Sunday, January 24, 2010

deym...

Sabtu minggu lepas outing bersama-sama Semy dan Shepha. rancangan asal mahu naik Menara KL, tapi deym, tiket harga RM38. takleh nego-nego. niat dibatalkan sahaja berikutan poket tak berapa nak tebal.

jadi, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, kami hanya menembak di bawah saja. sekurang-kurangnya ada bukti dah sampai kaki Menara KL. heh!

Photobucket

Photobucket

turun dari bukit, kami naik shuttle van. masa naik dah menapak lalu jalan hutan mana entah, krem kaki. lepak dekat pondok guard menara KL, amek-amek gambar sikit, cuci-cuci lens, lens buat hal pulak. deym lagi.

Photobucket

Photobucket

lens buat hal, outing tak berapa menjadi. nasib lah Semy bawak dia punya lens 50mm. boleh jugak ambil 2 keping gambar kat atas.time hujung bulan ni lah lens nak buat hal. deym, pitih lagi.

Friday, January 15, 2010

perasaan menaiki komuter...

hari Ahad dua minggu lepas, aku naik train dari KL Sentral ke Stesen Setia Jaya. dah nama pun hujung minggu, memang konpem ar ramai orang. berdiri je lah sepanjang perjalanan sambil mengawal pernafasan. berdiri pun bukan dalam keadaan selesa. sebelah tangan pegang palang besi. keadaan berhimpit-himpit, berkepit-kepit. anak puyuh nak lalu pun tak berapa nak lepas gamaknya.

masuk train, lepak tepi dinding, pasang earphone , layan lagu. tengah feel layan lagu (takde la sampai pejam mata, mulut kumat-kamit sing along pastu sebelah kaki hentak-hentak lantai), ada pulak kawan menelefon.

"apsal aok lambat angkat?"

"aku tengah dengar lagu. ingatkan lagu, rupanya ringtone. bakpe?"

"aok kat mana dah?"

"dalam tin sardin"

"hahahaha. ok bereh. koi kat Temerloh dah"

habis perbualan, aku sambung layan lagu. awek kat sebelah pandang lain macam. aok nak pandang pun pandang lah, koi buat muka tak bersalah je.

notakaki : layan jugak cakap koi aok koi aok ni.

Monday, January 11, 2010

kek dan rokok, dua-dua aku suka...

Sabtu malam aku lepak Shah Alam. tak tahu lah seksyen berapa sebab Shah Alam bukan line aku. Wafa dan Zonaku mengajak makan kat sana sempena hari tua lahir perempuan ini dan perempuan ini. dah orang nak jemput kat rumah, aku ikutkan aje. kalau tak hujan, selamba je aku rempit. sampai sana baru aku sedar aku adalah golongan minoriti memandangkan si Hemy tak jadi datang. hampes kau Hemy, nasib baik aku tak diapa-apakan. perut dah lapar, apa lagi order makanan dan makan makan makan.

lepas makan, macam biasa kena bilas dengan rokok sebatang. masa dalam kereta, mereka dah sound awal-awal mereka alergik dengan asap rokok. jadi aku faham-faham sendiri lah. tukar tempat duduk selang 2 kerusi, nyalakan rokok dan isap. rokok dan lighter diletakkan dengan elok sekali di atas meja. baru isap 2,3 pam, disuruhnya mengambil gambar mereka tiup lilin. siap pakej pinjam lighter untuk nyalakan lilin. heh, berguna jugak lighter aku. siapa kata perokok tak berguna?

lilin dah ditiup dan masing-masing dah mula potong kek, aku ingat nak sambung aktiviti menghisap rokok yang terbengkalai. pergi semula kat meja tadi, tengok rokok aku dah hilang. cari atas meja takde, bawah meja pun takde. rokok takde kaki, mana mungkin boleh berjalan. pinggan mangkuk bekas makan tadi ada lagi, kut-kut lah makcik kedai dah clear meja dia ingat itu kotak kosong. rokok aku ada separuh kotak lagi bai. malaun mana pulak yang rembat. dah rokok takde, aku makan je lah kek sedap sambil kepala otak berfikir siapa lah nak ambil rokok aku. takkan rokok pun nak rembat? miskin sangat ke sampai rokok pun nak kebas? sangap sangat ke? sampai sudah aku tak jumpa.

tengah ralit aku melayan kek sedap, perempuan-perempuan tu boleh pulak tong-tong duit kasi aku. boleh tahan jugak mereka bergurau, aku kata dalam hati. sekali si Erina ambil duit, pergi beli rokok dan hulur dunhill-14-kotak-lama. agak terkesima sekejap. mereka tak bergurau rupanya. walaupun hilang separuh kotak, aku dapat ganti sekotak penuh. untung jugak aku malam tu. haha. terima kasih la yer.

gegirls. err, girl ke?

Sunday, January 3, 2010

pengalaman saya menyambut tahun baru...

2 tahun lepas
masa ni masih lagi bergelar pelajar sepenuh masa. motor pun ayahanda tak kasi lagi. jadi tahun baru ke, merdeka ke, duk rumah jer. (sila baca : pangsapuri bunga raya.) malam tahun baru, semua pakat duk dalam rumah ngadap kamputer masing-masing. ada yang main game, ada yang layan movie, ada yang terbongkang. aku, bukak tingkap tengok je la bunga api memancut-mancut kat langit bandar Melaka.

setahun lepas
selama 3 tahun bertapa kat Melaka, tak pernah keluar untuk menyambut tahun baru. jadi tahun ni si Tochai a.k.a. 'saing kacip' masa tu mengajak keluar. bukan nak menyambut sangat pun, saja duk melepak-lepak kat Subaidah MITC. sampai tengah malam, sedar-sedar dah banyak kereta tersadai kat depan MITC. masing-masing stok nak sambut tahun baru sambil tengok bunga api. tapi semua hampa, takde apa-apa yang berlaku. masing-masing kira 3,2,1 sendiri-sendiri je.

tahun ni
alang-alang tahun ni duk Key Ell, nak merasalah sambut tahun baru secara berjemaah. urban sangat lah kunun nak sambut kat The Curve. sampai sana tengok manusia maha banyak. macam-macam pesen perangai manusia boleh dilihat. selisih bahu dengan artis pun konpem aku takkan perasan. bau pulak macam-macam. pesen sembur spray sabun sana-sini. nak menembak pun rasa ragu-ragu. tobat tahun depan tak datang dah.

Kan dah cakap ramai orang

Itu sabun, bukan air

Sini pun ramai

Fireworks #1

Fireworks #2

Fireworks #3

Tuesday, December 29, 2009

bertukar?

kadang-kadang bosan jugak tengok mende alah ni. sama je sejak tahun lepas. nak tukar kang rugi pulak rasanya sebab setakat ni takde lagi orang lain guna yang serupa dengan aku. tak nak tukar kang, rasa nak tukar. alang-alang nak masuk tahun baru ni, ambik la feel nya sekali. haha.

aku rasa nak tukar template blog ni lah, amacam?

Thursday, December 24, 2009

pakaian seragam...


aku rasa aku patut sarankan kat bos aku supaya buat pakaian seragam pejabat macam dalam gambar kat atas.

Friday, December 18, 2009

suku abad...

zaren kecik

gua ucapkan selamat hari lahir kat brader ni.
jangan main-main dengan brader ni.
ni otai UTeM ni.

Friday, December 11, 2009

memang takde pengalaman!

sekarang aku tengah atas-talian kat rumah Johan.
sebab? sebab rumah aku takde internet.
ini semua P1 W1max punya pasal.
gebang dalam iklan tv pung pang pung pang.
bila dah ramai orang pakai, mula lah konjested.
sudahnya, aku tak boleh atas-talian kat rumah.
macam haram.

Sunday, December 6, 2009

1Republic


All The Right Moves - OneRepublic

All the right friends in all the wrong places
So yeah, we're going down
They've got all the right moves and all the wrong faces
So yeah, we're going down

Just paint the picture of a perfect place
They've got it better than what anyone's told you
They'll be the King of Hearts, and you're the Queen of Spades
And we'll fight for you like we were your soldiers

I know we've got it good
But they've got it made
And the grass is getting greener each day
I know things are looking up
But soon they'll take us down
before everybody's knowing our name.

They've got all the right friends in all the wrong places
So yeah, we're going down
They've got all the right moves and all the wrong faces
So yeah, we're going down

They said, everybody knows, everybody knows where we're going
Yeah, we're going down
They said, everybody knows, everybody knows where we're going
Yeah, we're going down

Do you think I'm special?
Do you think I'm nice?
Am I bright enough to shine in your spaces?
Between the noise you hear
And the sound you like
Are we just sinking in an ocean of faces?

It can be possible that rain can fall,
Only when it's over our heads
The sun is shining everyday, but it's far away
All the world is dead.

They've got,
They've got all the right friends in all the wrong places
So yeah, we're going down
They've got all the right moves and all the wrong faces
So yeah, we're going down

They said, everybody knows, everybody knows where we're going
Yeah, we're going down
They said, everybody knows, everybody knows where we're going
Yeah, we're going down

It doesn't matter what you see.
I know i could never be
Someone that looks like you.
It doesn't matter what you say
I know i could never face
someone that could sound like you.

All the right friends in all the wrong places
So yeah, we're going down
They've got all the right moves and all the wrong faces
So yeah, we're going down

All the right friends in all the wrong places
So yeah, we're going down
They've got all the right moves and all the wrong faces
So yeah, we're going down

They said, everybody knows everybody knows where we're going
Yeah we're going down
They said, everybody knows everybody knows where we're going
Yeah we're going down

Yeah we're going down
Yeah we're going down

All the right moves, hey
Yeah, we're going down
All the right moves, hey
Yeah, we're going down

credit to : here

Sunday, November 29, 2009

Hari Raya Aidiladha tetap meriah walaupun...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

kesian betul keluarga sepupu aku ni. Hari Raya Haji tahun ni macam ni pesen cara sambutan. nasib baik lembu yang ditambat depan rumah tak lemas. habis 'kecut-berut' kaki aku berdiri dalam air sambil menggoreng daging.

tak sempat nak tembak upacara penyembelihan lembu sebab bateri kamera habis. lupa nak cas. sampai rumah dari Puchong pukul 11 malam. sampai je terus tidur. penat weh duk dalam kereta 11 jam.

harap-harap tetamu yang hadir takde kena taun ke apa. setakat ni aku rilek je, takde lagi kena serangan cirit-birit. kalau kena pun ok, esok MC. haha.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.