banyak nyamak tekpon. hahahaha.

nuyuljana ~
aku pun syak macam tu jugak.

siti ~
oran ajil nak cakat key ell terus tergelincas. hahaha

misz.hanie ~
orang kawasan sana je kut buat cekodok dengan cempedak.

lang legar ~
kalau betul ada cengkodak = cekodok + cucur badak, besh woh.

tijah ~
akak pergi mintak resepi tu dengan iwan. haha.

mrblind said...

cengkodak hotak dia..bronok ubi punya umat..hahaha

Anonymous said...

air kelapa satu,
isi nyor banyok skit!

-gengbasekolah

S.YanaZ said...

CENGKODAK.

Contoh ayat:-
"Banyak laa lu punya cengkodak!"

Muahahaaa.

aliaaroslan said...

menarik nama baru tu.. kne paten kan utk dapat hak eksklusif.. hehe

Yana Ismail said...

ha ha ha..lawakla..cengkodak ;P

Tau tkpe..memang heaven blk umah!huhu sedapnya air nyior tu..huhu;)

anyway, JCO memang sgt best. huh tbayang2 plak tiba2.. ;P

Salam kenal;)

k.e.r.i. said...

mrblind ~
bronok ubi orang eja bronox lening.
hahaha.

gengbasekolah ~
jertih takdok woh nyor ke?
wakaka.

s.yanaz ~
ayat lu memang best, nanti gua pakai.

julie^beth ~
konpem ar hak eksklusif dapat kat iwan. haha

princess liyana ~
makan cengkodak + donut jco + minum air nyor mesti besh aku syak.

sif said...

ah!mat ko!
lg mau ulang 18kali semy blanje donut.gay ape.lg sedap cengkodak th agaknye.sbb yg nk mkn tu pon ceng-kodok.hahahahaha

FarEast said...

cengkodak? whahahah ... macam haram ... hahaha

Nadiela said...

1st time aku dgr cengkodak..
aku mau tanye nih.. lps pemanggil tu sbut cengkodak, dj tu ckp ape??

siyes gelak aku bace cengkodak. siap tnye uncle google lgik. cengkodak tu ade org kata jemput panas. gamaknye pemanggil tu mkn cucur panas2 kot. :P

CoOkiE MoNSter said...

cengkodak tu sjnis kueh baru. kat kg iwan je ader tu...keke. ala2 cmpor ngn kodok cket, nk sebut cengkodok malu beb, maka beliau sbut la cengkodak. bg cedap cket name.

Mrs Nurul said...

kuih cempedak kot

razifmustapha said...

nasib baik bukan die sebut kuih mengkarung ke, mentibang ke ape ke

k.e.r.i. said...

missy suzi ~
ah. ko dengki semy banje aku.
hahaha.

fareast ~
kodok memang haram dimakan.

nadiela ~
kalu gitu, goreng pisang panas namanya gorang pasang lah.
hahahaha.

cookie monster ~
gila apa makan kodok.

si lampu neon ~
ada kemungkinan betul. sipi-sipi dah kut.

razifmustapha ~
jip, jangan extreme sangat.
itu bukan kuih dah tu.

dnasura said...

haha... nak tergelak bace komen org lain kat sini ^_^. oh no.. gelak sorang2 lagi..oh no..

no name said...

aku gelak guling2 ni...btw..aku ase cengkodak 2 campur cekadak + cekodok kot???

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.