sejak 2, 3 bulan kebelakangan ni, ramai betul kawan-kawan yang membina masjid. bina masjid jauh-jauh pulak tu. jadi banyak kali lah brader posmen hantar kad jemputan perkahwinan ke rumah aku. ada jugak pesen main tag-tag kat facebook je. takpe lah, asalkan menjemput.
kalau berkesempatan dan takde aral melintang kat tengah jalan, boleh lah aku pergi. kalau tak nampak batang hidung aku kat majlis korang tu, mintak maaf banyak-banyak lah yer. niat nak pergi dah ada, perbuatan je takde. apa-apa pun, sekarung tahniah untuk korang semua dan selamat berbahagia sampai dapat cucu.
ini kad dari Ed dan Ayu. belah Ayu masa raya cina itu hari, kat Dungun je. tapi tak sempat pergi sebab takde kenaikan. maklum lah, aku ni car-less. belah Ed pulak 5 hari lepas kat Ipoh. tak dapat lah nak pergi. saing-saing pun takde mengajak. ouh, dua-dua ni dak fakulti aku dulu.
ini pulak majlis Khairul Nazri a.k.a. keyo kat Bukit Bayas, Terengganu. dia ni kawan sekolah menengah dulu. takde la rapat sangat tapi satu sekolah kut, mesti lah nak meraikan saing-saing yang menamatkan zaman bujang. bini dia, Mardhiah (kalau tak silap aku lah), junior kami. dalam gambar atas tu semua jejaka-jejaka sekolah aku. gambar-gambar awek-awek-pernah-pakai-tudung-labuh dengan pasangan pengantin takde lah pulak aku jumpa.
kad warna oren ni kad kahwin Jamsari dan Syura. dieorang ni pun dak fakulti aku gak, classmate Ed ngan Ayu. dua-dua orang Utagha. masa tu ceq kat Terengganu. jadi faham-faham je la.
Nas atau nama penuhnya Siti Nasriah adalah budak kelas aku yang ketiga kahwin lepas habis belajar. nasib baik lah dia punya kenduri merangkap gathering dak kelas jatuh pada hari sabtu. jadi boleh lah konvoi ramai-ramai ke Manjung. cinta tahun 1 dengan Hakim si abang jual berger depan asrama berakhir di jinjang pelamin jugak akhirnya.
lepas kenduri Nas kat Manjung, hari ahad tu kenduri si Arcmal dan Intan pulak kat Dewan Sivik Petaling Jaya. punya lah kami tak tahu kat mana dewan ni sampai tawaf kawasan tu 4 kali. sampai pun dah petang, nasib baik lah makanan tak habis lagi. si Arcmal ni senior masa kat universiti dulu, tapi lain kos lain fakulti.
Hemy punya kenduri kat Sabak Bernam ni aku tak sempat pergi. dah plan baeeek punya dengan Wafa, tapi last minute tak jadi. sori Hemy, sori Wafa, tuhan dah kata 'kun faya kun'. nak buat macam mana.
notakaki : kita tengok kad siapa pulak sampai kat rumah lepas ni.
11 tukang komen:
kad dari ko la pulak..
hahaha~
lu bila pulak beb? heh..he..
h a n i e ~
aku tunggu puteri genting highland kahwin dulu
lalalala~
bokbon ~
aku dah agak dah mesti soalan ni yang akan ditanya.
dan² la suh org lain kawen dulu..
alaa...bujang itu cool apa..
kihkihkih
rosak...rosak.. :P
umur dah banyak dah tuuu..
tawaf 4 kali eyh?
aku igtkn 3 kali..
khairi, ,ko kawen ak nk kad wangi2 paling cantek..
haha bca entry ko ni ble lak ko yg nk kwen ek?haha..
jangan lupa p0s kat rumah saya ye
::: askm k.e.r.i wasssuupp? [huhu] mmg jauh2 jugak kawan2 keri kawin.. sama laa kita bro, ramai yg hantar kad jemputan, tapi tak satu pon pi, kalo dekat pon.. anyway mmg kita appreciate jugaklah diorg jemput, niat di hati nak pi, perbuatan jer tidak [hehe] adalah sorang member lelaki yg saya kenal melalui alam cyber ni [minat photography jugak] saya pi ke kenduri kawin beliau di JB.. dia mmg tak kenal saya sbb saya kan muka cover dlm internet ni [hahaha].. tapi skrg nih dia dah kenal.. cakap pasal kawin nih, teringat nasi minyak / nasi beriyani dgn ayam kurma & acah buah waahhh lapaaaarrr! [hehe]
h a n i e ~
cool lah sangat.
ahmad azrin aziz ~
umur gua tak sampai suku abad pun lagi.
ramiza.my ~
nanti lah.
itu pun kalau ada kad.
silentshutter ~
hari sabtu.
sharamli ~
rumah ko pun aku tak kenal.
reactivate ~
w'lam. nanti aku kahwin ko kena datang tunjuk muka jugak.
aku wajibkn utk aku ada kad..
Post a Comment