Thursday, October 30, 2008
Sunday, October 26, 2008
mari mengumpul award
terima kasih banyak2 la kepada sape2 yang rajin bagi award ni...
2. ini dari shoot a.k.a. musuh ketat aku
notakaki : amacam best tak lagu baru aku?
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 3:51 PM 4 tukang komen
Wednesday, October 22, 2008
agak2 dieorang nampak tak kaler merah tu??
panaskan enjin dulu 2,3 minit. alahai, minyak nak abis pulak da. sampai petronas kat marang nanti aku isi. mintak2 sempat sampai. malas nak isi kat caltex kat hujung kampung sana. nanti kena patah balik pulak.
sebelum isi minyak, geledah wallet dulu ada isi ke tak. 4 hengget je yang ada? cukup la tu. makcik yang nak isi minyak kereta dia kat sebelah pandang semacam aje. apa tengok2? ingat aku miskin sangat ke isi 4 hengget. sen dalam wallet je takde makcik oii, dalam bank ada lagi. tapi pastu dia sengeh pulak. ish, takkan ushar nak buat menantu kot? baru shave janggut sikit pagi tadi, takkan da menyerlah aku nya menawan. bila rasa perasan da merasuk, pam minyak pun boleh masuk lubang hidung. haha.
7.30 pagi da sampai bandaraya. awal lagi ni. better pergi jolok mesin atm dulu. jolok2 kuar duit. nak jolok tengah hari nanti, ramai pulak manusia yang tak puas2 dok jolok menda alah tu. pepagi ni sikit je makhluk tuhan kat Bank Islam tu,tapi kena beratur jugak. masa tengah beratur tu, aku perasan sorang awek yang beratur kat sebelah dok senyum2. senyum kat aku ke? rasa perasan dari petronas tak abis lagi. berlipat kali ganda la aku punya perasan. apa lagi, control moacho la. gaya berdiri tak yah cakap ar, mengalahkan model nak photoshoot. biar la dia. orang kulit kaler mocha macam aku ni,kalau da shave semua bulu nampak jugak manisnya kan.heh! perasan tahap dewa da ni.
sampai opis, lepak kat pak guard dulu sambil pekena rokok sebatang. "sejuk gila pagi ni kan, angin pun kuat" pakcik tu tegur masa aku sampai kat dia. aku angguk aje. bla bla bla sikit dengan dia, naik opis.
rutin biasa bila masuk kat opis, letak beg, sangkut sweater masuk bilik air betulkan rambut sikit. setengah jam pakai helmet, rambut yang terpacak pun da jadi penyek. pastu betulkan baju sikit2 then keluar. err, kejap. aku nampak something kaler merah. baruaaa!! aku tak tutup zip seluar rupanya!! patut la makcik ngan awek tu tengok2 aku semacam je tadi. aku bukan main lagi perasan berbunga2 dalam hati. ayat pak guard tu pulak memang makan dalam habis. malu beb, malu. nasib masa masuk opis, gee, kak nor, kak erina dan ila takde lagi. kalau tak, mau satu hari aku kena bahan.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 9:47 AM 24 tukang komen
Tuesday, October 21, 2008
raya kan sebulan...
jumaat lepas ada lagi satu jemputan rumah terbuka... ni rumah terbuka yang ke berapa puluh entah aku da attend... yang ni rumah terbuka Pesaka Corporation kat hotel UiTM dungun... memula tak nak pergi pun, tapi si ila ngan kak nor da ajak, aku ikut je la... aku da siap2 pakai baju melayu nak pergi solat jumaat, baru dia call... tapi sembahyang jumaat juga la hari tu...
kan aku da cakap... aku memang suka makan sate... i'm a sate lover... haha!
gambar yang kiri tu, ila ngan farah fauzi... siapa farah fauzi? dj terengganu fm aje... nama nak ala2 farah fauzana... lantak la makcik...
notakaki : tengah hari ni pun ada satu lagi jemputan rumah terbuka.makan sate lagi.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 9:27 AM 11 tukang komen
Sunday, October 12, 2008
hari raya = hari makan
kakak aku nak lawan aku acara sape makan paling banyak
abang aku ni da 2 tahun tak makan nasi...hari raya aritu, semua benda dia bedal kecuali nasi....
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 4:33 PM 11 tukang komen
Wednesday, October 8, 2008
malam raya...
"mat, jadi dok derrak bandor malam ning??" pi hantar mesej.
aku reply "jadi ar..."
lepas berbuka, mandi, semayang , hujan turun... adoyai, terbantut plak rancangan murni malam ni... mungkin hujan renyai2 ni kejap je kot... cuba sedapkan hati... mana boleh tak jadi rancangan malam ni... satu apa pun tak beli lagi... songkok raya, butang baju melayu raya, selipar raya, semua tak beli lagi... mesti kena angkat jugak barang2 tu semua malam ni...
lebih kurang pukul 9.30 malam, hujan baru berhenti.... caya lah, rancangan malam ni boleh diteruskan... start motor, angkut pi menuju ke destinasi...
sampai kat chowkit terengganu (tanjung tepi astaka), perghh gila ramai orang... jalan jem gila babas mengalahkan kl...orang cakap la kan...aku sendiri tak pernah menikmati kesesakan jalan kat kl... aish, mana nak parking ni... parking motor pun penuh... nak selit celah2 kereta pun tak lepas... orang nak lalu pun terpaksa mengempiskan perut... parking tepi longkang besau ni je la... dekat skit ngan astaka... survey, survey, survey, pilih, pilih, pilih, aku berkenan baju hitam ni... brand tak leh la nak bagitau... astaka ni banyak ayam brand saja... lain la kalau aku shopping kat east coast mall...
destinasi ke 2, TTC (Terengganu Trade Center)... merayu2 pi ajak aku datang sini... entah apa yang ada kat sini pun aku tak tahu... setakat jual kuih2 raya, jeans siam ngan baju yang harga mahal nak mampus, kat lain pun ada... cess, nak jumpa awek dia rupanya... bukannya takleh tunggu sampai esok... lagi best jumpa masa hari raya, boleh jumpa kat rumah terus... (fyi, pi ngan awek dia jumpa senyap2 dalam semak...)
da abis beli barang2 keperluan, lepak kat motor sorang2... aish, lame bebenor dua orang ni dating... da bosan da dok melepak sorang2 sambil tekan2 handset bertemankan rokok sekotak ni... baru nak mesej pi, dia datang sambil muka sengeh2 macam anak kerang... aku tak tahu sebab musabab di sebalik senyuman tu... takpe, nanti sampai kat kampung aku korek.... skang masa untuk balik...
on da way nak balik, aku main tekan2 handset lagi sebab pi yang bawak motor... tetiba je si pi berhenti kat depan ladang ayam kat hujung kampung tu... ah sudah, rantai motor plak jatuh... lagi sekilo nak sampai rumah ni...kalau nak jatuh pun, tunggu la sampai rumah dulu...
"bila last sekali mung tukor spocket belakang mung?" tanya pi.
"tahun lepas kot...bakpe?" aku balas.
"cer mung tengok spocket mung ning..."
aiseh... kalau macam ni keadaannya, memang da lama gila aku tak tukar ni.... spocket pun da jadi bulat macam donut gebu... nak sangkut balik, tool takde... gelap plak tu... nak tak nak terpaksa tolak aje la motor tu sampai rumah... ingatkan nak raya ni semua benda aku da tukar baru, ada jugak yang tertinggal; spocket motor raya... nampaknya, lepas raya la baru boleh tukar...
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 2:49 PM 8 tukang komen
Monday, October 6, 2008
dia ni da tua...
semua gambar dia memang tak tengok kamera... da puas aku selongkar public tu...
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 4:17 PM 2 tukang komen