Saturday, February 28, 2009

betul, aku memang orang hulu...

hujan sangat lebat sampai aku sangat basah.
itu keadaan aku masa naik motor on da way balik dari putrajaya tadi.
tahu tak tu adalah kali pertama aku ke Putrajaya seorang diri?
kes tersesat sampai ke Putrajaya sebelum ni tak diambil kira.
tadi pergi sana dengan nawaitu mahu membeli tiket.
konpem-konpem la beli tiket kat stesen bas kan.
tapi stesen bas putrajaya kat mana?

sebelum gerak, google map dulu mana letak Putrajaya Sentral.
(celik it la katakan)
owh, kat precint 7 rupanya.
start motor, gerak.
langit dah gelap macam kena simbah cat hitam.
nak hujan pulak.
tu lah, siapa suruh bangun tidur pukul 5!

dari Puchong ke Putrajaya kena guna LDP.
(LDP = Lebuhraya Damansara Puchong bagi sesiapa yang hulu macam aku.)
nampak signboard Putrajaya, terus kasi signal kiri.
mata melilau cari precint 7.
precint 7 takde, precint 17 ada lah.
ish, salah jalan ke ni?
atau salah precint?
precint 7 ke precint 17?
setan da mula merasuk kasi hati jadi was-was.
ah, terus je la ke precint 17.
kalau jumpa iya la, kalau sesat leh jalan-jalan.

terus punya terus punya terus baru jumpa precint 17.
apakah?
bangunan-bangunan tak siap ada lah.
jalan pun kena sekat dengan kayu.
kelihatan mat indon tengah bersidai pun ada.
takleh jadi ni, try mesej abaan pok ya.
"Putrajaya Sentral kat precint 7, depan Hospital Putrajaya" abaan pok ya balas.

aduh, kena cari precint 7 pulak.
masa tu ada depan PICC. haha.
gosh, PICC sangat cantik.
kesesatan yang jauh. hujan da mula turun 2,3 titik.
terus lagi ke precint 7.
akhirnya sampai juga ke Putrajaya Sentral.
tapi hampa, datang jauh-jauh, rupanya tiket sudah habis.
kaunter tiket yang lain pun da tutup.
tu la, siapa suruh bangun tidur pukul 5!

notakaki : esok kena g putrajaya lagi. haish~

Thursday, February 26, 2009

saat kepala aku pening memikirkan coding, tetiba pulak teringat kata-kata pujangga ni...

"cinta itu ibarat kurap. makin digaru semakin sedap"

moral of the story : garulah cinta anda!

Tuesday, February 24, 2009

awek-awek, mari sini...

ni nak promote saing aku yang seorang ni.
sekarang mamat-muka-cina-nampak-dari-tepi ni memegang pangkat agak-agak teruna dan single.
kepada awek-awek single atau nak mencuba pasaran, perasan dirinya kacis, tinggi bawah 160cm, suka tengok wayang, layan bola pukul 2,3 pagi, boleh apply masuk calon yer.
tinggalkan biodata anda di ruangan komen.
kalau tak malu, kat kotak jerit pun takpe.
first come, first serve.


sumber : aku cedok dari sini

Friday, February 20, 2009

sana sini orang cakap pasal kahwin...

semua orang da langsaikan tag kahwin-kahwin ni.
musim orang kahwin ke apa sekarang ni.
sebab tak mahu menghampakan miss shepha a.k.a. syahdu-time-mate yang akan exam PTD sabtu ni, aku buat jugak.
aku jugak telah ditag oleh miss nughul, mek kelate yang bermastautin di seksyen 7, shah alam.
buat ni pun kunun-kunun je la.
tak pun anggap je bakal bini aku punya angan-angan.

1. How old are you?
setakat ni, 21 tahun, 6 bulan, 3 hari plus-plus.

2. Are you single?
aku tak single. aku single-mingle.

3. At what age do you think you'll get married?
tak tahu la nak cakap. jodoh pertemuan di tangan Allah kan. kalau malam ni kena tangkap basah, malam ni jugak la.

4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
sila rujuk soalan nombor 2.

5. If not, who do you want to marry?
ikut suka mak la nak jodohkan saya dengan siapa. asalkan ada ciri-ciri asas seorang perempuan.

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
encik hafizi bin alias. kawan kacip dari kecik ni. untuk bridesmaid, rosnah mat aris la kut. baru padan dengan encik hafizi.

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
tradisional di tepi tasik. walaweh, gila tinggi fantasi.

8. Where do you plan to go on honeymoon?
norway. view kat sana super cantik. cuba la google.

9. How many guests do you think you'll invite?
kad undangan kahwin boleh muat sedozen kotak A4. agak-agak sendiri la banyak mana kad undangan. kawan-kawan jangan bimbang, korang dapat yang wangi punya.

10.Will that include your exes?
hermm(garu kepala). ajak-ajak ayam je la.

11.How many layers of cake do you want?
aku nak cup cakes. tapi banyak la. susun-susun sampai jadi bentuk love. tak pernah dibuat orang lagi ni.

12.When do you want to get married, morning or evening?
entah. yang pasti selepas subuh.

13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding
pasang ringtone lagu kahwin. nak ringtone monophonic punya. ni pun tak pernah dibuat orang.

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
nak makan dengan tangan. nanti boleh suap-suap, jilat-jilat jari.

15.Champagne or red wine?
teh o beng sudoh!

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
agak-agak duit da berkepuk lepas langsai hutang bank buat nikah.

17.Money or household items?
tak payah susah-susah. nanti aku assignkan siapa kena belikan peti sejuk, siapa kena belikan pinggan mangkuk, siapa kena belikan itu ini.

18.How many kids would you like to have?
kan aku da cakap, aku nak menyamai atau melebihi ayah aku. habis lah 'lebur' bini aku nanti.

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
mesti la! tapi kena simpan elok-elok. nanti jadi macam kak wan nor azlin. sebelum nikah pun nak buat jugak. macam dioerang ni.

20. Whose wedding plan would you like to know next?
kalau boleh aku nak tahu abaan pok ya punya wedding plan. dengar cerita dia nak kahwin bulan 6 ni. betul ke natang weyh??

notakaki : tahu tak, sekarang ni budak enjin yang single tu tengah baca artikel dalam tentangcinta.com. hak hak hak!

Wednesday, February 18, 2009

memang terbaek dari kawanku...

siapa-siapa stay area puchong utama, sila ambil perhatian.
ada promosi sikit pasal kedai makan nama 'Kawanku'.
di bawah adalah antara sajian-sajian spesial di sini.


megi goreng
~ tawar hebel.
~ keras macam tali.
~ hanya ada 3 serpihan ayam.
~ sejuk macam da 4 hari dok dalam peti.


nasi goreng ayam
~ rupa macam digoreng oleh ayam
~ rasa macam....entah pape.
~ agak sedap : budak enjin kata.


bihun goreng
~ ciri-ciri menyamai megi goreng.
~ lebih keras dari megi goreng sampai boleh cucuk sudu dan garfu tak jatuh.

servis tambahan : mendapat layanan istimewa daripada pelayan auuwww.

Sunday, February 15, 2009

rangkuman seminggu...

1.


kalau tanya aku nak tengok filem ni atau tak, aku nasihatkan jangan tengok. dia punya kelakar kurang umph sikit la. harapkan saiful apek dengan nabil je jadi modal lawak. dia punya pengarah, memang mengarah sambil syok sendiri. kalau nak tengok azwan ali jadi mak-tak-kuasa-nyah, serbu la pawagam. ajak sekali seluruh orang kampung. buat rugi duit aku je tengok filem ni sabtu minggu lepas.

2.
hari isnin lepas masa orang lain cuti thaipusam, aku kena kerja. hampeh. budak-budak enjin da gelakkan aku. tapi takpe, hari isnin tu mak bos datang kasi angpau. agak cantik jugak la dia punya kaler duit kertas tu. lepas duit belanja aku untuk minggu ni. rezeki sungguh.

3.
aku baru tahu pasal satu website ni. dengan ada nya website ni, tak ada lagi masalah macam ini. cara nak guna, type www.sitedossier.com/referer/websitekorang. contoh, www.sitedossier.com/referer/encree.blogspot.com. kalau type www.sitedossier.com/referer/www.encree.blogspot.com dia akan keluar result lain. jadi, korang tahu la siapa yang link korang.

* dossier - a collection or file of documents containing information about a particular person or topic.

4.
ini pun aku baru tahu masa menjelajah ke blog johan. korang tahu tak yang kita tak boleh create folder nama con atau aux atau nul atau prn (kepada pengguna window operating system sahaja). ketinggalan zaman jugak nampaknya aku ni. takpe,better late than never.

5.
salah ke kalau tak sambut hari semalam? atau salah ke kalau kita sambut hari semalam? tepuk dada sakit, kang kalau tak tepuk tak tahu pulak selera macam mana kan. jadi tepuk la apa-apa yang anda suka.

notakaki : nanti pukul 8 pagi aku nak g tengok lopan & the geng main paintball.

Saturday, February 7, 2009

nikmat pun tak berapa nikmat jugak ar...

hari ni hari sabtu. confirm la weekend aku cuti kan. saing-saing yang kena kerja hari sabtu, jangan dengki sama aku eh. termasuklah dua budak enjin yang baru balik kerja sakning. pagi-pagi buta kena bangun awal, sedangkan aku baru berkira-kira nak tepuk-tepuk bantal, nak tarik selimut.

tu pasal aku kata nikmat. nikmat tidur adalah yang paling utama. kalau tidur lambat-lambat ni, dia punya feel tu lain beb. bila mana mata memang dah tak berapa ikhlas nak buka, kepala otak memang da set to shut down mode, letak kepala atas bantal je terus lentok. silap-silap terus meleleh. ada jugak yang terus mimpi sape-sape-gila-bayang-entah. itu bagi sesetengah manusia la kan. kalau budak-budak enjin tu, kepala sentuh bantal je terus berbunyi macam kapal wap. selang seli pulak tu. memang sangat berirama.

kalau tidur lambat-lambat ni kan, satu je masalah dia; susah nak bangun. masa bangun tu, mata tak berada dalam zon sangat mengantuk, ala-ala mengantuk hangat-hangat taik ayam punai je. badan pulak letih gila. kepala rasa macam ada batu... err...batu apa nak cakap eh. batu-batuan la senang. haa, macam tu la nak kabor betapa malas dan susahnya nak bangun kalau tidur lambat-lambat. tu pasal aku kata tak berapa nikmat jugak. mata yang puas pejam, bila bangun badan yang penat semacam.

dulu masa muda-muda remaja, ada jugak la mengaplikasikan amalan ni. semestinya bukan di rumah. di mana lagi kalau bukan di kolej. malam minggu macam biasa, mesti la tidur lambat. entah apa aku buat sampai 4,5 pagi. padahal bukan boleh keluar merayap ke, main tenet ke apa. bangun pukul 2 petang hari sabtu. itu pun sebab rumet ajak outing. aku cakap taknak pergi, aku nak tido. nanti balik tapaukan aku nasi goreng mamak kat pekan pilah. (mesti da agak aku kolej mana kan? kan?). dia blah, aku sambung tidur. pukul 6 petang plus plus, kawan aku balik sambil hayun-hayun nasi bungkus aku. wah, rezeki sudah sampai. time memang ngam-ngam perut lapau. pekena nasi sebungkus, air masak-entah-zaman-bila pastu bilas dengan dunhill sebatang. perghh, mata terus auto-mengantuk balik. sambung tidur lagi di situ. da dekat pukul 3 pagi hari ahad baru la bangun balik. (ketika itu sedikit jahiliah) kondisi badan masa tu memang letih ar. unspeakable tired la orang putih cakap.

itu lah sebabnya mak aku tak kasi bangun tidur lambat-lambat. mak aku kata "bangun tidur lambat-lambat ni jadi papa". mendalam tu maksud dia. bukan jadi "papa, papa saya nak aiskrim". bukan papa tu. papa di situ maksud dia papa kedana. lebih azab dari miskin beb. tapi hari ni aku lupa pesanan mak. aiseh. betul-betul jadi papa sebab perut lapar. aduh, dok rock nya badan.

notakaki : apa kes aku kena kerja senin ni, baru cadang nak cuti-cuti Malaysia gi melawat Batu Caves.

Wednesday, February 4, 2009

2 kali lebih baik, katanya...

dulu masa sekolah menengah, aku skolah kat sekolah agama, dok asrama.
sebuah sekolah jenis smk(a) kat kuala terengganu.
boleh tahan jugak la dia punya feymes.
kalau aku sebut, mungkin ada 2,3 orang blogger yang kenal.
nak tahu jugak? ala, tak payah la.
nanti kata aku ni gila takbur pulak.
takbur tu saudara syaitan tau.
kan da terbukti aku ni dulu sekolah agama.

biasa la dok asrama, maghrib ngan isya' kena sembahyang kat surau.
benda da wajib, diwajibkan pulak buat dekat surau.
konpem ada yang yang sembahyang jemaah tak ikhlas.
kadang-kadang aku tergolong jugak dalam spesies tu.

macam hari-hari biasa, pukul 6.45 tu aku da siap-siap nak ke surau.
budak perempuan tak tahu la pukul berapa bersiapnya.
tapi kebanyakan budak-budak lelaki ni, lagi 2,3 inci nak masuk waktu baru turun.
pastu lepak pulak kat tempat wudhu' belakang surau.
aku selalu je join sesi berilmiah belakang surau ni.
sampai kat tempat wudhu' tu, nampak la sorang member aku.
kawan-kawan aku panggil dia kay je.
nama penuh aku tak ingat, khairul la kot.

lepak punya lepak, azan da kedengaran.
masa setan lari tu la kami sibuk nak ambil wudhu'.
ada persamaan ciri-ciri di situ.
aku dan kay ambil posisi bersebelahan.
weyh, posisi kepala paip okey!
lepas dia abis basuh kaki, dia basuh tangan sampai la basuh kaki balik.
aku syak budak ni mesti da terkentut ni.

aku tanya dia, apsal ambil wudhu' sampai 2 kali.
selamba encik badak dia jawab, "kalau terbatal, tinggal lagi satu".
huk aloh, kalau ye pun da kentut, mengaku je la.
takyah la buat ajaran sesat ayah pin macam tu.

notakaki : jeles sungguh tengok saing-saing buat gathering kat london.

Tuesday, February 3, 2009

lama-lama hilang la tu...

aku baru balik makan malam.
perghh, se'eh perut aku ni weyh.
lepas maghrib tadi hujan turun.
tu yang lambat makan.

sampai rumah, nampak hakim lepak kat ruang tamu.
dia tak kuar makan, sebab da makan megi.
rugi katanya makan banyak kali.
apa kes gaji 2.5k plus plus pun save.

dia kata, henset dia takleh nak call out & mesej.
mat joe kasi cadangan; telefon celcom center.
sebab kami 3 orang nak dengar tahap kemerduan suara awek celcom tu, hakim buat loudspeaker.

hakim : ello ello
awek celcom : hello. boleh saya bantu encik.
hakim : telefon saya takleh nak call out la. nak mesej awek-awek saya pun tak leh.
awek celcom : encik pakai prepaid atau postpaid?
hakim : ape kes pakai prepaid. dok kl pakai postpaid la.
awek celcom : mungkin encik belum menjelaskan bil telefon encik.
hakim : tak bayau amende nya. sakning baru saya telefon bos saya, dia kata da bayau.
awek celcom : sakning ???
.
.
.

walaweh hakim. nak terkeluar isi perut aku ngan mat joe ni.
kata dok kl, apa kes pekat lagi loghat ko.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.