Saturday, February 7, 2009

nikmat pun tak berapa nikmat jugak ar...

hari ni hari sabtu. confirm la weekend aku cuti kan. saing-saing yang kena kerja hari sabtu, jangan dengki sama aku eh. termasuklah dua budak enjin yang baru balik kerja sakning. pagi-pagi buta kena bangun awal, sedangkan aku baru berkira-kira nak tepuk-tepuk bantal, nak tarik selimut.

tu pasal aku kata nikmat. nikmat tidur adalah yang paling utama. kalau tidur lambat-lambat ni, dia punya feel tu lain beb. bila mana mata memang dah tak berapa ikhlas nak buka, kepala otak memang da set to shut down mode, letak kepala atas bantal je terus lentok. silap-silap terus meleleh. ada jugak yang terus mimpi sape-sape-gila-bayang-entah. itu bagi sesetengah manusia la kan. kalau budak-budak enjin tu, kepala sentuh bantal je terus berbunyi macam kapal wap. selang seli pulak tu. memang sangat berirama.

kalau tidur lambat-lambat ni kan, satu je masalah dia; susah nak bangun. masa bangun tu, mata tak berada dalam zon sangat mengantuk, ala-ala mengantuk hangat-hangat taik ayam punai je. badan pulak letih gila. kepala rasa macam ada batu... err...batu apa nak cakap eh. batu-batuan la senang. haa, macam tu la nak kabor betapa malas dan susahnya nak bangun kalau tidur lambat-lambat. tu pasal aku kata tak berapa nikmat jugak. mata yang puas pejam, bila bangun badan yang penat semacam.

dulu masa muda-muda remaja, ada jugak la mengaplikasikan amalan ni. semestinya bukan di rumah. di mana lagi kalau bukan di kolej. malam minggu macam biasa, mesti la tidur lambat. entah apa aku buat sampai 4,5 pagi. padahal bukan boleh keluar merayap ke, main tenet ke apa. bangun pukul 2 petang hari sabtu. itu pun sebab rumet ajak outing. aku cakap taknak pergi, aku nak tido. nanti balik tapaukan aku nasi goreng mamak kat pekan pilah. (mesti da agak aku kolej mana kan? kan?). dia blah, aku sambung tidur. pukul 6 petang plus plus, kawan aku balik sambil hayun-hayun nasi bungkus aku. wah, rezeki sudah sampai. time memang ngam-ngam perut lapau. pekena nasi sebungkus, air masak-entah-zaman-bila pastu bilas dengan dunhill sebatang. perghh, mata terus auto-mengantuk balik. sambung tidur lagi di situ. da dekat pukul 3 pagi hari ahad baru la bangun balik. (ketika itu sedikit jahiliah) kondisi badan masa tu memang letih ar. unspeakable tired la orang putih cakap.

itu lah sebabnya mak aku tak kasi bangun tidur lambat-lambat. mak aku kata "bangun tidur lambat-lambat ni jadi papa". mendalam tu maksud dia. bukan jadi "papa, papa saya nak aiskrim". bukan papa tu. papa di situ maksud dia papa kedana. lebih azab dari miskin beb. tapi hari ni aku lupa pesanan mak. aiseh. betul-betul jadi papa sebab perut lapar. aduh, dok rock nya badan.

notakaki : apa kes aku kena kerja senin ni, baru cadang nak cuti-cuti Malaysia gi melawat Batu Caves.

9 tukang komen:

sheila said...

som dh mg nk g batu caves senin ni...hohooho...gelak jahat

paiseh said...

gua penah mogok tak gi kelas, duk bilik tido 36 jam! hahahahaa...!!

k.e.r.i. said...

sheila ~
oo, ngater aku yer.
dakpe dakpe.

paiseh ~
lu memang hantu bantal weh.

FarEast said...

melepas nak shoot thaipusam ek?? adeh ... kena keje time org cuti tu yg x best

BudAk hijAu said...

gua klu mals g kje gua ajk boss g soping!!ahahahhaha...

Anonymous said...

demo nok wat gapo g batu caves??jupo dewo aramuggun ko??

k.e.r.i. said...

fareast ~
ingat nak shoot batu caves je.
bukan pengunjung.
huahuahua.

budakhijau ~
bos gua pesen malas melepak shopping mall.
ioi yg dekat tu pun banru bape kali jejak.

anonymous ~
demo ingat kawe dok tahu demo nganjing kawe rijal weyh??
takpo la demo.

~BlueApple~ said...

.. just drop by,
actually me at office ... nothing much to do, just random read and search and meet ur blog, nice n3 and catchy.. ha ah ah

so salam from Mr apple ya :)

k.e.r.i. said...

~BlueApple~
thanx a lot dude.
but dun get caught.
hehe.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.