Wednesday, March 31, 2010

ajak qiamullail kut...

sabtu lepas kawan aku si afi ajak gi ngeteh kat area sri petaling. agak jauh lokasi ngeteh malam itu. dah bosan kut asyik-asyik ngeteh kat puchong je. sekali sekala kena lah jugak keluar dari kepompong. baru lah maju sikit. sikit je lah.

sampai sana kami tengok gerai tepi jalan dah penuh dengan brader-brader tabligh ngah mengeteh. jadi kami sebulat suara untuk mengeteh di mamak. lagipun mamak ada tv besau, gerai ada tv kecik je. kebetulan pulak chelsea tengah kenduri. layan lah pulak ngeteh edisi malam tu.

lepas habis ngeteh masa jalan kaki on the way ke kereta, ternampak sorang brader tabligh duk gayut kat tangga depan kereta kami. kejap kejap gelak kejap kejap ketawa. riang ria betul gayanya.

afi : tabligh pun gayut jugak ke?

aku : apa yang peliknya. tabligh pun ada henset jugak.

afi : takkan gayut tengah-tengah malam. tabligh pun ada awek ke?

aku : mana tahu gayut dengan bini dia.

afi : mungkin dia kejutkan bini dia bangun qiamullail.

bersangka baik jugak dak afi ni rupanya. tak sia-sia kau dapat kawan macam aku.

Monday, March 29, 2010

penanaman cara moden...

bawang merah

bawang putih

semalam aku rasa nak buat murtabak meggi.
ambil meggi, lepas tu buka peti sejuk nak ambil telur.
tiba-tiba aku nampak ada benda hijau kat rak bawah rak telur.
astaga. dah lama sangat ke dapur rumah aku tak berasap?

Thursday, March 25, 2010

mereka dah strikethrough 1 matlamat hidup...

sejak 2, 3 bulan kebelakangan ni, ramai betul kawan-kawan yang membina masjid. bina masjid jauh-jauh pulak tu. jadi banyak kali lah brader posmen hantar kad jemputan perkahwinan ke rumah aku. ada jugak pesen main tag-tag kat facebook je. takpe lah, asalkan menjemput.

kalau berkesempatan dan takde aral melintang kat tengah jalan, boleh lah aku pergi. kalau tak nampak batang hidung aku kat majlis korang tu, mintak maaf banyak-banyak lah yer. niat nak pergi dah ada, perbuatan je takde. apa-apa pun, sekarung tahniah untuk korang semua dan selamat berbahagia sampai dapat cucu.

Photobucket

ini kad dari Ed dan Ayu. belah Ayu masa raya cina itu hari, kat Dungun je. tapi tak sempat pergi sebab takde kenaikan. maklum lah, aku ni car-less. belah Ed pulak 5 hari lepas kat Ipoh. tak dapat lah nak pergi. saing-saing pun takde mengajak. ouh, dua-dua ni dak fakulti aku dulu.

Photobucket

ini pulak majlis Khairul Nazri a.k.a. keyo kat Bukit Bayas, Terengganu. dia ni kawan sekolah menengah dulu. takde la rapat sangat tapi satu sekolah kut, mesti lah nak meraikan saing-saing yang menamatkan zaman bujang. bini dia, Mardhiah (kalau tak silap aku lah), junior kami. dalam gambar atas tu semua jejaka-jejaka sekolah aku. gambar-gambar awek-awek-pernah-pakai-tudung-labuh dengan pasangan pengantin takde lah pulak aku jumpa.

Photobucket

kad warna oren ni kad kahwin Jamsari dan Syura. dieorang ni pun dak fakulti aku gak, classmate Ed ngan Ayu. dua-dua orang Utagha. masa tu ceq kat Terengganu. jadi faham-faham je la.

Photobucket

Nas atau nama penuhnya Siti Nasriah adalah budak kelas aku yang ketiga kahwin lepas habis belajar. nasib baik lah dia punya kenduri merangkap gathering dak kelas jatuh pada hari sabtu. jadi boleh lah konvoi ramai-ramai ke Manjung. cinta tahun 1 dengan Hakim si abang jual berger depan asrama berakhir di jinjang pelamin jugak akhirnya.

Photobucket

lepas kenduri Nas kat Manjung, hari ahad tu kenduri si Arcmal dan Intan pulak kat Dewan Sivik Petaling Jaya. punya lah kami tak tahu kat mana dewan ni sampai tawaf kawasan tu 4 kali. sampai pun dah petang, nasib baik lah makanan tak habis lagi. si Arcmal ni senior masa kat universiti dulu, tapi lain kos lain fakulti.

Photobucket

Hemy punya kenduri kat Sabak Bernam ni aku tak sempat pergi. dah plan baeeek punya dengan Wafa, tapi last minute tak jadi. sori Hemy, sori Wafa, tuhan dah kata 'kun faya kun'. nak buat macam mana.

notakaki : kita tengok kad siapa pulak sampai kat rumah lepas ni.

Tuesday, March 23, 2010

snippets pasal diri sendiri...

1. Hari ni hari lahir kakak aku #3. aku tak ingat berapa umur dia, tapi dia pernah cakap dia ambil SPM sama tahun dengan Siti Nurhaliza.

2. Hujung bulan depan syarikat tempat aku bekerja akan buat company trip ke Melaka. duh, takde tempat lain ke nak buat? nak je aku ajak gi Singapura, tiket Air Asia 29 ringgit je satu hala.

3. Kesian kat kawan aku hampir-hampir kehilangan kekasih hati. tadi aku temankan dia cari cincin nak pujuk kekasih hati dia balik. agak-agak cair tak perempuan tu?

4. Aku rasa macam dah lama sangat aku tak guna Adobe Photoshop. ada siapa-siapa nak kasi gambar untuk aku editkan?

5. Tabiat buruk masa tengok Astro; aku akan tukar-tukar saluran sampai aku jumpa cerita yang best. susah betul lah bila ada Astro ni. banyak sangat pilihan.

6. Anak saudara aku ke 25; Qaleesha lahir 1 Mac lepas. mati-mati aku ingat aku ada 26 anak saudara sebelum ni. ramai sangat anak saudara, mana nak ingat.

7. Berat badan aku naik 2 kilo sejak awal tahun lalu. jangan tanya macam mana, aku sendiri pun tak tahu. tapi berat badan aku masih unggul.

8. Malam tadi aku dah buang 800++ keping gambar dari memori telefon bimbit. sekarang tinggal 300++ keping lagi. 3/4 dari jumlah keseluruhan adalah gambar objek.

9. Hormon emo + hormon jiwang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. mesti aku ada salah makan ni.

10. Wisdom teeth aku dah lama tumbuh. cuma sejak 2, 3 hari ni jer dia baru nak berdenyut-denyut. terpaksa mengunyah di sebelah kiri mulut sahaja.

11. Aku sebenarnya ada banyak benda nak update kat blog. tapi biasalah, sibuk memang selalu menjadi alasan pilihan.

Wednesday, March 10, 2010

kepada yang belum mengawan...


lirik dia mendalam sungguh.

Sunday, March 7, 2010

Kuching : hari #2 dan hari #3

untuk entri Kuching : hari #1, aku rasa tak perlu lah nak bercerita panjang lebar sebab si Erina dah tolong buatkan jalan cerita dan ia hampir tepat. tahniah kepada beliau. sekarang mari bercerita pasal hari kedua pulak. ayuh!

mee kat bawah ni aku lupa apa nama dia. yang pasti ia sedap. memang kena sebagai sarapan pagi. tengok isi-isi ayam tu. perghh. meleleh weh.

Photobucket

perut dah kenyang, jalan-jalan lah pulak kerjanya. ni on the way ke Sarawak Cultural Village. nampak tak gunung tu? aku rasa tu Gunung Santubong.

Photobucket

pass ni membukti bahawa aku dah jejak kaki kat Sarawak Cultural Village. muahahaha. *gelak terrorist* harga untuk dewasa adalah RM60. tapi kami bayar Rm15 je mengikut kadar harga pelajar. kad pelajar UTeM mana ada tulis expired date. jadi sampai bila-bila pun kami ni pelajar UTeM. haha.

Photobucket

dah habis bergambar sana bergambar sini, berjoget sana berjoget sini, kami makan pukul-4-petang kat restoran Lock Ann. aku pun dah tak berapa nak ingat nama kedai tu, tapi dia punya air white lady (sila rujuk gambar di bawah) memang sedap. nama white lady, rasa macam cocktail aje.

Photobucket

penat punya pasal, lepas makan terus balik ke hotel. sempat transfer gambar ke external hard disk berikutan CF sudah penuh. malamnya kami melantak makanan laut kat rooftop tempat letak kereta. sempat jugak aku rembat 2, 3 ekor udang goreng yang sungguh menggiurkan sambil berkata dalam hati "lantak lah malam ni badan gatal-gatal pun". nekad di situ ya.

aktiviti seterusnya adalah melepak di Padang Merdeka bersama-sama Amer Bourdon. tapi tak lama pun lepak situ. lepas kena kencing dengan Amer, terus dia ajak melepak di Barok, kawasan seberang sungai dari Waterfront.

Photobucket

ok sekarang sudah masuk hari ketiga yakni hari terakhir. sarapan pagi terakhir adalah rojak Kuching. bukan rojak KUCING yer. gila apa nak makan kucing. ouh, kat sana mereka panggil kucing tu pusak.

Photobucket

haa ni sebahagian daripada sourvenir yang telah diborong secara bertalu-talu.

Photobucket

kami check out hotel lepas memborong kain-baju-keychain-pen-apa semua jenis sourvenir. murah kut hotel ni. siapa-siapa nak mencuba kemurahannya, tu ada nombor telefon tertera di bawah.

Photobucket

sebelum memborong kek lapis, singgah makan ais krim kat Scoops ni kejap. sedap woh ais krim dia.

Photobucket

makan ais krim sudah, borong kek lapis pun sudah. sekarang mahu borong ikan terubuk masin pulak. kat tengah-tengah Pasar Satok a.k.a. Sunday Market ni (walaupun hari Sabtu), ada 1 gerai nama U.I.T.M ; Usahawan Ikan Terubuk Masin. ikan-ikan kat situ sopan je beratur elok-elok. masing-masing pun nampak segar-bugar.

Photobucket

sedar tak sedar dah nak balik. nak keluar makan dengan Amer dan cikaronya pun tak sempat. makan kat airport jer.

Photobucket

terima kasih lah banyak-banyak kat Emmy sebab bawa kami jalan-jalan derak-derak cari makan kat sana. walaupun masing-masing gemuk bersesak-sesak dalam myvi putih beliau, tapi tetap boleh sampai ke mana-mana.

terima kasih juga kepada Zam kerana lens-nya itu. nasib baik ada lens dia, boleh lah menembak tak ingat dunia sampai 1600++ kepings.

oh lupa plak nak memperkenalkan holiday-mates dan pemandu pelancong.
dari kiri : melur, shepha, emmy, mija, zaren, ehem ehem.

Photobucket

notakaki : banyak betul makan dalam masa 3 hari tersebut. rasa macam dah naik 2 kilo jer ni.

Thursday, March 4, 2010

Kuching : hari #1

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

notakaki : takde masa nak bercerita. lain kali.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.