Friday, January 15, 2010

perasaan menaiki komuter...

hari Ahad dua minggu lepas, aku naik train dari KL Sentral ke Stesen Setia Jaya. dah nama pun hujung minggu, memang konpem ar ramai orang. berdiri je lah sepanjang perjalanan sambil mengawal pernafasan. berdiri pun bukan dalam keadaan selesa. sebelah tangan pegang palang besi. keadaan berhimpit-himpit, berkepit-kepit. anak puyuh nak lalu pun tak berapa nak lepas gamaknya.

masuk train, lepak tepi dinding, pasang earphone , layan lagu. tengah feel layan lagu (takde la sampai pejam mata, mulut kumat-kamit sing along pastu sebelah kaki hentak-hentak lantai), ada pulak kawan menelefon.

"apsal aok lambat angkat?"

"aku tengah dengar lagu. ingatkan lagu, rupanya ringtone. bakpe?"

"aok kat mana dah?"

"dalam tin sardin"

"hahahaha. ok bereh. koi kat Temerloh dah"

habis perbualan, aku sambung layan lagu. awek kat sebelah pandang lain macam. aok nak pandang pun pandang lah, koi buat muka tak bersalah je.

notakaki : layan jugak cakap koi aok koi aok ni.

15 tukang komen:

Siti said...

last naik komuter ialah pd tahun 1997. lame gile dok naik.

Shepha said...

layan layan.
semasa kerkekasihkan org temerloh aku pandai jugak ckp aok koi.haha

Unknown said...

wah keri...ckp loghat temerloh tu...bgs2...

sharamli said...

giler r di0..panda kecek cenggitu..

crazy_labelle said...

biasa mid valley - kl sentral nye tren mmg pack... kalo atas atap tu bole naik, musti penuh jgak...

shatilah zakaria said...

1st time naek mase thn lepas!
x rase mcm nk naek lg

silentshutter said...

haha..mmg mcm besh kan nek komuter, aritu aku dri seremban g KL lps g job wedding tu, kna plak aritu rmi jek pndatang tnpa izin,haha..bau mak ai mmg besh,haha..bro t outing ajk ler

HEMY said...

wak aok!!!! blah la aok!!!

ciss tak best ar cursing guna aok..ahahaha

rAmiZa.mY said...

ak mcm pnah dgr je cte ne?
yg ko psg lagu kuat2 tu eyh?
hahaha

Erina Asmawani said...

aok= ko, koi= aku eh?? loghat mane tu eh?? Aokkkkkkk!! (tetiba aku teringat Aril Af..hohoho)

::: ReActivate ::: said...

::: askm keri pekabar? [huhu] sorri bro lama plak nak wish happy new year, happy belated new year 2010 bro [hehehe].. amboi celebrate kat bandar utama ke tuh? ramai tul yaa org datang.. cakap pasal komuter nih, mmg laa sesak sukar bernapas kalo naik time waktu puncak! [huhuhu] tuh kalo org kentut, mmg kurang oksigen, makin bertambah karbon dioksida! [hehe] alhamdulillah malaysia dah moden, kalo zaman2 dulu, aku naik bas mini jer, yg kalernya sebelum itu bukannya pink, tapi warna warni ikut tempat.. lagilaa pengsan bila naik [hehehe] mcm2 insiden yg kelakar.. kalo dah ramai, bila brek emergency, mesti passenger yg berdiri tertonggeng jatuh ke depan [haha!!!] ada gak yg duduk depan sekali pon boleh tertonggeng jatuh [hehehe] depan mata aku plak tuh.. tuh belum lagi bau2 masham ketiak org, aduuhh.. takde aircond plak [hehehe] sampai aku keje kat area pwtc tuh pon, baru nak buat LRT.. jadi kenalaa juga naik bas.. bila masuk gaji jer, aku naik teksi [hehehe]..

k.e.r.i. said...

s.i.t.i. ~
masa tu mesti dok nikoh lagi owk.

shepha ~
takpe, pengalaman.

shoot_syuhada ~
abang dan kakak koi duk temerloh.

sharamli ~
setakat koi aok nak gila amende.

crazy_labelle ~
mungkin kerajaan patut buat train 2 tingkat.

shatilah zakaria ~
suh pak tam buat train kat melaka.

silentshutter ~
sebab tu aku kata berdiri sambil mengawal pernafasan.
haha.

hemy ~
ah aok, nak cursing je kejenya.

ramiza.my ~
yeah, tepat sekali.

reactivate ~
w'lam.
moral of the comment, naik train memang banyak risiko.

Masy said...

mesti awek tu ingatkan ko ckp dia sardin. hahaahahhhaha

FarEast said...

awek sebelah tu tgk sebab bro ckp dalam tin sardin :p

k.e.r.i. said...

masy ~
tak tahu la kut-kut dia perasan muka dia macam sardin. ahaha

FarEast ~
dia terasa kut sebab dia pengguna train setiap hari.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.