Friday, October 30, 2009

wa tak leti baca tulisan cina lor...


pantang aku buat entry baru, mesti ada je komen-komen seperti di atas akan keluar.
ingat aku ni reti baca tulisan cina agaknya.
kang nak letak word verification apa bagai, kang kata blog aku tak mesra tukang komen pulak.
ni apa cara nak mengatasi ni?

Tuesday, October 27, 2009

kalau tak ada petua, pemuda pun boleh lah...

siapa ada petua nak hilangkan bisul?
sakit siot bisul ni keluar kat peha belah kanan.
nak duduk pun tak berapa nak sedap ni.

notakaki : time gua busy ni lah banyak penyakit datang.

Wednesday, October 21, 2009

ini mungkin sekali seumur hidup...

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. setelah penat berhempas pulas selama 3 tahun setengah, akhirnya dapat jugak aku konvo dengan jayanya. tiada insiden atau kecederaan fizikal berlaku sepanjang bergelar mahasiswa. cuma sedikit kecacatan mental ketika proses menyiapkan Projek Sarjana Muda a.k.a. Projek Sakit Mental ketika di tahun akhir. pagi Ahad 4 Oktober 2009 di Dewan Besar UTeM Kampus Tetap Durian Tunggal, aku dengan rasminya berstatus bekas pelajar UTeM. yihuu!!

kad kaler biru. cool~~

sebelum raya masa semua orang duk teruja nak sambut raya, budak-budak UTeM kebanyakannya lebih teruja membuat persiapan untuk berkonvo bila kad jemputan konvo sampai di rumah masing-masing. sekali seumur hidup kut. yang dah diploma lain cerita lah. cuti raya pun semua stok ambil sikit-sikit je sebab nak simpan untuk konvo.

hari Khamis dan Jumaat semua menuju ke Melaka untuk urusan pengambilan jubah apa semua. hari Sabtu bermulanya majlis konvokesyen sesi pertama pada sebelah pagi dan sesi kedua pada sebelah petang. aku, Shipa dan Zaren juga menyibukkan diri untuk menunggu Mija, Melur dan kawan-kawan yang lain keluar dari dewan dengan muka yang berseri-seri.

hari Ahad, pagi-pagi lagi sudah terpacak di Dewan Besar. menunggu giliran menerima skrol dari TYT Melaka. sumpah bosan duk dalam dewan. ketika ini, aksi-aksi camwhore mula berlaku walaupun sebarang kamera tidak dibenarkan. sempat mengupdate status Facebook dan membalas sms daripada Encik Basir, Kak Erina, Zara, ex-kapel dan lain-lain yang mengucapkan tahniah. lebih kurang pukul 1 tengah hari baru keluar. terima kasih kepada keluarga untuk jambangan bunga, Zaren untuk teddy flower, Mija untuk teddy bear dan mak Shipa untuk bunga ros merah.

bunga gua dapat

beruang kena cucuk bontot

terima kasih kepada ahli keluarga yang datang dari Terengganu.

family gua

terima kasih juga kepada Mija kerana menjadi jurugambar rasmi pada hari itu. aksi-aksi melompat terlentang atas rumput baling jubah semua aku dah upload kat Facebook.

Shipa Zaren Keri Mija Melur

notakaki : sebelum cerita konvo jadi basi, baik aku update cepat-cepat walaupun mood mengupdate langsung tak mari.

Thursday, October 15, 2009

kalau dah malas, takleh nak buat apa daa...

ini entry malas.
serius malas nak update blog.
penat? mungkin.
kekeringan idea? mungkin.
malas? berkemungkinan tinggi.

perihal Konvokesyen UTeM 2009 masih belum di update.
banyak woh gambar nak kena pilih.
gambar dalam facebook itu pun penat aku pilih satu-satu.
semua gambar berjumlah tambah tolak bahagi darab ada 600 keping.
sikit? aku bukan pro photog nak tembak sampai ribu-ribu keping.

minggu lepas punya acara makan ramai-ramai di rumah mek pun belum di update.
(acara makan ramai-ramai mek kata, bukan rumah terbuka)
ini pun beratus jugak gambarnya.
nasib baik kamera aku kehabisan bateri.
yang pasti, lepak rumah mek memang sangat kenyang.

Photobucket

sebab entry ni plain sangat, ni aku tempek gambar ratu kebaya @ Putrajaya.
Selamat Hari Tua Mija.

dan Selamat Hari Tua juga kepada budak-enjin-WKD8811.

Wednesday, October 7, 2009

kasi preview sikit...

gua dah konvo!

Thursday, October 1, 2009

pelbagai acara boleh dilakukan ketika hari raya...

ye ye. aku tahu raya dah seminggu lebih.
orang lain dah lama tempek gambar raya kat blog masing-masing, aku baru nak tempek.
lantak lah, aku busy bai.
jemputan rumah terbuka sana sini, mana sempat nak update. (padahal pesen pemalas)
ini pun aku sanggup bangun awal-awal pagi semata-mata nak kecikkan gambar, muatnaik Photobucket pastu tempek dalam blog.

kalau aku dah tempek gambar banyak-banyak ni, malas la pulak nak cerita panjang-panjang kan.
anggap je lah ni sesi cerita bergambar.

Photobucket
malam raya, sebelum jadi tapai.

Photobucket
pulut kena bungkus dalam daun getah = tapai

Photobucket
ini tapai dalam periuk. bukan burung jinjang. LOL.

Photobucket
bergotong-royong membungkus tapai. tugas aku kena potong lidi je.

Photobucket
nasik minyak ni memang sedap woh.

Photobucket
pesen tak sedar diri, dah besau panjang main bunga api lagi.

Photobucket
almond Marang. asyik-asyik London je dapat nama.

Photobucket
tengah-tengah malam baru aku teringat duit raya tak masuk sampul lagi. sorang dapat sekeping kaler hijau cukup. kaler merah tak dapat jek.

Photobucket
pagi raya yang pink. dayang, itu sepit rambut hasil kerja tangan ko. dipuji ramai. (promosi percuma untuk ko ni)

Photobucket
keluarga ini kebiruan. keluarga ni jenis mak bapak je yang teruja nak bergambar, anak steady je.

Photobucket
ini tak cukup ahli. sorang buat perangai pagi-pagi raya.

Photobucket
itu abang aku yang tak bersongkok. iyer, abang kandung. muka langsung takde iras.

Photobucket
yang paling kiri tu pakai baju raya tahun lepas. pengakuan ikhlas ni weh.

Photobucket
family gathering sebelah ayah. hari raya ke 2 aku habis kat sini je. mana sempat nak beramah mesra dengan 200++ ahli keluarga.

Photobucket
syafiqin & wak lah. nama entah pape wak lah. mereka tergolong dalam kategori anak saudara.

Photobucket
anak saudara yang kembar. aku pun tak tahu mana satu nana, mana satu shasha.

Photobucket
anak saudara ni baru sekali jumpa kut. nama pun aku tak berapa nak ingat.

Photobucket
ini semua kategori kakak-kakak yang tak sama pattern. kecuali baju ungu tu. itu anak saudara aku lah woi. aku mana ada adik.

Photobucket
ibu-ibu yang tercapai hasrat mendapat anak perempuan.

Photobucket
kakak #1. itu yang baju pink tu Ain Maisarah perangai macam kucing, suka gomol-gomol aku.

Photobucket
tiba kategori veteran untuk bergambar. kelihatan di situ mak-mak saudara, pak-pak saudara semua ada. tiri punya version pun ada.

Photobucket
ini keluarga aku. tak berapa nak cukup ahli.

Photobucket
penat gathering tak habis lagi, malam tu sepupu aku bertunang pulak.

Photobucket
ini tunang dia. aku tak pro nak tembak-tembak orang tunang ni.

Photobucket
selang 2,3 hari ada pulak yang menikah. musim raya pun boleh jadi musim mengawan.

Photobucket
apa kaitan 'makan pulut' dengan nasik minyak? tak paham? nampak sangat bukan orang Terengganu.

Photobucket
anda kenal mereka? muahahaha.

Photobucket
duit raya lebih. dah nak gerak balik Puchong baru perasan.

psst : ini aku belum masukkan acara parti budak-budak bujang di malam raya sambil membakar lemang sampai subuh, expidisi beraya ke Kuala Terengganu 3 hari berturut-turut dan BaBiQ-AyamQ-SotongQ bersama keluarga sebelah mak. cuti seminggu tak cukup weh.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.