deym.
aku tak pernah rasa macam ni.
sibuk mengalahkan bangla dan indon.
bangla pun tahu lepak klcc masa hujung minggu.
nak baca blog lucah yang aku follow pun tak sempat.
nak update, apatah lagi.
tag kau, kau dan kau akan dijawab kemudian.
2,3 hari ni budak-enjin-TAP-3002 mengidam nak tengok cerita korea.
cerita bersiri witch yoo hee.
melilau aku cari segenap pelusuk.
takpe lah. tolong kawan-kawan.
tanya sana, takde.
tanya sini pun takde.
tadi lepas makan, operasi mencari kedai VCD.
satu puchong kami terokai.(ayat skema gila)
pergi ezy video, amoi tu cakap takde.
pergi jusco ioi pun takde.
pergi speedy video, tutup la pulak.
cari punya cari punya cari, jumpa satu kedai kat puchong.
kedai sebelah giant. tapi takde jugak.
yang ada cuma koleksi cerita-cerita bersiri.
suri-rumah-terdesak musim 1 sampai 5, budak-perempuan-gosip,
satu-pokok-bukit, hero-hero, semua ada lah senang cakap.
kalau gaji dah masuk, nak je borong semua.
tapi sekarang aku tengah kering.
hari tu baru angkat benda-empat-segi macam james bond pakai.
akhir bulan ni anak saudara ke 24 pulak nak menambah jumlah umat
manusia kat muka bumi.(esok la ek?)
sebagai bapa saudara yang bermutu tinggi mesti lah kena hulur.
paling-paling cikai pun sepasang stokin.
tak pun botol susu jenama Anakku.
esok nak melalak melolong kat Alamanda pulak.
kena tidur untuk kumpul suara kalau pesen gini.
notakaki : 2, 3 hari ni tacing weh!
Saturday, May 30, 2009
ni aku dah update dah ni...
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 4:27 AM 18 tukang komen
Labels: capcai, ke'puah'san, taip laju-laju, tulis panjang-panjang
Monday, May 25, 2009
cabaran hidup pegawai JPJ...
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 11:54 PM 22 tukang komen
Labels: capcai, taip laju-laju
Saturday, May 23, 2009
pengulas tak bertauliah...
esok hari sabtu. eh silap. hari ni dah hari sabtu. esok hari ahad.
kepada siapa-siapa yang berhajat nak tengok wayang cerita
Angels and Demons, meh aku ulas sikit. kasi bocor.
(ceh, padahal cerita ni dah tayang sejak minggu lepas)
ada beberapa perubahan yang pengarah ni buat secara suka hati.
hasilnya tidak lah se-best seperti dalam novel tulisan Dan Brown.
1.
dalam novel : ini yang aku paling tunggu. Robert Langdon naik benda-terbang-bentuk-empat-segi-takde-tingkap dari Amerika ke CERN, Switzerland dalam masa sejam sahaja.
dalam filem : dia naik helikopter biasa je dan penerbangan terus Amerika - Vatican City.
2.
dalam novel : projek anti-matter hanya Vittoria Vetra dan ayah angkat dia, Leonardo Vetra je yang tahu. si camerlengo tahu sebab Leonardo yang bagitahu.
dalam filem : mak aih, ramai gila pakar-pakar terlibat masa nak hasilkan anti-matter tu.
3.
dalam novel : rakan kajian Vittoria sepatutnya adalah ayah angkat Vittoria, Leonardo yang mati dibunuh, mata dicungkil dan dada dicop 'Illuminati' oleh assasin Illuminati.
dalam filem : kawan Vittoria yang kaji anti-matter adalah Silvana, mati sebab mata kena cungkil. assasin tak sempat nak cop dada kut.
4.
dalam novel : orang besar CERN, Maximillian Kohler yang jumpa mayat Leonardo. dan dia jugak yang telefon Robert Langdon pagi-pagi buta.
dalam filem : watak Maximillian Kohler langsung takde. watak Leonardo Vetra pun takde.
5.
dalam novel : Cardinal ke 4 (Cardinal Baggia) yang kena culik mati jugak akhirnya. tsk. mati sebab lemas dalam kolam air pancut.
dalam filem : sempat kena selamat. liat nyawa orang tua tu.
6.
dalam novel : Mortati, the elector yang uruskan conclave (pemilihan Pope baru) akan jadi Pope yang baru.
dalam filem : Cardinal Baggia yang selamat jadi Pope baru. calon kegemaran lah kunun.
7.
dalam novel : ada adegan 'gojoh' @ 'gomo' @ lawan antara assasin dengan Robert Langdon masa kat tempat pembunuhan ke-4, kolam air pancut Piazza Navona dan dalam Castle of Angles.
dalam filem : takde lawan-lawan.
8.
dalam novel : Pope yang mati kena bunuh tu sebenarnya ayah kandung camerlengo. kat akhir novel rahsia tu terbongkar.
dalam filem : langsung takde bagitahu apa-apa.
9.
dalam novel : Robert Langdon naik helikopter sekali dengan carmelengo. lepas tu jatuh dalam sungai Tiber.
dalam filem : camerlengo naik helikopter sorang-sorang sambil bawak canister yang berisi anti-matter. si Robert Langdon duk melanguk tengok dari bawah.
10.
dalam novel : akhir cerita, Robert Langdon dapat Illuminati Diamond sebagai hadiah.
dalam filem : Robert Langdon dapat Diagramma, buku tulisan Galileo Galilie. satu muka surat dah kena koyak dengan Vittoria.
Illuminati Diamond : Earth. Air. Fire. Water.
apa kau nampak kalau kau tengok gambar ni terbalik 180 darjah?
notakakikanan : cerita ni tak lah bosan sangat. boleh lah layan.
notakakikiri : aku ceduk dari sini sikit. dah seminggu tengok. lupa lah.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 4:49 AM 23 tukang komen
Labels: panggung bukan punggung, sekitar saya, taip laju-laju
Wednesday, May 20, 2009
ini orang-orang Malaysia...
yang ni pun aku tak tahu sama ada aku lambat tahu atau dia baru popular dalam youtube. tapi aku tabik lah dengan minah ni. anak kelahiran Malaysia sedang mencanak naik kat luar sinun. tak tahu lah dah tukar kerakyatan ke belum. aku tengok kat sini. kat sini pernah review pasal dia dulu. kat wikipedia pun ada cakap pasal dia. kalau goment tahu ni, mesti ambik jadi duta sektor hiburan lah aku syak. bukan senang orang Malaysia nak cipta nama kat obersi weh. layankan Zee Avi ~ Bitter Heart.
children spinning around till they fall down down down,
i wait for you its been two hours now your still
somewhere in town your dinners getting cold
i rest my case you are always this late,
and you know how much i hate waiting around round round,
bitter heart bitter heart tries to keep it all inside,
bitter heart bitter heart
shadows will help you try to hide bitter heart
my bitter heart is gettin' just a little fragile,
bitter heart bitter heart of mine
and then you come and tell me the same reason
as you did yesterday so tell me whats her name.
doo doo da dum doo doo da dum
doo doo doo doo doo doo da da dum dum
da da da da dum da da da da dum da da da da dum.
Bitter heart, bitter heart tries to keep it all inside bitter heart,
bitter heart shadows will help you try to hide,
bitter heart, my bitter heart is just getting a little fragile,
bitter heart, bitter heart of mine...
of mine... of mine... of mine... of mine.... of mine.
notakaki : deria menonton tv aku dah hilang. yang ada cuma deria tengok wayang. lalala~
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 12:58 PM 15 tukang komen
Labels: encik youtube, jangan lupa lirik, video-videoan
Monday, May 18, 2009
gambar macro #1 : objek
* no editing, no adobe-photoshoping, just resizing.
notakakikiri : happy belated teacher's day. aci dok?
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 12:06 AM 11 tukang komen
Labels: gegambaran, ke'puah'san
Friday, May 15, 2009
ini lah orang panggil Melayu rosak...
nurrul nughul: jeke yakban ek ira in?
keri5101: kat nyabak ngasat lah
keri5101: pati nake baut ducomantetaion ni
nurrul nughul: dati phesa msg uka, kacap sapal denkuri naab....
keri5101: pusta
nurrul nughul: phesa kacap
nurrul nughul: ok + polan + ijue nk g nasa
keri5101: iuk
nurrul nughul: denkuri naab
keri5101: ijue nup kan kuit ke?
keri5101: uka mameng gepi
nurrul nughul: a'ah
keri5101: labik ramuh kesali
nurrul nughul: owh...
nurrul nughul: kan kuit gujak al
keri5101: ko
keri5101: mamac in
keri5101: ok + palon + pashe + ijue
keri5101: niak suta kate
keri5101: 100 sarong , jida 400 had
keri5101: masa mamac niak sab gajuk
keri5101: gali majit
nurrul nughul: ok?
keri5101: uka yabme bilak dangen kad ramuh
keri5101: uti nup kola jida hal
keri5101: kola kat jida, uka tampung karong hal
keri5101: 5 arong
keri5101: ko?
keri5101: gila majit
nurrul nughul: apa gy majit?
keri5101: diut manyik
nurrul nughul: niak sub masa gujak
keri5101: niak sub gerpi libak nup had kedat 100
keri5101: kola niak kate
keri5101: manyik gerpi libak bura 200 uka sara
keri5101: lot pilang giting nup 50
nurrul nughul: a'ah majit la
nurrul nughul: lobey lajan lajan nuga
keri5101: kola niak sub, pamsai senste sub ninta, mamac kan gi ramuh naab?
keri5101: huta kapte
keri5101: lobeh lajan lajan
keri5101: *gelak guling-guling*
nurrul nughul: ponwala kud lakate uka x nerpah lajan nuga gila
nurrul nughul: (weh bakpo mg suka selok?)
keri5101: (mung baco ayat ni, lawak siot)
keri5101: lobeh lajan lajan
keri5101: (cara baca, bukan maksud ayat)
nurrul nughul: *gelak guling-guling*
nurrul nughul: (masa taip aku x perasaan plak)
nurrul nughul: (gila rosak bahasa)
keri5101: ah ah ah
keri5101: (gelak pun nak terbalikkan jugak)
keri5101: (bunyi mcm lucah)
keri5101: *gelak guling-guling*
nurrul nughul: (mmg gila weh)
nurrul nughul: (kalu A.Samad Said taw...dia mesti sedey)
keri5101: ah ah ah
keri5101: binyu mamac desap ej
nurrul nughul: sakro habasa
keri5101: ninta lajan lajan nuga, lobeh gi jidmas krastil
keri5101: nak nak?
keri5101: sapar kidae yapang
keri5101: mamac leponcang isang plauk
nurrul nughul: langa langa g lajan amuh uka al
nurrul nughul: kawaka
nurrul nughul: kakawa
keri5101: (ko punya psl lah ni, abis documentation aku pun jadi terbalik)
keri5101: ah ah ah
nurrul nughul: (aku plak)
nurrul nughul: (k la, t borak lagi...boss besar masuk opis neyh.)
nurrul nughul: (wakaka)
nurrul nughul: lobeh lajan lajan
nurrul nughul: kakawa
keri5101: ah ah ah
keri5101: ko.
* amacam, ada faham? kalau faham, nanti boleh ym dengan kami. haha.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 11:57 AM 35 tukang komen
Labels: benda gila, capcai, taip laju-laju
Tuesday, May 12, 2009
pernah makan kuih ni?
hahahahaha. kami semua bantai gelak ramai-ramai. mizan dah terguling-guling sampai jatuh dari wakaf. bidin gelak sampai sesak-sesak nafas. aduh. seumur hidup, tak pernah lagi weh dengar nama kuih cengkodak. kat KL pun tak pernah jumpa. tahniah iwan. anda pencipta kuih baru malam ni!
notakakikiri : tengkiu semy banje donut JCo, the best kuih in town! haha.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 1:33 AM 26 tukang komen
Labels: balik kampung, sekitar saya
Sunday, May 10, 2009
entry untuk mak...
orang tahu mak takkan baca entry ni. sebab kat rumah takde komputer atau laptop, apatah lagi internet. kalau ada semua tu pun, mak tak tahu nak buka blog saya. nak balas sms saya pun mak tak tahu, inikan pula nak tinggalkan komen atau tinggal jejak kat chatbox. takpe lah. orang nak buat jugak entry ni sebab esok hari ibu. nanti apa pulak kata blogger-blogger yang lain bila orang tak buat entry pasal hari ibu. tapi itu bukan sebab orang buat entry ni. orang buat semata-mata orang sayang mak.
walaupun orang tak pernah ucap yang orang sayang mak, tapi orang memang sayang mak. jasa, kasih sayang dan pitis mak memang tak terbalas. mak tak pernah nak minta balasan untuk semua tu. tapi orang tetap nak balas jasa mak. duit yang orang masukkan dalam bank mak tiap-tiap bulan tu, masih tak dapat membalas kasih sayang dan pitis yang mak kasi masa kecik-kecik dulu. sekurang-kurangnya dengan pitis tu, mak boleh beli baju lip lap lip lap, walaupun tak lepas nak beli gelang emas sampai ke siku. itu je yang orang mampu balas buat masa sekarang. nanti bila orang dapat kerja gaji cecah 3 ribu sebulan, orang ganti TV flat screen dengan TV LCD plasma yang mak mengidam tu.
bila perhatikan cara kakak#1 uruskan 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan, baru orang tahu mak dulu lagi susah nak besarkan orang dengan 8 lagi anak-anak. 9 orang anak, 9 jenis perangai mak kena handle. orang minta maaf kalau dulu orang ada buat mak terasa hati. ok, bukan kalau. memang orang pernah menyakitkan hati mak. orang minta maaf untuk setiap air mata mak yang jatuh kerana orang. orang minta maaf jugak untuk kenakalan orang masa kecik-kecik dulu. terima kasih sebab mak jarang mengasuh orang dengan tali pinggang ayah dan rotan ada bulu ayam tu. terima kasih untuk bebelan mak yang panjang-satu-kilometer dan pernah mencatat rekod sampai 3 hari 3 malam berturut-turut. kerana bebelan mak tu lah orang boleh
orang ingat esok orang nak telefon mak nak ucap selamat hari ibu. tapi orang rasa segan lah pulak. sebelum ni orang tak pernah ucap pun. tambah lagi, orang tak pernah tahu pun bila tarikh sebenar hari ibu. itu pun semalam baru orang tahu masa lepak dengan hakim, joe, rijal, baang, semy, majin, mamu, mamat, ardy dan mat wey kat seksyen 7, shah alam.
walaupun orang tak tahu tarikh hari ibu, tapi orang ingat sokmo kat mak. walaupun orang telefon seminggu sekali, atau sebulan sekali, itu bukan bermakna orang tak ingat kat mak. bagi orang, selama mana orang masih bernafas, selama mana darah mak dan ayah masih mengalir dalam badan orang ni, selama mana orang hidup, selama itu lah hari-hari orang ni adalah hari ibu.
orang nak tempek gambar mak kat sini, tapi semua gambar mak ada dalam hard disk lagi satu. hard disk tu pulak dah korap. tsk. nanti bila orang dah beli benda-besar-tergantung-kat-leher tu, orang ambik gambar mak banyak-banyak. lepas tu orang tempek kat sini biar semua orang kenal dengan Hajjah Fatimah binti Jusoh, mak orang yang tersayang.
terima kasih untuk semua jasa, kasih sayang dan pitis mak.
selamat hari ibu, mak.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 5:07 AM 29 tukang komen
Labels: capcai, dari dalam diri, tulis panjang-panjang
Wednesday, May 6, 2009
kasut adidas melekat di dinding...
tag pesen menyusahkan hidup ni aku dapat dari encik buta. aku nak tanya encik buta "sedap lu nak lempang orang, apa kata gua lempang lu dulu?" hahaha. lepas ni konpem dia tunggu aku depan mesra mall nak belanja big apple.
makcik h.a.n.i.e. ni pun tag benda serupa. lepas beberapa saat encik buta membuat serangan tag, makcik ni pulak menyusul. aku syak dieorang ni ada kimia lah. apalagas encik buta, angkut jadi #2 lah. hahaha.
1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang...
2) Bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...
suka? takde lah suka sangat. takde pilihan dah. kertas dinding cun-cun semua dalam harddisk lama. harddisk lama dah korap. apa kelas nak download kertas dinding dari internet, buat sendiri lah. kalau tak guna kemahiran mantap adobe photoshop aku, sia-sia je lah Puan Nadia menghabiskan air liur dia masa kelas multimedia dulu.
3) Tag 10 orang...
sharamli : kau nak sangat kan? ambek kau jawab sampai lebam.
paiseh : aku syak Gisele Bundchen pun jadi kertas dinding kau jugak.
acece : saja nak tambahkan koleksi tag kau.
fareast : kertas dinding kau mesti cun hasil tembak sana-sini.
iema : jangan nak lari. ini sesi membalas dendam.
nutt : aku tak pernah tag kau kan?cuba la buat sekali.
naim husni : macam biasa. kau mangsa tag pilihan #1.
semy : kau pun sama mie. mangsa tag pilihan #2.
ujie : mari kita tengok apa kertas dinding seorang lecturer.
lopan : aku tahu kau banyak masa nak jawab tag aku.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 1:56 AM 26 tukang komen
Labels: arghh kena tag, taip laju-laju
Friday, May 1, 2009
1 mei adalah hari buruh seMalaysia...
semua orang tahu esok adalah hari buruh.
secara auto nya aku pun cuti.
tapi aku bukan buruh bai.
apa kelas kerja buruh, sama taraf dengan bangla, nepal, indon segala jenis PATI tu.
haha.
aku nak tidur dah.
takde mood nak melayan serangan tag korang.
takde mood nak taip entry panjang-satu-kilometer.
esok pagi-pagi dah nak naik bas balik terengganu.
naik bas sudah.
aku bukan banyak duit nak beli kereta.
oh oh. hari lahir kakak #4 juga jatuh pada 1 mei.
selamat hari lahir ye kak.
bila nak wariskan kereta kancil kat adik kesayangan ni?
ucapan selamat hari lahir juga ditujukan kepada edward the boss.
bila mahu kasi up gaji?
kepada saing-saing yang kena kerja esok, selamat bekerja lah yer.
aku mahu pulang! (macam lagu amuk daa)
notakaki : blogging off for three days. no internet connection at home.
notakakiberbulu : jangan memandai nak kirim keropok lekor losong.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 1:46 AM 15 tukang komen
Labels: capcai, dari dalam diri, ke'puah'san, taip laju-laju