Friday, March 6, 2009

bagai kambing menanduk bukit...

2 minggu lepas aku balik kampung. balik semata-mata nak ambil exam. exam apakah? exam yang sama je dengan shepha dan nughul. nama rasmi exam tersebut; Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam - Pegawai Tadbir dan Diplomatik. pergh, gila panjang nama exam. nama nak gempak kan. memang ler, jawatan tu bukan calang-calang weyh. keje dengan menteri tu. siapa-siapa yang dapat memang bertuah la. tambah lagi budak-budak baru habis belajar. pakcik-dalam-tenet amek exam 5 kali pun tak lulus-lulus.

balik pun bukan semata-mata exam tu jugak la. since exam tu buat kat hometown, (ceh tak nak reveal kampung kat mana kunun), jadi nawaitu dalam hati balik sebab nak jenguk kaum kerabat keluarga je la. lagi satu, nawaitu sebab nak amek IQ test dan pengalaman.(sebab da tahu memang takkan lepas punya) nanti kalau orang tanya kau pernah amek exam PTD, dengan bangganya aku jawab, "pernah, ko pernah?". ceh, amek exam je pun. haha!

soalan dia takde la susah mana. cuma kepala otak memang kena penuh dengan segala benda pasal Malaysia la, tu saja. kalau kau orang bangla, lain cerita la. semua sekali ada 5 bahagian. bermula dari pukul 9.30 pagi sampai 4 petang. ada soalan matematik, karangan bahasa inggeris, karangan bahasa melayu, pengetahuan am dan pemahaman. dalam bahagian pengetahuan ni la kau kena tahu pasal malaysia. sukan, hiburan, undang-undang dan segala macam lagi. senang cerita dari A sampai Z la.

dalam soalan pemahaman, banyak peribahasa pelik-pelik yang akan keluar. dia punya peribahasa memang sangat dahsyat. sebagai contoh, tu tajuk kat atas. memang rare. disyorkan untuk merujuk kepada Karam Singh Walia untuk bahagian ni. tapi tak perlu nak belajar gaya angkat tangan macam dia tu.

owh, lupa nak bagitahu. bahagian karangan ada 3 soalan je, perlu pilih 1. bahagian lain ada lebih kurang 60 soalan, dan perlu dijawab dalam masa 45 minit. mana sempat beb!

Terengganu Equestrian Resort - tempat kejadian.

notakaki : sampai sekarang aku tak tahu apa maksud bagai kambing menanduk bukit.
notakakipalsu : aku pakai handset cap ayam. takleh snap gambau dalam dewan exam.

14 tukang komen:

Munirah Abd said...

wakakak soklan apakah itu?? bagai kambing menanduk bukit..

mmg patut tanya karam sing walia..

tp kan camna korunk leh amik exam ni..hehehe

semy said...

bagai kambing menanduk bukit::peribahasa yg membawa maksud perbuatan kambing yg bodo pi tanduk bukit wat pe..pi la nanduk bola ke sepok ke...bodo kan kambing..bodo cam kambing.

p/s:bukan bodo cam lembu ke?

paiseh said...

peh.. jadi orang gomen...
misti kepuk2 duit kekgi.
banjer boling laa seround!

Lang Legar said...

kalau die tanye bagai kuda menanduk bukit mungkin ko bley try terus kat tempat equestrian tue haha...

k.e.r.i. said...

munirah abd ~
entah pape soalan dia.
apply kat spa la kak mun, mana lagi.

semy ~
bodoh macam kambing.
tu peribahasa ko yang reka.

paiseh ~
takdok can la boh nok keje gamen.
susoh kemain.

lang legar ~
tahu takpe.
nak je aku suh kuda-kuda tu menanduk bukit.

Shepha said...

setelah selesai menjawab paper terakhir exam ni,beliau menghantar sistem pesanan ringkas kepada saya yang berbunyi begini

"bagai kambing menanduk bukit.haha"

saya pula membalas sistem pesanan ringkas beliau

"bagai belacan dipotong dua"

sif said...

peribahase cam nerake!
ahaks~

k.e.r.i. said...

shepha ~
bila plak hang nak update bagai belacan dikerat dua.

missy suzi ~
nerake-nerake pun bahasa ko jugak!

Shepha said...

bakal.jap lg aku hapdet.

lalang said...

hahaha....seb baek ada peribahasa yg aku paham cam bagai itik pulang petang!!!

nis n4d (*_~) said...

adehhh...

bagai retak menanti belah...

bru aku brangan nk apply gak..

haha..

susoh kemain wey! adoi

k.e.r.i. said...

shepha ~
aku tunggu cam mana hang elaborate bagai belacan dikerat dua.
upload sekali dengan gambar la weyh.
gambaq belacan kena kerat.

lalang ~
yang tu je aku tahu drpd semua jawapan dia.

nis nad ~
apply je weyh.
mana tahu ade rezeki.

BonD JeLLa said...

lina pn apply PTD, mu pn apply PTD...aku?

k.e.r.i. said...

bond jella ~
aku ada jupe lina masa exam aritu.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.