Saturday, May 23, 2009

pengulas tak bertauliah...

esok hari sabtu. eh silap. hari ni dah hari sabtu. esok hari ahad.
kepada siapa-siapa yang berhajat nak tengok wayang cerita
Angels and Demons, meh aku ulas sikit. kasi bocor.
(ceh, padahal cerita ni dah tayang sejak minggu lepas)

ada beberapa perubahan yang pengarah ni buat secara suka hati.
hasilnya tidak lah se-best seperti dalam novel tulisan Dan Brown.

1.
dalam novel : ini yang aku paling tunggu. Robert Langdon naik benda-terbang-bentuk-empat-segi-takde-tingkap dari Amerika ke CERN, Switzerland dalam masa sejam sahaja.
dalam filem : dia naik helikopter biasa je dan penerbangan terus Amerika - Vatican City.

2.
dalam novel : projek anti-matter hanya Vittoria Vetra dan ayah angkat dia, Leonardo Vetra je yang tahu. si camerlengo tahu sebab Leonardo yang bagitahu.
dalam filem : mak aih, ramai gila pakar-pakar terlibat masa nak hasilkan anti-matter tu.

3.
dalam novel : rakan kajian Vittoria sepatutnya adalah ayah angkat Vittoria, Leonardo yang mati dibunuh, mata dicungkil dan dada dicop 'Illuminati' oleh assasin Illuminati.
dalam filem : kawan Vittoria yang kaji anti-matter adalah Silvana, mati sebab mata kena cungkil. assasin tak sempat nak cop dada kut.

4.
dalam novel : orang besar CERN, Maximillian Kohler yang jumpa mayat Leonardo. dan dia jugak yang telefon Robert Langdon pagi-pagi buta.
dalam filem : watak Maximillian Kohler langsung takde. watak Leonardo Vetra pun takde.

5.
dalam novel : Cardinal ke 4 (Cardinal Baggia) yang kena culik mati jugak akhirnya. tsk. mati sebab lemas dalam kolam air pancut.
dalam filem : sempat kena selamat. liat nyawa orang tua tu.

6.
dalam novel : Mortati, the elector yang uruskan conclave (pemilihan Pope baru) akan jadi Pope yang baru.
dalam filem : Cardinal Baggia yang selamat jadi Pope baru. calon kegemaran lah kunun.

7.
dalam novel : ada adegan 'gojoh' @ 'gomo' @ lawan antara assasin dengan Robert Langdon masa kat tempat pembunuhan ke-4, kolam air pancut Piazza Navona dan dalam Castle of Angles.
dalam filem : takde lawan-lawan.

8.
dalam novel : Pope yang mati kena bunuh tu sebenarnya ayah kandung camerlengo. kat akhir novel rahsia tu terbongkar.
dalam filem : langsung takde bagitahu apa-apa.

9.
dalam novel : Robert Langdon naik helikopter sekali dengan carmelengo. lepas tu jatuh dalam sungai Tiber.
dalam filem : camerlengo naik helikopter sorang-sorang sambil bawak canister yang berisi anti-matter. si Robert Langdon duk melanguk tengok dari bawah.

10.
dalam novel : akhir cerita, Robert Langdon dapat Illuminati Diamond sebagai hadiah.
dalam filem : Robert Langdon dapat Diagramma, buku tulisan Galileo Galilie. satu muka surat dah kena koyak dengan Vittoria.

Illuminati Diamond : Earth. Air. Fire. Water.
apa kau nampak kalau kau tengok gambar ni terbalik 180 darjah?

selamat menonton yer. sekian sahaja ulasan untuk kali ini. sebut betul-betul, skriiiiiiiinnnnnnnn.

notakakikanan : cerita ni tak lah bosan sangat. boleh lah layan.
notakakikiri : aku ceduk dari
sini sikit. dah seminggu tengok. lupa lah.

25 tukang komen:

miSz.haNie said...

sb ko dh bocor rahsie..
xmau la tgk!
hahahahaha...

~~nk tgk terminator..nk ikut? ngeh3

mugiwara said...

wa~
hebat!
nampak perkataan yang sama!!!
baca buku ni pun tak, tengok filem ni pun tak.
ermm...nanti lah baru tengok. bila dah rilek, tak sibuk~

kecik said...

terima kaseh keri.
aku dah jimat rm8.
hahaha

mun_mradz said...

trimass mr keri...sebab blom sempat pegi da tau..indah khabar dari rupa...kah3x sep bajet ni..hakikatnya memang camtu..novel lagi best dari ilem dia sendiri..gambar tu uniq gila..tebalik pun sama ja..hebat2

missy suzi said...

ah panjang sgt.
malas baca.

sHe pHa said...

salah.komen di atas aku yg kasik.
terpakai profile suzi plak huhu.

Precious said...

Slalu kan kalau wayang based on novel, mesti lebih best baca novel. Pada aku ler ...

stormz said...

waa...siap ks review.bgs2

sharamli said...

ehem3..dh la x betauliah...panjang lak tu ulasan..muahaha

FarEast said...

ramai kata baca novel lebih best dihayati berbanding wayang ... tapi disebabkan aku malas membaca, tu yg layan movie je :p

bokbon said...

takpe, gua tunggu je orang upload, nanti gua download. haha!

k.rijal said...

rugi 10 riyal weh..

S.YanaZ said...

Sudah baca buku, tp masih belum tontonnn...

k.e.r.i. said...

misz.hanie ~
kau belanja, aku ikut.

mugiwara ~
bila kau dah tak sibuk, filem ni dah tak tayang.

kecik ~
sama-sama. patut kau bayar 8 ringgit tu kat aku.
hahaha.

mun_mradz ~
gambar macam tu dipanggil ambigram.

missy suzi ~
ini aku anggap ujie yang komen.

shepha ~
penyelia bahasa kena baca.

precious ~
ye kut.

stormz ~
lain kali aku review lagi.

sharamli ~
kalau kau baca novel lagi panjang.

FarEast ~
itu sebab pengarah buat filem dari novel. untuk senangkan manusia macam kau lah.
huhu.

bokbon ~
demo memey sedak!

k.rijal ~
11 riya weh.

s.yanaz ~
beli dvd9 tepi jalan je.

BudAk hijAu said...

ni mls nk tngk nie..dah tau dh...hahahhaha...

paiseh said...

apesal gua tengok rasa tak best??
ending macam sampah.. tak realistik langsung!! gua marah...

Abaan Pok Ya said...

macam besh..tapi cam aram pon ader..tunggu citer terminator la plok..ke waner??

missy suzi said...

hahaha.bodnye keri.sengal!!!!
nih aku br komen.selain tuh,assume jela gadis kebaye merah.hahaahahah~

*ko tgk cite loq iq nih watpe.tgk startrek lg bagus.jgn kan 'naik benda-terbang-bentuk-empat-segi-takde-tingkap',bley ke angkase lepas tanpe sbarang kenderaan lg.haha.gile boHONG!!siap wat jumper kt space xpki kepale bulat besar2 yg lutsinar tuh.ape kebende tuh??haha.nk tye angkasawan negare jap.ok.bye*

missy suzi said...

hahaha.bodnye keri.sengal!!!!
nih aku br komen.selain tuh,assume jela gadis kebaye merah.hahaahahah~

*ko tgk cite loq iq nih watpe.tgk startrek lg bagus.jgn kan 'naik benda-terbang-bentuk-empat-segi-takde-tingkap',bley ke angkase lepas tanpe sbarang kenderaan lg.haha.gile boHONG!!siap wat jumper kt space xpki kepale bulat besar2 yg lutsinar tuh.ape kebende tuh??haha.nk tye angkasawan negare jap.ok.bye*

k.e.r.i. said...

budak hijau ~
tak yah tengok. membazir.

paiseh ~
lu pergi la bebel kat director.
haha.

abaan pok ya ~
kita layan terminator hari jumaat malam sabtu.

missy suzi ~
aku tak minat startrek.
macam haram citer.

dnasura said...

huhu..lain eh dari novel dia. oh tak mau tengok la. download je. haha filem 2 gini saya memang sokong yang piracy ^_^ tak rugikan diri sendiri. hihi

mun_mradz said...

member aku cakap da vinci code seribu kali lbey baik dari yg ni..ngeh3x..cam sial..iklan je lebey

k.e.r.i. said...

dnasura ~
zaman jadi student boleh la beli tang pirate. huhu.

mun_mradz ~
aku belum baca da vinci code.
tengok movie pun belom.

lin said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女

鳳梨酥Blue said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.