Sunday, March 7, 2010

Kuching : hari #2 dan hari #3

untuk entri Kuching : hari #1, aku rasa tak perlu lah nak bercerita panjang lebar sebab si Erina dah tolong buatkan jalan cerita dan ia hampir tepat. tahniah kepada beliau. sekarang mari bercerita pasal hari kedua pulak. ayuh!

mee kat bawah ni aku lupa apa nama dia. yang pasti ia sedap. memang kena sebagai sarapan pagi. tengok isi-isi ayam tu. perghh. meleleh weh.

Photobucket

perut dah kenyang, jalan-jalan lah pulak kerjanya. ni on the way ke Sarawak Cultural Village. nampak tak gunung tu? aku rasa tu Gunung Santubong.

Photobucket

pass ni membukti bahawa aku dah jejak kaki kat Sarawak Cultural Village. muahahaha. *gelak terrorist* harga untuk dewasa adalah RM60. tapi kami bayar Rm15 je mengikut kadar harga pelajar. kad pelajar UTeM mana ada tulis expired date. jadi sampai bila-bila pun kami ni pelajar UTeM. haha.

Photobucket

dah habis bergambar sana bergambar sini, berjoget sana berjoget sini, kami makan pukul-4-petang kat restoran Lock Ann. aku pun dah tak berapa nak ingat nama kedai tu, tapi dia punya air white lady (sila rujuk gambar di bawah) memang sedap. nama white lady, rasa macam cocktail aje.

Photobucket

penat punya pasal, lepas makan terus balik ke hotel. sempat transfer gambar ke external hard disk berikutan CF sudah penuh. malamnya kami melantak makanan laut kat rooftop tempat letak kereta. sempat jugak aku rembat 2, 3 ekor udang goreng yang sungguh menggiurkan sambil berkata dalam hati "lantak lah malam ni badan gatal-gatal pun". nekad di situ ya.

aktiviti seterusnya adalah melepak di Padang Merdeka bersama-sama Amer Bourdon. tapi tak lama pun lepak situ. lepas kena kencing dengan Amer, terus dia ajak melepak di Barok, kawasan seberang sungai dari Waterfront.

Photobucket

ok sekarang sudah masuk hari ketiga yakni hari terakhir. sarapan pagi terakhir adalah rojak Kuching. bukan rojak KUCING yer. gila apa nak makan kucing. ouh, kat sana mereka panggil kucing tu pusak.

Photobucket

haa ni sebahagian daripada sourvenir yang telah diborong secara bertalu-talu.

Photobucket

kami check out hotel lepas memborong kain-baju-keychain-pen-apa semua jenis sourvenir. murah kut hotel ni. siapa-siapa nak mencuba kemurahannya, tu ada nombor telefon tertera di bawah.

Photobucket

sebelum memborong kek lapis, singgah makan ais krim kat Scoops ni kejap. sedap woh ais krim dia.

Photobucket

makan ais krim sudah, borong kek lapis pun sudah. sekarang mahu borong ikan terubuk masin pulak. kat tengah-tengah Pasar Satok a.k.a. Sunday Market ni (walaupun hari Sabtu), ada 1 gerai nama U.I.T.M ; Usahawan Ikan Terubuk Masin. ikan-ikan kat situ sopan je beratur elok-elok. masing-masing pun nampak segar-bugar.

Photobucket

sedar tak sedar dah nak balik. nak keluar makan dengan Amer dan cikaronya pun tak sempat. makan kat airport jer.

Photobucket

terima kasih lah banyak-banyak kat Emmy sebab bawa kami jalan-jalan derak-derak cari makan kat sana. walaupun masing-masing gemuk bersesak-sesak dalam myvi putih beliau, tapi tetap boleh sampai ke mana-mana.

terima kasih juga kepada Zam kerana lens-nya itu. nasib baik ada lens dia, boleh lah menembak tak ingat dunia sampai 1600++ kepings.

oh lupa plak nak memperkenalkan holiday-mates dan pemandu pelancong.
dari kiri : melur, shepha, emmy, mija, zaren, ehem ehem.

Photobucket

notakaki : banyak betul makan dalam masa 3 hari tersebut. rasa macam dah naik 2 kilo jer ni.

15 tukang komen:

zonaku said...

ko naik x sampan tu????? aku teringin sesangat nk naik... tp x jadi..............

moment said...

byk keychain.. mana utk aku?? nmpk sgt ko tak igt aku kan? huhu

ewww byk gile taugeh kt pic atas.. klu aku... haih!~

sharamli said...

kucing panggil pasuk ke?
kal0 xsilap aku anjing di0rang panggil as0k...

moment said...

kucing dorg panggil Pusak.. =)

Kuwe said...

apsal berpuaka sangat rojak kucing?

Anonymous said...

patutlah ko gumuk masa kat fradoo

hahaha

mia sarah hemiza said...

itu mmg gunung santubong pon. ko kena baca cerita puteri santubong. best oh.

btw, mane ole2 utk aku??
waaaa.. nak

Masy said...

rojak kucing. pastu jmpe misainye dlm rojak. fuh. nightmare. HAHAHAHAHAH

k.e.r.i. said...

zonaku ~
sampan 40 sen tu ke?
mesti lah naik.

moment ~
ada je. aritu lupa nak kasi.

sharamli ~
yezza.

kuwe ~
puaka tak puaka.
gua rembat HAMPIR 2 pinggan.

monkey d luffy ~
jangan la cakap gemuk.
berisi tak terasa hati sangat. LOL.

mek.mizah ~
aku nak kasi ikan terubuk tak nak.
demand!

masy ~
liar betul imaginasi dia ni.

HEMY said...

patut muka teruja kat fradoo ckp pasal mkn..mmg byk makan

rAmiZa.mY said...

tu laksa sarawak lah!


pies:nekad xpe jgn naked :p sengal

Erina Asmawani said...

hahaha..bukan aku sorg je yg perasan ko makin montel..hemy n kapten pon perasan gak rupenye..yg 1st tu laksa sarawak la..nyuumm.sodap tu!! Peberet aku mase study sane dulu..

ko terjah pasar satok tak??

FarEast said...

naik berat x per bro ... time berjalan la kita merasa makanan negeri lain ;)

k.e.r.i. said...

hemy ~
benda kegemaran, mesti lah dengan penuh minat.

ramiza.my ~
mana aku ingat nama.
banyak kut mee-mee yang kita makan.

erina asmawani ~
terjah lah.
err, pasar satok = sunday market kan?

FarEast ~
setuju bro! haha

rAmiZa.mY said...

kte mkn:

1. mee kolok
2. kuey teow n mee crispy tomato
3. bihun belacan..

3 je la!

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.