ramai juga orang-orang media yang tak dapat masuk. adik Karam Singh Walia pun tak dapat masuk walaupun dia usung kamera besar bagak. penembak cap ayam tak yah cakap ar, berlambak-lambak yang tersadai kat luar pagar.
sebelum YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong sampai, pak-pak menteri dan mak-mak menteri sampai dulu. pukul 8 pagi baru lah Agong sampai. tapi semua tak boleh nak tembak sebab semua stok tak nak turunkan tingkap, kecuali Agong itu pun tak sempat. tak dapat tembak Agong, kenal dengan Wan si photographer rasmi Agong a.k.a. kawan abang ipar pun jadi lah.
lepas nyanyi lagu Negaraku-tembakan meriam-lintasan helikopter-nyanyi lagu 1Malaysia semua selesai, masing-masing dah start balik. masa ni baru lah sempat tembak pak-pak menteri dan orang kenamaan.

Datuk Seri Najib Razak
Perdana Menteri Malaysia
Menteri Kewangan
* bibir dia sangat pink. konpem tak hisap rokok.

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Pelajaran
* mendapat sorakan gemuruh. biasa lah, budak-budak maktab perguruan kan anak-anak buah dia.

Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Pertahanan
* gua punya kawan punya bos punya mentua err mertua.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Dalam Negeri
* budak-budak perempuan maktab perguruan hampir histeria melihat beliau muka-ke-muka.

Datuk Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
* Tok Pa buat aksi cium mulut.

Datuk Shaziman Abu Mansor
Menteri Kerja Raya
* cool~~

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Unit Perancangan Ekonomi)
* takde komen apa-apa

Tan Sri Musa Hassan
Ketua Polis Negara
* dia ni adik pelakon tu kan?

Datuk Bung Mokhtar Radin
Ahli Parlimen Kinabatangan
* aku perasan ada botol air sebelah dia. ok, kena bersangka baik.

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Menteri Wilayah Persekutuan
* sunroof takde, kuar ikut tingkap pun jadi lah.

Datuk Dr S Subramaniam
Menteri Sumber Manusia
* nak kerja gomen, sila cari dia.

Datuk Peter Chin Fah Kui
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Tenaga
* aku rasa muka aku pun masuk dalam video cam dia. haha

Datuk Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
* budak-budak perempuan maktab perguruan duk jerit 'ayah dafi!! ayah dafi!!' kesian betul. tak dapat jerit anak, ayah pun jadi lah.
aku dah update nama pak menteri dan jawatan masing-masing. nasib ada abang ipar kerja dalam Kementerian Penerangan.