selepas ini dan ini mengupdate menggunakan tajuk entry yang sama,sekarang tibalah giliran aku. walaupun sebenarnya idea ini datangnya dari otak geliga aku,tapi takpe, aku tak mintak pampasan. haha.
minggu lepas, telah berlangsung APPAS bersempena pertunjukan belon panas di putrajaya yang panas. agak mengejutkan apabila abaan pok ya juga menyertai YSK untuk edisi kali ini.haha. bosan duk putrajaya barangkali.
* APPAS : Aktiviti Piknik Putrajaya Anjuran Shepha
* YSK : Yubiyu Sayap Kiri
aktiviti dimulakan dengan acara memenuhkan perut di alamanda.
acara kedua adalah acara membakar lemak. tetapi hanya lemak di tangan yang berkurangan. sedikit di kaki dan lemak di perut langsung tidak terusik.
L untuk Lang Legar a.k.a. Lopan
L untuk Lalang
E untuk Encree
D untuk Darknight
S untuk Shepha
pertandingan kali ini pada asalnya adalah pertandingan bowling di antara YSK. kemudian bertukar sekejap kepada pertandingan di antara BITS dan BITD. tetapi akhirnya bertukar pula kepada battle of the sex apabila kedua-dua peserta wanita mengalami kemerosotan jatuhan pin. oh, mungkin kalah teruk kerana kehabisan tenaga. dan juaranya? ehem ehem.
sebelum menyaksikan pertunjukan belon panas, sempat menemani Miss Exec membeli seterika baru di Carrefour Alamanda. kemudian disusuli membeli barangan keperluan untuk APPAS. sedikit maklumat tambahan. bagi Miss Exec, Carrefour tu macam kedai runcit je. huish, dahsyat sungguh.
akhirnya, belon panas yang ditunggu-tunggu sudah muncul.
bentuk belalai gajah pun ada.
ini adalah perkara wajib...err wajip dilaksanakan dalam mana-mana aktiviti YSK. mereka akan auto-melompat apabila berhadapan dengan lensa kamera.
kesian budak ni, terkial-kial menyelamatkan diri dalam belon atas tasik. saling tak tumpah macam hamster kena dera.
tapi apa kaitan tajuk entry dengan belon panas?
oh, sebenarnya semasa sampai di presint 2 tempat pertunjukan belon panas berlangsung, cik bibah kepunyaan miss exec sudah pun lekat dalam selut. kami teruskan juga APPAS tanpa menghiraukan keadaan cik bibah. selesai APPAS baru menjalankan misi menyelamatkan cik bibah. sempat jugak cik bibah main-main renjis selut dengan lopan sebelum pulang. haha.
notakaki : kredit kepada kamera lopan. tu pasal lambat update.
Gagal
5 months ago
10 tukang komen:
gambor sume ekselen.. gua dah nak kagum2 ngan lu tadi.. dah lu kabor lopan punye kamera gua nak salut dia ah!
paiseh ~
kamera memang lopan punya.
tukang amek gambor nya aku.
sebab tu gambor sek-sek dia je banyok.
haha.
w. hidney ~
takjub = menakjubkan
~~cantik bebenor gambo!!!
cool main balloon tu dkt atas tasik ... hehe ... tak sempat nak tgk hot balloon nie ... dah kena travel ... rugi btol ... selut?? lecak je jot ... hehe
re : owh! keje network engineer ... tu yg kena travel byk ... hehe
lalang ~
gambor cantik ke orang dalam gambor yang cantik?
ahahaha.
FarEast ~
takde la rugi sangat pun.
dalam lecak pun selut jugak.
hehe.
::: [hehehe] very funny at the
::: end of this story.. tu ler aku
::: cari jugak kaitannyer dgn tajuk
::: entry nih.. mcm mana boleh ter
::: masuk dlm selut tuh? dok kat
::: tepi tasik ker? [huhu] neway
::: shots2 event belon panas nih
::: sooo beautiful.. no. 3 last tuh
::: shot yg paling menarik!
hamoi2...
wat aksi lompat melompat tak ajak yanie yer.....
(^_^)
♥Yanie Putrajaya♥
*********************************
reactivatezul ~
orang dalam pic tu macam mana?
yanie putrajaya ~
lopan ingat nak ajak cik yanie.
tapi takde contact number.
haha.
guane mung bleh sapa PJ tu...aku nak gi doh tp sibuk bai!!!
GERAMNYA dgn projek bertimbun macam tingginya KLCC!!!
seepot seedot ~
puchong - PJ bukan jauh sangat boh.
ingat bangi je dekat dengan PJ?
haha
Post a Comment