Thursday, April 29, 2010

halwa telinga...

"aku tak mau bicara... sebelum kau cerita semua... apa mau mu... siapa dirinya... tak betah bila ada yang lain... jangan hubungi ku lagi... ini bisa jadi yang terakhir... aku ngerti kamu... kau tak ngerti aku... sekarang atau tak selamanya..."

jangan salahkan aku kalau aku asyik ulang lagi ni dari pagi sampai pagi esok nya. ni semua salah John. asal naik kereta dia je dengar lagu ni. dengar lagu ni je mesti dalam kereta John.

nak dengar? meh sini.

aku pun anti jugak dengan lagu indon kadang-kadang. err, lagu ni terkecuali lah kut.

Tuesday, April 27, 2010

penat korang tengok, penat lagi aku berjalan-jalan...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

notakaki : trip 2 hari 1 malam pun dah cukup untuk membuatkan aku tidur berdengkur.

Saturday, April 24, 2010

maghrib & malam...

Photobucket

Photobucket

lokasi : tasik bekas lombong belakang rumah.

Thursday, April 22, 2010

2 jenis pesen...

mEnyAmPAh beTuL biLa baCA OraNG meNuLis pEsEn gInI. enTaH gUrU bAhASa mElAyu Mana yanG aJaR puN aKU taK TahU lAh. sEkeJaP kECik SeKEjaP beSaR. bErpINaU jugAk mATa mEmbACa pESen bEsaR kEciK BesAR keCIk maCAm nI. tAk bOLeh kE meNaip iKUt tATatErtIb nOrmAL? bUkaN seNanG naK fiKIr mAna SaTu nAK kEcikKAn, maNa sAtU nAK bEsaRkan. meNaiP 2,3 aYAt nI pUn aKu dAh rASa cUkUp SEksA.

iteww pesen taip kecik besar kecik besar. adew jugak pesen tambah dabel-u kat belakang. penambah rasa agaknyew. kalau baca ikut cara ejaan, tak ke muncung mulut jadinyew? kat manew-manew pun boleh jumpa. dalam facebook pun adew. kalau baca dalam blog takde lew menyampah sangat, tapi kalau tengah chatting pun nak guna ayat-ayat macam iteww, nak jew aku ketuk atas kepalew.

notakaki : ada pesen lain yang aku tak tahu?

Friday, April 16, 2010

Qaleesha & Aqim, selamat datang ke keluarga Haji Ibrahim. Al-Fatihah untuk Aliff...

waahh. aku dapat anak saudara lagi. seorang lelaki, seorang perempuan. tapi bukan kembar. mak bapak lain-lain. bermakna makin bertambah lah belanjawan raya aku tahun ni.

minah di bawah ni lahir pada 1 Mac 2010 kat Hospital Temerloh. mama papa dia kasi nama Nur Anis Qaleesha.

Photobucket

ini pulak Adam Mustaqim. angka giliran beliau adalah 26. lahir pada 28 Mac 2010. sama tarikh lahir dengan kakak dia, Ain Maisarah.

Photobucket

.


hari rabu lepas, masa kat pejabat, tetiba mak aku telefon. katanya anak saudara aku si Alif dah takde. ingatkan kena culik ke apa. lepas tu aku telefon abang ipar aku pulak. memang sah anak saudara aku ni dah takde. punca kematian : tercekik bebola ikan. nauzubillah. tetiba blur kejap, pastu mintak cuti dengan bos. Mija datang amek dan hantar ke stesen lrt bukit jalil. jumpa ayah aku kat Hotel Citrus sebab kebetulan dia ada kursus kat KL kemudian terus balik Terengganu dengan abang aku yang datang dari Ipoh.

sampai kampung pukul 10.30 malam, solat jenazah dan terus kebumikan. Alhamdulillah, semua dah selamat.


Photobucket

gambar terakhir arwah masa sama-sama gi pesta buku pwtc.

Al-Fatihah untuk arwah Wan Nur Aliff. T_T

berita dalam kosmo di sini

Sunday, April 11, 2010

bila masa gua jadi penyokong MU?

minit-minit terakhir perlawanan antara Chelsea dan Aston Villa, Frank Lampard sempat lagi sumbat sebijik gol. keadaan rumah aku dah jadi riuh rendah. apa yang rendah aku pun tak tahu.

Junid give-me-five kat Hakim.

lepas tu give-me-five kat John.

Junid tak give-me-five Isey sebab dia sek Arsenal.

Junid pusing belakang nak give-me-five kat aku. "Demo sek mano?"

err. nak mengaku mana satu pun tak tahu sebab aku sokong pasukan yang menang aje. tiba-tiba Hakim pulak menyampuk.

"Dia sek M.U. dia ada baju M.U". terus Junid tak jadi give-me-five kat aku.

deym. bila masa pulak aku register masuk kelab penyokong M.U.? ni semua gara-gara sweater M.U.r.a.h. tu.

Photobucket

notakaki : sekali-sekala aku nak tunjuk muka berlagak. haha

Tuesday, April 6, 2010

kau faham?


mok
aku nok tubaik

mok
disember ni ujang yang berderohong
mengukir seribu mimpi hadir malang
aku rindu pade pacat dan litoh
aku rindu pada ulat belucas dan woh getoh
aku ingin berjeluah dengan selut yang kotor
aku ingin main chor

biar lah ade yang mengayat
mencari saing untuk bederat
bior aku yang perambat
bior lah ade yang mengakok
mencari ubi turok
bior aku yang timbok mok

mok
aku nak tubaik, aku nok balik
aku tau mok belibir berong maroh
sebab aku dakmboh skuloh
aku nok cube cari diri aku
pedie aku sebenornya

aku belajor jadi kubor jenuor
dok seke stabok bila aku tengok TV
saing rudong aku adalah HIV

mok
aku serik doh
duduk dalam rumoh batu, pitu besi
mari lah mok ambik aku wak lari
juallah lembu kubo too
mari tebuh aku ni
wak tubik aku mok

mok
aku nok balik, aku nok tubaik
nak sujud nak cium tangang mung mok
aku teringin nak tumbok beng
aku teringin nak wak bo'oh
aku nak sedekoh patihoh kubo ayah
ambik lah aku wak tubik mok
aku kenal doh pedie aku sebenornya mok
aku kenal doh pedie kawang pedie lawang

mok
aku kenal doh tikor sejadoh
aku kenal doh hok mane pekdoh hok mane bejadoh
aku dak mboh isap dadoh doh
riku aku dakmboh doh

ku gugur kang segala rinduku pada kapung laman
pada huma
pada baroh
pada urung
bior lah aku duduk dalam gok ayang
aku dakmboh duduk dalam gok urang

mok
kalu aku mati
hadiohlah kakku patihoh

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.