Monday, January 11, 2010

kek dan rokok, dua-dua aku suka...

Sabtu malam aku lepak Shah Alam. tak tahu lah seksyen berapa sebab Shah Alam bukan line aku. Wafa dan Zonaku mengajak makan kat sana sempena hari tua lahir perempuan ini dan perempuan ini. dah orang nak jemput kat rumah, aku ikutkan aje. kalau tak hujan, selamba je aku rempit. sampai sana baru aku sedar aku adalah golongan minoriti memandangkan si Hemy tak jadi datang. hampes kau Hemy, nasib baik aku tak diapa-apakan. perut dah lapar, apa lagi order makanan dan makan makan makan.

lepas makan, macam biasa kena bilas dengan rokok sebatang. masa dalam kereta, mereka dah sound awal-awal mereka alergik dengan asap rokok. jadi aku faham-faham sendiri lah. tukar tempat duduk selang 2 kerusi, nyalakan rokok dan isap. rokok dan lighter diletakkan dengan elok sekali di atas meja. baru isap 2,3 pam, disuruhnya mengambil gambar mereka tiup lilin. siap pakej pinjam lighter untuk nyalakan lilin. heh, berguna jugak lighter aku. siapa kata perokok tak berguna?

lilin dah ditiup dan masing-masing dah mula potong kek, aku ingat nak sambung aktiviti menghisap rokok yang terbengkalai. pergi semula kat meja tadi, tengok rokok aku dah hilang. cari atas meja takde, bawah meja pun takde. rokok takde kaki, mana mungkin boleh berjalan. pinggan mangkuk bekas makan tadi ada lagi, kut-kut lah makcik kedai dah clear meja dia ingat itu kotak kosong. rokok aku ada separuh kotak lagi bai. malaun mana pulak yang rembat. dah rokok takde, aku makan je lah kek sedap sambil kepala otak berfikir siapa lah nak ambil rokok aku. takkan rokok pun nak rembat? miskin sangat ke sampai rokok pun nak kebas? sangap sangat ke? sampai sudah aku tak jumpa.

tengah ralit aku melayan kek sedap, perempuan-perempuan tu boleh pulak tong-tong duit kasi aku. boleh tahan jugak mereka bergurau, aku kata dalam hati. sekali si Erina ambil duit, pergi beli rokok dan hulur dunhill-14-kotak-lama. agak terkesima sekejap. mereka tak bergurau rupanya. walaupun hilang separuh kotak, aku dapat ganti sekotak penuh. untung jugak aku malam tu. haha. terima kasih la yer.

gegirls. err, girl ke?

19 tukang komen:

Masy said...

ye kitorang gurau serius. hahahaha

Erina Asmawani said...

kasih mu diterima..hakhakhak..tu namanya seksyen 2 dik non, ingat ye..pe lagi, dah dapat rokok, bak sini gambar2 terlampau semua..email kat sini vincciputeh@gmail.com. Terimaa kaseyyyyyyyy..

Kuwe said...

bulih berkira.

awek bagi rokok. murni mulia hati.jiwa tak ganas lah macam ni brader.

zonaku said...

yer.. gurau y serius...
dah muka cam kucen ilang awek..!

sila email pics yer

A said...

rokok?

k.e.r.i. said...

masy ~
jangan gurau kasar-kasar. haha

erina asmawani ~
gambor tak berapa cun.
nanti aku emailkan.

kuwe ~
sek dia mintak gua mati cepat agaknya.

zonaku ~
kompius lah. tak boleh terima kenyataan rokok pun ada orang nak curi.
bak email.

ahmad azrin aziz ~
r.o.k.o.k rokok.

HEMY said...

aku nk ko tukar tajuk skang jugakkk!!!!! kepada, baby dan jard..dua2 aku suke..ahahahaha

sharamli said...

maksudnya k0 untung separuh je la kan...

moment said...

igt kami skema kah??

kikiki

anyway, senang berkwn dgn ko... (eh! tetibe..hikhik)

rAmiZa.mY said...

sial dpt rokok mahal..
hahahaha

pies:kate xsdap isap dunhill? ahha

semy said...

seksyen 3

jo said...

kalu gua dikalangan awek2 tersebut, gua bagi batang penyapu je..

FarEast said...

paranormal sungguh ... kemana pegi rokok itu??? hmm ...

k.e.r.i. said...

hemy ~
semua wanita pun ko suka.
haha.

sharamli ~
tapi tetap untung walaupun separuh.

moment ~
memang tak skema, tapi tak sangka segila itu.
LOL

ramiza.my ~
alang-alang orang nak kasi, mintak yang mahal terus ah.
haha.

seksyen ~
bukan seksyen 2 ke?

jo ~
keji jugak lu ni yer.

FarEast ~
memang paranormal.
sampai balik tak jumpa-jumpa.

said...

sonok eh ko keri
di kelilingi awek2...

hahhahha

mia sarah hemiza said...

keri, benti mokok! =P

said...

KERI....

aweks2 skang cari pakwe yg tak merokok.....

baru macho

hahahha

FarEast said...

keep rocking!

k.e.r.i. said...

yanie putrajaya ~
takde lah seronok sangat.
biasa je. ahaha.

mek.mizah ~
aku dah benti sejam yang lepas.

FarEast ~
bereh bro!

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.