Thursday, August 27, 2009

sabor aje lah...

semalam hari ke 1,2 err hari ke 5 puasa. hari Rabu sama macam hari kerja yang lain. cuma bulan puasa ni balik awal sejam lah. tengah hari semalam duk pung pang mesej dengan mija dan shipa sebab mereka MC. paling keji (ini melur kata) bila mereka MC secara berjemaah dan berjimba sakan di Sunway Pyramid, dan mengajak aku berbuka puasa di KFC. ok baik, lepas kerja aku ke sana. walaupun sebenarnya dalam hati masih-masih ragu untuk ke sana.

pukul 6 petang, hakim mesej bagitahu dia dan budak-enjin lagi sorang berbuka di rumah bos mereka. secara auto nya aku menerima ajakan mija dan shipa. terpaksa. gila apa nak berbuka sorang-sorang kat rumah bujang. jiran-jiran semua kebanyakannya bukan bumiputera, apatah lagi nak mengamalkan sistem barter bertukar-tukar kuih.

sampai rumah, tukar baju apa semua, start motor terus menuju ke Sunway. langit dah gelap. bukan kelabu lagi dah, dah gelap gelemat dah. haish, sempat ke tak sampai ni? takpe, langit yang gelap itu mungkin langit di atas Menara KL, atau langit antara dua menara KLCC. aku pecut lagi dan lagi dan lagi. tiba di depan Tesco Puchong, sangkaan aku salah rupanya. T_T

siapa sangka, siapa menduga, (sekali keluar lagu liza hanim apsal?) hujan turun dengan lebatnya. ah tidak. untuk teruskan ke Sunway, memang tidak sekali-kali. terpaksa patah balik ke rumah. nak singgah param pun tak boleh. hujan memang lebat. tak tipu.

jadi semalam terpaksa berbuka dengan air masak, kurma dan winston sahaja. budak-budak enjin balik baru dapat makan mee goreng. tsk tsk tsk.

notakaki : dah 3 hari tak makan nasik. patut lah raba-raba perut macam dah kempis.

27 tukang komen:

Unknown said...

dan2 je kempis...
hahaha...

cik dah ganu kiter said...

alahai siannyer buka pose ngan air masak jer..tp syukurlah betapa nikmatnyer bila dpt teguk air itu..btul x?btul x?

melur natasha said...

tu uh ko...cube lagi join dprg mengeji aku...kn da kn tulah di tgh jalan...hahahaha

Shepha said...

jap aku nak wat entry mengeji.muahaha.
igt zaren je leh wat table for two?

Iylia said...

sianyye dh lame xmkn ns ye keri?

FarEast said...

haha ... aku yang keje sunway ni, berebut je balik ptg2 ... selalu sgt hujan lebat ... jln confirm jam teruk! kurus ek x mkn nasi? bagus2 ... tp kempunan ko nak buka pose ramai2 :p

momentinlife said...

wah!! dah kempis!!!
jgn smpi berlubang udah.. haha

k.e.r.i. said...

shoot_syuhada ~
betul lah. try la raba. haha

mama izzya@idah ~
iya memang nikmat. dapat winston lagi nikmat. hehe

melur natasha ~
ni takde kena mengena dengan kau. aku tak keji kau ok.

shepha ~
buat lah entry keji tu.
celen banglong punya.

stormz ~
iya. dah 3 hari.

FarEast ~
kempunan nak makan ramai-ramai lah sebenarnya.

momentinlife ~
berlubang dah kat situ. lubang pusat.
hahaha

sharamli said...

eleh..baru 3 ari dah kec0h...

Siti said...

keri,
lain kali sediakan baju hujan sebelum hujan.....
:P

Masy said...

nak kempis2 gaklah *sambil tahan napas*

terrarosa said...

KFC dalam bulan puasa untuk kami yang uzur jekkkk...

apa ? terliur gak ke ?

mugiwara said...

pergh~musim hujan ceni pun bleh mandi manda kt lagoon...

aku risau tertelan air. sbb tu aku tak galakkn diri sinri g tmpt mandi2 ni..
lgpn makruh...

k.e.r.i. said...

sharamli ~
gua tak kecoh. lu yang mengecohkan.

s.i.t.i. ~
baju hujan ada doh bowoh koseng motor.
malas nok buka.

masy ~
tahan la sampai muka tu jadi hijau.

terrarosa ~
itu slogan baru KFC yer?
baru aku tahu.

mugiwara ~
ting tong la lu bro.
gua tak cakap nak gi mandi kat sunway lagoon.

Kuwe said...

kihkih.

ko niat demo lain nih time nok tubik.dok harap ko ore blanjo ko weh sapa huje pom turun.

rAmiZa.mY said...

aku macam suka komen kuwe..
hahahaha

k.e.r.i. said...

kuwe ~
aku dengan niat baik di hati nak hantar selipar shipa dan poskad dieorang.
sekian.

ramiza.my ~
suka ko ek.

Lang Legar said...

huhu ko ni manjang nasib malang lau ade event menarik sama shepa..

dan2 moto pancit la, bateri hp kong..
ni hujan pulak..

cuba lagi masa akan datang yer hoho..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

alahai keri~

itu petanda cam tak dapat duit raya dari kamu jer~

akubye said...

Weh.. kira sedih jugak lah kisah pembukaan pose kau ni eh!! tapi tak pe... ada ubi ada batas... ada budi.. erk!! cam tak kene je pantun aku neh!! :)

Aima Othman said...

eeeeeeeeeee...kurusnye keri..hahahahhahha :P

k.e.r.i. said...

lang legar ~
semalam telah berjaya makan laksa hasil masakan shipa.

zara ~
bukan petanda. memang konpem aku tak dapat duit raya tahun ni.

akubye ~
sedih pun tak berapa sedih jugak ah kalau nak banding dengan masyarakat palestin. tak gitu encik bye.

aim-a ~
bagus mung aima, bercakap benar ketika bulan puasa.

HEMY said...

uhuhuhu..sian sungguh le ko..tak kesampaian ye??

tp better patah balik..kalau odw blik takpe..leh redah..ni odw pegi..malas

bokbon said...

gua kalau tak kena nasi dulu, bak mai la winston ke, kent ke, tak rasa sedap sangat dah. heh..he..

sif said...

gler la..blogger ni de amal 18sx..sbb boleh 'try rabe2'..hahahaha~

ReActivate said...

::: [hehehehe] kelakar jugak baca kisah bro nih.. ingatkan gelap dah masuk senja rupa2nyer hujan lebat.. bukan ke org bujang wajib ada stok maggi? [huhu] mcm saya laa jugak.. jarang makan, tapi bila emergency ajer [ekekeke] takperlaa, lepas tuh singgahlah kedai mamak, sahur sekali.. lama jugak ye bro tak makan nasi.. sahabat saya pon dah lama tak makan nasi sbb dia in training nak jadi abg muscle [hehe].. bagi yg nak diet kenalah kurang makan nasi.. however jika nak makan gak, mestilah seimbang dgn exersice yg sesuai.. adalah jugak 3 minggu lepas, saya pon 3 hari tak makan nasi.. [re]: bro, [hehe] tutup muka tuh trademark [hehehe] kang ada plak yg tergoda.. thanx bro, have a good berbuka!

k.e.r.i. said...

hemy ~
aku pun kesian dengan diri sendiri.

bokbon ~
iyo lah. lepah buko perut jadi bokceh.

missy suzi ~
diam ah ujie. hahaha

reactivatezul ~
stok megi pun dah habis. hahaha

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.