Tuesday, March 23, 2010

snippets pasal diri sendiri...

1. Hari ni hari lahir kakak aku #3. aku tak ingat berapa umur dia, tapi dia pernah cakap dia ambil SPM sama tahun dengan Siti Nurhaliza.

2. Hujung bulan depan syarikat tempat aku bekerja akan buat company trip ke Melaka. duh, takde tempat lain ke nak buat? nak je aku ajak gi Singapura, tiket Air Asia 29 ringgit je satu hala.

3. Kesian kat kawan aku hampir-hampir kehilangan kekasih hati. tadi aku temankan dia cari cincin nak pujuk kekasih hati dia balik. agak-agak cair tak perempuan tu?

4. Aku rasa macam dah lama sangat aku tak guna Adobe Photoshop. ada siapa-siapa nak kasi gambar untuk aku editkan?

5. Tabiat buruk masa tengok Astro; aku akan tukar-tukar saluran sampai aku jumpa cerita yang best. susah betul lah bila ada Astro ni. banyak sangat pilihan.

6. Anak saudara aku ke 25; Qaleesha lahir 1 Mac lepas. mati-mati aku ingat aku ada 26 anak saudara sebelum ni. ramai sangat anak saudara, mana nak ingat.

7. Berat badan aku naik 2 kilo sejak awal tahun lalu. jangan tanya macam mana, aku sendiri pun tak tahu. tapi berat badan aku masih unggul.

8. Malam tadi aku dah buang 800++ keping gambar dari memori telefon bimbit. sekarang tinggal 300++ keping lagi. 3/4 dari jumlah keseluruhan adalah gambar objek.

9. Hormon emo + hormon jiwang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. mesti aku ada salah makan ni.

10. Wisdom teeth aku dah lama tumbuh. cuma sejak 2, 3 hari ni jer dia baru nak berdenyut-denyut. terpaksa mengunyah di sebelah kiri mulut sahaja.

11. Aku sebenarnya ada banyak benda nak update kat blog. tapi biasalah, sibuk memang selalu menjadi alasan pilihan.

14 tukang komen:

Siti said...

nok komen yg no. 9.

Hormon emo + hormon jiwang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. mesti aku ada salah makan ni.

tersaloh makan kacip patimoh ke?


kekeke...

HEMY said...

byk nye gambar kat henpon kau...huhuhu

Lang Legar said...

haha but still gambar objek ko maseh terbaik walaupun kak ngah tak suka bila die dah pose ko tibe2 tala kamera ke objek..

hanie said...

no. 9 tu...
tak lama lagi keri mungkin pakai skirt..


hahahahaha!!

sif said...

no.9 tuh plg GAY skali..wakakaka~

tasekM said...

nk komen hok no 9 jugak.

aku punya syak ko terlebih makan betik!~

errr... bulih ke gitu...? ha ha.

:p



.

rAmiZa.mY said...

nampaknye rmai org minat point no 9 ko..
nampak sgt ko mintak pelempang..hahaha

k.e.r.i. said...

s.i.t.i. ~
dok tahu lah. kut-kut ada orang kedai tersaloh letok gamoknya.

hemy ~
tak pernah delete sejak setahun lepas.

lang legar ~
kalau dia tak soung, maybe 100% adalah gambar objek. LOL

h a n i e ~
kalau aku pakai skirt, lagi cun dari kau kut. :p

missy suzi ~
cakap dengan cermin ke weh?
haha.

tasekM ~
betik banyak hormon pompuan ke?

ramiza.my ~
eh diri aku, suka hati aku lah.
kan dah kuar ayat emo tu. :p

Liliyuli said...

2. ko blaja kat melaka kan? bosan siot ko..

3. kalau aku la kan? teruja dah dapat cincin tuuu..huhuhu

4. edit gambar aku bagi meletop mcm siti nurhaliza weh..huhuhu

7. ko dah gemok..hahaha

9. dah dapat budak sekolah ke weh? eceh..

sekian..

hanie said...

tak..
tapi kau kompem jd kuda bintik2..

hahahahahaah~

Shepha said...

Lang Legar said...
haha but still gambar objek ko maseh terbaik walaupun kak ngah tak suka bila die dah pose ko tibe2 tala kamera ke objek..


banglong.tentulah.haha.entah 3/4 dr gambar bukan objek itu adalah muka aku saje.haha

FarEast said...

haha ... mcm2 juga perangai ko ... psl astro tu, kita serupa je ... haha

k.e.r.i. said...

liliyuli ~
kuat membebel jugak lu ni.

h a n i e ~
ok fine. lu kuda pendek-pendek.
muahahahaha.

shepha ~
muka anak saudara aku lah.

FarEast ~
itu belum masuk full package. haha

Anonymous said...

kakak lu ngan gua sebaya la sbb gua pun ambik exam tahun sama ngan siti jugak. Tp result gua lg cemerlangla dari siti tu..

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.