jadi ini malam aku lunaskan hutang paiseh dan rizal dulu.
jangka hayat kedua-dua ekor tag ni aku agak lebih kurang sebulan yang lepas (kut?). dah reput dah aku syak.
mula-mula aku nak jawab tag penyanyi (baca:rizal) ni dulu.
kau jangan terkejut. penyanyi pun tag aku.
1) Nyatakan siapakah yang telah mengetag anda!
mamat-muka-macam-cina ni tag aku. dia ni penyanyi masa kat universiti aku dulu. tak pernah pun bersembang-lepak-mapley sekali dengan dia. tapi aku kenal lah dia ni siapa. cuma dia je yang tak kenal aku. tsk. banyak pengalaman menyanyi dia ni. cerita banyak pun tak guna, kau masuk blog dia, pastu scroll bawah belah kiri pastu baca kat bahagian 'Tentang Aku'. oh lupa nak bagitahu. dia dah keluarkan 2 single. nak dengar pergi blog dia. siap boleh muat turun ok.
2) Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka... Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu
ini je gambar paling muda yang ada dalam disk-keras aku sekarang ni. itu pun si rino yang bagi. rajin ko imbas ye rino. masa ni umur aku 17 (17 Again?!). kau pandai kau cari aku yang mana satu. hahaha. hint : aku gosok gigi 3 kali sehari.
3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)
banyak weh nak cerita sampai 5. cuma 1 je yang aku paling ingat sampai sekarang. masa umur 5 tahun kakak aku tolak aku sampai tergolek-golek macam hindustan menari pastu muka aku mendarat atas bakul sampai tinggal parut macam lanun kat pipi belah kiri. titik.
4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil...
dari dulu sampai sekarang nama aku tetap k.e.r.i.
5) Tag 10 kawan blog anda... Pastikan mereka jawab!!!
siapa aku nak kasi ni? tag dah reput ni. tak payah nak mengada. kau rasa kau gedik sangat, kau buat.
***
ok rizal. aku dah cakap aku tak akan menghampakan kau. aku jawab sebab kau kata aku bertuah. bertuah lah sangat. hahaha.
next !!!
ini award yang aku dapat dari encik paiseh ( bakpe aku berencik-encik dengan mung ni seh?) sebelum jari aku ketuk-ketak menaip panjang-lebar-tinggi lagi, aku nak mintak maaf dulu dengan pereka award ni. sekali tengok memang macam bomba punya lambang. sumpah, langsung tak blogger-friendly. hahaha. ampun pak!!
ada terma dan syarat dia pulak.
macam nak masuk pertandingan karaoke taman perumahan daa.
1. Letakkan logo award ini di blog anda.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
dah dah. aku tak nak sebarkan award zaman jepun ni kat orang lain. nanti award basi ni masuk blog korang, korang pulak sakit perut. aku takpe, aku dah menyahtinja tadi.
5 tukang komen:
errrr...rasa mcm dpt teka jek mane 1 ko.....hahahaha!!
hahahaaa dah ler 5 soklan, soklan 3 pun siap dicantas,
ok ok... mesej jelas !
kawe tak kan bisa men'tag demo .
kl aku jumpe ko..aku cam parut lanun tu dulu..
hahaahahaha!!
dgn bangganya aku sja nk spam kat sini..
aku-tidak-suka-tag
aku-tidak-suka-tag
aku-tidak-suka-tag
aku-tidak-suka-tag
aku-tidak-suka-tag
aku-tidak-suka-tag
ierma ~
teka tapi tak jawab tak guna weh.
bagitahu sikit mana satu aku.
terrarosa ~
bagus. jangan cuba-cuba nak tag aku.
hanie ~
parut aku memang menjadi pujaan hati kau kan. hahaha
kuwe ~
lu memang suka spam.
gua kasi lu tag ni sepam baru.
hahaha.
Post a Comment