Sunday, June 7, 2009

GSC dan TGV patut tambah peraturan baru...

tadi aku tengok wayang cerita Terminator Salvation. cerita tu dah lama tayang, jadi aku tak nak ar buat ulasan membina kat sini. cuma nak cerita pasal manusia bodoh ni, yang mana aku anggap sebagai tak tahu 'Adab Menonton Wayang'.

macam ni kisah nya. aku, budak-enjin-pakai-spek dan budak-enjin-pakai-kereta masuk panggung masa iklan-iklan tengah tayang. duduk je kat kerusi, aku nampak kat depan muka ada kepala tinggi dah besar. sabar dulu kejap. aku ingat bila cerita dah mula, baru dia nak turunkan kepala dia. sekali sangkaan aku salah daa. bila cerita dah mula, kepala dia macam tu jugak. aku dah tak boleh tahan sabar. aku bayar tiket wayang nak tengok cerita, bukan nak tengok kepala besar dia. aku tepuk bahu, "bang, boleh rendahkan sikit kepala tak, tinggi sangat lah" dia turunkan sikit. aku ulang, SIKIT.

aku jenguk depan sikit nak agak ketinggian dia. kalau orang tinggi, menyandar lah macam mana pun, kepala tetap tinggi jugak kan. itu aku masih boleh bertoleransi lagi. tapi aku nampak dia takde lah tinggi pun. kau tahu macam mana cara dia duduk? tegak 90 darjah macam kena temuduga kerja. bodoh punya cha-ya-nun-alif. nak je aku keluarkan pedang samurai pastu potong kepala dia. (jangan tanya dari mana datang pedang tu, aku pun tak tahu)

apa salahnya menyandar kat kerusi empuk tu. orang belakang takde lah nak hadap kepala kau tu je. orang tua masuk panggung pun tahu adab menonton wayang. aku orang Terengganu pun tahu adab menonton wayang walaupun kat Terengganu takde panggung wayang. kalau tak tahu adab, jangan tengok wayang lah bodoh!

notakaki : siang aku layan 17 Again, malam aku layan Terminator Salvation. gila wayang sungguh.

18 tukang komen:

paiseh said...

wayang2~ sempat semayang x??

sHe pHa said...

marah bona neh.
semayang2.diorg semayang hehe

S.YanaZ said...

Hmmm bangsa bodoh+sombonggg, gitewww gayanya.

acece said...

oo pasal kepala dia panjang je..lain kali lu suh dia dok belakang je..kalau dia enggak mau lu pancung guna pedang..

hah pedang ape tu??

azie said...

pakai pedang samurai. kasi penggal without mercy macam dalam kill bill, muahahahaha

dnasura said...

betul, sy pun memang tak puas hati bila ada 'actor tambahan' tengah2 tengok movie..haish..

Lang Legar said...

sebuk tul la kepala die..
patut la dvd aku tgk ade kepala..
kepala die rupenye ko tlg rakam sekali haha...
sibbek xde org kuar2 gi toilet nie..

k.e.r.i. said...

paiseh ~
mesti lah sempat.
semayang dulu baru wayang.

shepha ~
bukan marah, cuma tidak dapat menerima hakikat.
bereh lu bekap gua. huhu.

s.yanaz ~
itu belum tengok cara mereka drive kereta.

acece ~
LOL.
takkan dengan pedang gua kut.

azie ~
kill bill ada jugak mercy.
potong macam tok mudim lah.

dnasura ~
desperate sangat nak jadi pelakon filem gamaknya.

lang legar ~
yang penting z efron memang tacing.
hahaha.

nis n4d (*_~) said...

sengal nyer cha-ya-nun-alip tu!

cam tiang letrik kot tulang blkg die... haha...

suparjo said...

sian molek ke saing aku..duk bebel smbil mkn asam smalam.

bokbon said...

tak pernah lagi gua jumpa cina yang cerdik sikit, semua bodoh.

mrblind said...

woi..trg dah ada panggung la..kat mesra mall..lupa daratan betul lu ni..

Abaan Pok Ya said...

yer x ader wayang situ??mat said lepah plok ader wayang..

k.e.r.i. said...

nis nad ~
aku agak belakang dia alergik dengan kusyen.

suparjo ~
nasib mung beli asam joe.
kalu dok, bebel sorang-sorang.

bokbon ~
lu memang stret tu de poin bro.

mrblind ~
mana gua tahu beb.
gua dah lama tak singgah mesra mall.

abaan pok ya ~
mat said kena suap doh tu.
sebab tu lepah wayang sebuter situ.

Kuwe said...

terengganu takle ada panggong,nanti runtuh ;p
jgn mara saya,saya org susa =P

Naim Husni said...

mesra mall ada wayang??? wah!!! terengganu sudah tidak membosankan la begini... aku g ganu jalan taman tamadun islam jek... hew hew hew...

BusinessPlague! said...

"Kuwe said...
terengganu takle ada panggong,nanti runtuh ;p
jgn mara saya,saya org susa =P"


lain mcm jer..

k.e.r.i. said...

kuwe ~
kalu panggung buka kat tranung kekgi, demo jangan masuk lah.
demo masuk jah, terus runtuh.
hahaha.

naim husni ~
sekius me naim.
terengganu tidak lah sebegitu bosan hokeyh.

business plague ~
memang lain macam.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.