Monday, August 31, 2009

se Malaysia...

pagi tadi aku ke Parlimen. saja je mengikut abang ipar aku yang kena bertugas pada Hari Merdeka. disebabkan ketiadaan pas 1Malaysia, jadi terpaksa la melepak di luar Parlimen sahaja. pukul 6.45 pagi kami dah terpacak dekat pintu masuk parlimen. masa tu tak ramai orang lagi. yang ada cuma pelajar-pelajar maktab perguruan yang dikerah untuk berdiri sepanjang jalan masuk ke Parlimen.

ramai juga orang-orang media yang tak dapat masuk. adik Karam Singh Walia pun tak dapat masuk walaupun dia usung kamera besar bagak. penembak cap ayam tak yah cakap ar, berlambak-lambak yang tersadai kat luar pagar.

sebelum YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong sampai, pak-pak menteri dan mak-mak menteri sampai dulu. pukul 8 pagi baru lah Agong sampai. tapi semua tak boleh nak tembak sebab semua stok tak nak turunkan tingkap, kecuali Agong itu pun tak sempat. tak dapat tembak Agong, kenal dengan Wan si photographer rasmi Agong a.k.a. kawan abang ipar pun jadi lah.

lepas nyanyi lagu Negaraku-tembakan meriam-lintasan helikopter-nyanyi lagu 1Malaysia semua selesai, masing-masing dah start balik. masa ni baru lah sempat tembak pak-pak menteri dan orang kenamaan.

Photobucket

Datuk Seri Najib Razak
Perdana Menteri Malaysia
Menteri Kewangan
* bibir dia sangat pink. konpem tak hisap rokok.

TPM

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Pelajaran
* mendapat sorakan gemuruh. biasa lah, budak-budak maktab perguruan kan anak-anak buah dia.

datuk zahid

Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan
* gua punya kawan punya bos punya mentua err mertua.

ex menteri pelajaran

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Dalam Negeri
* budak-budak perempuan maktab perguruan hampir histeria melihat beliau muka-ke-muka.

tok pa

Datuk Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
* Tok Pa buat aksi cium mulut.

menteri JKR

Datuk Shaziman Abu Mansor
Menteri Kerja Raya
* cool~~

Menteri Kewangan

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Unit Perancangan Ekonomi)
* takde komen apa-apa

Ketua Polis Negara

Tan Sri Musa Hassan
Ketua Polis Negara
* dia ni adik pelakon tu kan?

bong radin

Datuk Bung Mokhtar Radin
Ahli Parlimen Kinabatangan
* aku perasan ada botol air sebelah dia. ok, kena bersangka baik.

menteri WP

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan
* sunroof takde, kuar ikut tingkap pun jadi lah.

menteri HR

Datuk Dr S Subramaniam
Menteri Sumber Manusia
* nak kerja gomen, sila cari dia.

peter

Datuk Peter Chin Fah Kui
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Tenaga
* aku rasa muka aku pun masuk dalam video cam dia. haha

ayah dafi

Datuk Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
* budak-budak perempuan maktab perguruan duk jerit 'ayah dafi!! ayah dafi!!' kesian betul. tak dapat jerit anak, ayah pun jadi lah.

aku dah update nama pak menteri dan jawatan masing-masing. nasib ada abang ipar kerja dalam Kementerian Penerangan.

26 tukang komen:

momentinlife said...

ehehe... sudah!
aku rsa aku tau beberapa nama je.. =p

Sharif John said...

Sambutan yang penuh bermakna... Well done bro!!!

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

gempak la...cun siot gambar2...dah nmpk da bakat tu..ko benti la keje skrg...hahaha

sharamli said...

p xajak p0n...

tulis la nama..xknal wak..xkenal..

Shepha said...

minggu depan pi Jalan TAR dengan Sogo.
I insist.haha.gua runsing kasut konvo tak dapat lagi.

Odette said...

ni kes cover2 la ni..
pdhal xknl pun nma menteri. hahaha

en_me said...

leh masuk parlimen? afsal ituari guard teww halau me.. uhuhu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

wah~

keri gi menmebak gak!

woot~

best lah kamu keri~

alahai bebudak nih~kalau aku, aku jeritkan dato shaziman~ hehehe~

k.e.r.i. said...

momentinlife ~
jangan risau. aku dah update.

john iverson ~
memang sangat bermakna.
fes taim tu buat kat parlimen.

chaireel azizee ~
cait. gambar macam ni pun dah suruh berhenti kerja.

sharamli ~
dah tulis dah tu.

shepha ~
iyer. nak shopping kat bulan bintang pun gua ikut. kesian kat lu.
ROFL

odette ~
gua kenal lah.
siap tegur dieorang lagi. haha

en_me ~
siapa pulak cakap aku boleh masuk?
dah terang-terang aku tulis aku tak boleh masuk sebab takde pas.

zara ~
datuk shaziman dah kahwin.
muahahaha.

Masy said...

bkn adik laaa.. abg pelakon.

..cik sha.. said...

cik sha nak ikot gak g shopin kat TAR.

ReActivate said...

::: askm keri [huhuhu] best plak tengok gambar2 muka menteri kat sini.. kelakar plak bila baca text di bawah setiap gambar tersebut.. sukee plak tengok gelagat menteri wilayah persekutuan yg keluar badan ikut tingkap tuh.. kelakarnyer.. over excited tuh.. mmg sporting [huhu].. ayah dafi tuh pon kelakar [hahaha] funny!

::: byk jugak yer kenalan hebat2 bro.. pasti bro juga antara org yg hebat2 juga.. keep on shooting keri!

~ selamat hari merdeka bro, selamat berpuasa..

momentinlife said...

huhu najib ngan tok pa je aku betul haha

Liliyuli said...

terhibur kejap tgk gambar aksi menteri gitu...hahaha

k.e.r.i. said...

masy ~
mana tahu.

aini ahmad ~
pergi sendiri. muahaha.

reactivatezul ~
takde lah hebat pun. gadget pun baru je beli.

momentinlife ~
ketua polis negara pun tak kenal ke?
haiya.

liliyuli ~
kalau pak menteri buat tarian tiang, mesti ko lagi suka.

FarEast said...

sambil2 tu boleh belajar sama jawatan yg dia org pegang :p

terrarosa said...

peh hebat mung...
hari ni baru kawe kenal ayah Dafi ?
kikiikikiii

Anonymous said...

aku paling suka entry ko yang ini!
menambah pengetahuan aku.
:)

rAmiZa.mY said...

anda sungguh kekacang..

ttyl

antu said...

mane gamba aku melambai bro??

Aima Othman said...

menteri?? ape tu?? same ngan mentari sinar pagi???

En. Bye said...

Hui.. sempat gak anda nyambut nye ek!? seumo hidup aku tak penah lagi join majlis sambutan merdeka ni.. slalu layan perarakan katil berhias je.. huhuhu!!! Salam ramadhan bro!!

Sensenang boleh layan yg ni jugak
http://encikbye.blog.com

Kuwe said...

lagu satu malaysia.
bole buat kepala aku sikit hanggok2.

k.e.r.i. said...

FarEast ~
mungkin berguna satu hari nanti.

terrarosa ~
ayah dafi dok penting pun. dok kenal dakpe. datuk ismail sabri yang penting.

fairuzara ~
berguna untuk aku juga.

ramiza ~
anda juga kekacang. ROFL

amerbourdon ~
alamak mer. aku balik dulu sebelum ko kuar. haha

aim-a ~
dok lah. sama macam mentari court sunway.

en.bye ~
kebetulan je bro.

kuwe ~
tak patriotik langsung.

Anonymous said...

tq bro...baru gua kenal menteri sorang-sorang...Shahrizat x ada ke bro?

CoOkiE MoNSter said...

happening giler...sempat g ko snap bebyak kan. kagum btul aku, xsangka minat ko dlm seni fotografi setinggi ini.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.