Sunday, December 8, 2013

Vientiane, Laos: Bahagian #1

Tahun lepas, betul-betul setahun yang lepas, tarikh hari ni, aku ada trip ke Laos. Pesen malas. Lepas setahun baru update.

Actually trip ni lebih kepada aktiviti melepak hujung minggu di Vientiane. Bwahaha ayat tak nak kalah. Bunyi serupa macam orang kaya je hujung minggu lepak kat oversea. Jangan judge dulu. Nanti dah habis baca baru korang faham. Itu pun tunggu lah sampai aku habis buat entry Laos ni haha.

...

Sabtu, 8 Disember 2012.

Flight ke Vientiane dari LCCT pukul 7.45 pagi. Seingat-ingat aku, tak delay. So tepat-tepat je berlepas. Biasanya kalau flight awal pagi macam ni, memang aku tidur kat airport je. Tidur kat rumah kalu, memang terlajak tidur lah jawabnya. Lagi pun, awal-awal pagi siapa nak hantar. Sabtu pula tu.

Perjalanan lebih kurang 2 jam setengah tu aku tidur je. Tidur atas lantai airport je dowhhh malam tu. Dapat kusyen selesa sikit dok?





*scene tidur dalam kapal terbang*

Sementara aku tidur, aku cerita kejap pasal macam mana aku dapat tiket ni. 2 minggu sebelum berlepas aku redeem point BIG card. Pergi balik 22 point + tax 100 hengget. Kira boleh lah. Kebetulan pulak bos approve cuti on the spot, terus beli tiket. Gila apa beli tiket dulu baru apply cuti. Kang bos tak approve naya je.

*scene terjaga dari tidur sebab FA kejutkan suruh tegakkan seat*

Lebih kurang 10.15 pagi waktu Malaysia, flight selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Vientiane.











Turun dari flight, jerit "Vientiane! Aku datang!". HAHAHAHA. Takde lah gila. Tak payah nak drama sangat nak jerit bagai. Jalan kaki masuk terminal bla bla bla check imigresen bla bla bla keluar terminal. Panas juga Vientiane ni rupanya. *sapu sunblock*

Masa kat tempat imigresen tadi ada nampak banner Asian University Games. Patut lah ramai Malaysian pakai baju kuning belang-belang macam harimau dalam flight tadi.

FYI, Vientiane ni ibu negara negara Laos dan terletak di tepi Sungai Mekong. Saiz dia ... kejap lagi aku ukur jarak.





Mula-mula, cari tuk-tuk untuk ke bandar. Untuk hari pertama, dah siap-siap book hotel sebelum terbang. Nego punya nego, dapat lah harga 30,000 Laotian Kip (LAK) untuk ke hotel. Jarak dari airport ke hotel lebih kurang 10 kilometer je.

1 MYR = 2,500 LAK.

Tapi urusniaga kat sini boleh pakai USD atau pun Thai Baht sebab Vientiane ni sempadan dengan Thailand. Sungai Mekong tu lah jadi sempadan dia. Untuk lebih jelas, pepandai lah Google Maps.

Dah puas sesat cari hotel, akhirnya sampai lah kat Phone Paseuth Guesthouse. Harga lebih kurang MYR 70 untuk satu malam. Agak mahal, tapi based on review, ini je yang elok sikit. Backpacker hostel macam mengerikan je.



Check in hotel, mandi, tidur sampai petang.

Sambung next entry.

Thursday, November 21, 2013

Family Trip: Bandung. Part Last

Dah habis raya haji pun entry aku ni masih tak habis-habis lagi. Haha. Baik aku sambung entry last ni sebelum raya mat saleh pulak yang habis.

...

Hari kedua : Ahad 30 Jun 2013.

Plan hari ni nak ke Kawah Putih. Bosan juga asyik shopping saja. Jadi lepas pung pang pung pang dengan Pak Wawan, dia kata ok je. Tapi sebelum nak ke sana, singgah Rumah Mode kejap. Singgah lah sangat.

Pak Wawan park van kat luar. Bergambar dulu apa-apa hal.




Dah masuk Rumah Mode apa lagi. Shopping je lah kerjanya. Masing-masing berpecah. Ramai gila orang kat Rumah Mode masa tu. Lagi seminggu nak puasa kot. Hujung-hujung minggu macam ni lagi ramai sebab orang Jakarta datang shopping kat Bandung. Gila apa pepagi buta dah ramai macam ni.

Aku sempat rembat sehelai baju. Sehelai sahaja.

Dah setel ukur saiz baju Ayah, aku bawak Ayah, Mak & Makcik keluar. Sesak sangat lah gila. Depan tu ada kafe, jadi kami lepak situ je lah sementara menunggu Kakak #1, Kakak #2 & Kakak #4 shopping. Asal lepak je makan, asal lepak je minum. Apa lagi benda yang best dibuat masa lepak selain makan dan hisap rokok.

Selepas lebih kurang sejam menunggu 3 makhluk tu, kami sambung plan nak ke Kawah Putih. Sampai kat van, Pak Wawan kata jalan ke Kawah Putih tengah repair. Kalau biasa 3 jam pergi balik. Ni dia kata 5 jam satu hala.

Demmm. Pak supir yang lepak sekali pun cakap macam tu sebab dia dah gi sehari sebelum tu. Jalan under construction kat sana bukan elok macam kat sini. 5 jam tu lama kot. Sebelum-sebelum ni aku gi yang 3 jam return tu pun sempat juga lah berdengkur sebelum sampai.

Jadi kami decide nak gi tengok show angklung kat Saung Angklung Udjo je. At least ada juga aktiviti selain shopping. Tapi show angklung tu start pukul 2 petang. Sempat lagi nak lunch dan solat. Aku suruh Pak Wawan cari Restoren Sederhana. Dari malam sampai aku duk mengidam nak makan kat situ. Dia kata ok.

Sekali jalan jem. What the ....

Seminggu sebelum puasa ni, segala acara-acara lagho dieorang setel dulu. Tu pasal jalan jem sebab ada festival apa jadah entah. Bandung tu dah memang sedia kala jem, tambah pulak ada acara-acara sebegitu, macet bangat bangat bangat pak!

Kempunan lagi. Pak Wawan kata ada restoren Sunda juga area situ tapi mahal sikit lah. RM 200 ++ untuk 7 orang makan. Tapi puas hati gila siakkk. Kenyang. Sedap. Perut penuh, gerak. Disebabkan jalan nak ke Saung Angklung Udjo pun jem juga, aku suruh je Pak Wawan bawa kami ke Jalan Dago since tempat tu dah dekat dan tak jem.

Nasib malang betul datang kali ni. Dieorang lah. Aku takde hal. Haha. Takpe lah, pitih ada lagi berjuta-juta.

Jalan Dago, apa lagi kalau bukan factory-factory outlet yang bersusun di kiri kanan jalan. Atau dalam erti kata lain, shopping lagi. *rebah* Geng-geng wanita berkeliaran kat FO, aku ajak ayah mengopi kat kafe area situ.

*skip part shopping kat FO*

Habis shopping, masing-masing mula lah kelaparan. Untuk dinner malam tu, aku ajak makan kat Kampung Daun. Tahu Kampung Daun? Yesss, Kampung Daun yang famous itu.

Ayuh Pak Wawan, terus aja ke Kampung Daun!





Kampung Daun masih sama macam dulu. Tapi sayang, air terjun dia makin banyak sampah. Mungkin sebab kami gi lewat dan orang-orang sebelum ramai buang tisu dalam air terjun tu. Tapi suasana kat gazebo celah-celah pepohonan tu masih mantap.

Makan makan, sembang sembang, bergambar apa semua, balik. Semua dah penat.

...

Hari ketiga a.k.a hari terakhir : Isnin 1 Julai 2013.

Aku tak larat nak cerita dah. Sebab sebelum balik ni pun sempat lagi shopping kat Pasar Baru. Rupiah habis, tukar RM kat sana. Cash habis, cucuk ATM / pakai kad kredit. Macam mana lah tak penuh satu van tu hoi!




Memandangkan aku ni penggemar tegar pastry dan Bandung ni famous dengan dia punya kek kukus, adalah menjadi satu kemestian untuk kami singgah ke kedai Amanda. Terbaik baqhiang! Hari last ni baru lah impian aku tercapai nak makan kat Restoren Sederhana. Sedap dan murah.

Sebelum ke airport, singgah IndoMaret dulu tapau rokok murah. Muahaha.

Sampai airport, kebetulan hujan. Airport dah ramai orang. Dah lah airport kecik. Unload barang dulu apa-apa hal. Nak check in luggage awal lagi, lagi pun kaunter belum buka. Lepak lah kat luar dulu.

Agak-agak timing dah ngam, kami masuk. Since Kakak #3 tak jadi ikut, so dah kurang 20 kg kat situ. Tapi total semua 4 orang yang ada luggage adalah 80 kg. Aku ingatkan macam alah mesti cukup punya ni. Sekali timbang hamekau sikit lagi nak cecah 100 kg!

Aku dah pening.

Nasib baik pitih RM aku ada lagi. Fuh. Petang tu kami fly balik KL. Sampai LCCT, ambil kereta, drive balik ke rumah Kakak #3. Malam tu aku tak sedar apa dah. Dieorang duk agih-agih hasil shopping, aku layan dengkur.

Penat. Tapi layan.

Kira-kira balik, total expenses lebih kurang 12K. *PENGSAN*

notakaki: Gambau tak sempat snap. Tangan kiri kanan penuh barang.

Tuesday, July 23, 2013

Family Trip: Bandung. Part #3

Hari pertama : Sabtu 29 Jun 2013. (selamat hari tua Zonaku!)

Pepagi buta Kakak #1 & Kakak #2 dah serang bilik aku tanya itu ini. Aku ni air liur basi pun bersepah lagi kat kiri kanan mulut. Aku tunjuk duit masing-masing yang aku dah asingkan siap-siap untuk setiap sorang kat atas meja.

Suka betul masing-masing dapat pegang duit juta-juta. Tu dia semua sekali untuk shopping saja IDR 25 juta.



Kerja-kerja tukar duit semua aku yang buat. Petang Jumaat sebelum tu aku keluarkan duit dan gi tukar. Masa nak tukar pekerja money changer tu tanya nak tukar 9000 Rupiah ke? Duhhh. 9000 Rupiah dapat berapa je minachi weh.

Siap-siap apa semua, gi breakfast sambil layan wifi. Boleh tahan sedap jugak nasi goreng dia. Omelette saja 5 pinggan aku bantai. Bila Kakak #4 suruh ambil gambar pakai kamera-gantung-kat-leher baru aku teringat aku ada bawak. Dari semalam duk snap pakai kamera hand phone saja.





Perut dah kenyang, maka aktiviti shopping pun boleh lah dimulakan. Tempat pertama adalah Pasar Baru!

Lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai sana. Pasar baru ni buka pukul 9. Takde lah awal sangat. Van Pregio park kat tingkat 5. Sebelah tu ada kedai kain apa nama entah. Kat situ saja dieorang dah beli 4,5 pasang baju. Belum masuk dalam lagi.

Tapi pecah rekod adalah Ayah sebab dia shopping paling awal. Beli kopiah.

Habis kat luar, sambung kat dalam pulak. Pasar Baru ni ada 6 tingkat semua sekali. Jenuh nak berjalan woi! Masa lepak kat kedai luar tu, ada sorang brader ni duk sembang dengan Ayah. Pak Yono nama dia. Pastu dia tanya nak beli apa. Pastu dia bawak kami ke kedai yang dia claim as murah-murah. Tapi takde lah murah sangat pun. Biasa-biasa je. Still kena tawar-menawar.

Kami ikutkan je.

Bermula lah acara-acara shopping secara menggila. Shopping ramai-ramai ni, kejap-kejap ada yang singgah situ, kejap-kejap ada yang singgah sini. Aku kesian tengok Pak Yono ni duk ikut kami ke sana sini.

"Pak, kalau nak gi memana, gi je lah. Kami boleh jalan sendiri"

"Nggak apa-apa. Takde bayaran. Percuma. Saya di sini untuk jaga tamu dari ditipu. Ni kartu saya"

Lebih kurang macam ni lah dia punya ayat. Dengar dari percakapan dia, gaya bahasa macam orang Sunda.



Hah tu dia siap ada kad lagi pegawai ni. Pegawai ke apa ke, dia bukan setakat ikut kami, siap bawa barang kami. Rasa tak percaya kejap bila orang yang kecik dari aku boleh pikul beg seberat 20kg ++. Ni mesti makan muntah Badang ni. Bwahaha!

Dah penat shopping, berhenti kejap untuk makan. Food court dia kat tingkat 6. Datang Indonesia ni macam biasa lah, mesti makan ayam penyet. Alah, gi The Curve pun makan ayam penyet jugak padahal. Heh.

Kenyang, sambung shopping, shopping, shopping.



Aku ulang-alik ke untuk hantar barang-barang shopping ke van. Pak supir lah katakan. Sebelum lunch tadi Pak Yono tu dah blah. Ada tamu lain katanya. Dia blah macam tu je. Tak sempat nak belanja makan. Nak bagi tips pun tak sempat.

Lebih kurang pukul 6 waktu sana, (sana lambat sejam dari Malaysia), semua dah berkumpul kat van. Masa nak balik macet lah pulak. Sampai hotel pun dah malam dah.

Malam tu semua dah penat nak keluar makan. Aku keluar dengan Pak Wawan gi tapau makanan. Beli kat gerai tepi hotel tu je.

Sedap jugak weh dia punya nasi goreng!

Jadi satu persoalan timbul: adakah semua nasi goreng tepi jalan kat Bandung adalah sedap? Hmmm. Malam tu semua berkumpul kat bilik Mak + Ayah untuk makan sambil agih barang masing-masing. Aku tengok je lah sebab aku tak beli apa-apa pun.

Orang lain dah start tidur, aku start bawak adapter, charger, handphone, air sebotol & rokok sekotak gi lobi untuk layan wifi.

Btw, Dunhill kat sana adalah murah.


Bersambung lagi!

Thursday, July 18, 2013

Family Trip: Bandung. Part #2

Sementara ada masa tengah hari ni, baik aku sambung sikit-sikit. Balik rumah kang, sibuk nak berbuka lepas tu kenyang lepas tu teraweh lepas tu moreh lepas tu kenyang lagi lepas tu apa lagi dah penat tidur terus.

......................................................................................................................

Flight kami malam tu delayed sebenarnya. Dah agak dah. AirAsia ni boleh dah nak tukar tagline dia jadi "Kalau tak delay, bukan AirAsia lah namanya". HAHA. Tapi delayed 10 minit je, takde efek sangat pun.

Tepat pukul 11 malam, pintu berapa-entah-aku-lupa dibuka. Tengok pada orang beratur tu macam penuh je flight ni. Nak gi shopping raya jugak ler tu. Haha. Aku rilek-rilek kat tempat menunggu lagi. Kalau beratur pun bukannya boleh masuk kapal terbang laju-laju pun. Lagi pun dah beli seat sesiap. Seat depan-depan aku beli. Jadi tak payah nak beratur sangat lah. Ahli keluarga yang lain pun rilek-rilek jugak.

Pusing kiri, nampak Kakak #1 dah beratur.

Lantak dia lah. Dia memang pesen tak menyabor. Dulu, masa dia ada kursus kat KL, pukul 3 petang dia dah suruh aku ambil dia kat hotel, hantar ke Subang Airport. Padahal flight ke Terengganu pukul 9 malam. Boleh? -_-"

Masuk dalam, cari seat, duduk. Hari tu beli seat siap-siap sebab tak nak masing-masing bersepah dalam flight. Aku beli betul-betul belakang Hot Seat tu. Murah dan depan. Mak + Ayah + Makcik belah kiri, Kakak #1 + Kakak #3 + Kakak #4 belah kanan. Tapi sebab Kakak #3 tak join, Kakak #2 gi duk kat seat dia.

Tinggal lah aku sorang-sorang kat belakang. Takde hal lah.

Duduk, sumbat earphone, layan Rossa (mentang-mentang Rossa orang Bandung kan hahaha), tidur. Entah apa makcik 3 orang tu sembang pot pet pot pet sepanjang 2 jam lebih.

Sedar-sedar dah touchdown!

Cepat-cepat ambil luggage sebab tak nak stuck lama kat imigresen dia. Sesiapa yang pernah ke sana tahu lah betapa keciknya Arrival Hall kat Bandara Husein Sastranegara tu. Oh, masa beratur kat luar tu, ada pegawai narkoba datang check dengan anjing. Demmit lah. Aku ni takut anjing woi! Malas nak menyamak tu satu hal pulak.

Settle ambil luggage semua, keluar airport melilau cari tanda nama sendiri. Boleh lah perasan jadi pelancong kaya kejap. Muahaha. Sekali nampak ada brader pegang kertas bertulis "Khairi, Mohd". Apa kau ingat nama aku Mohd, nama bapak aku Khairi? *facepalm*

Brader tu namanya Wawan, merangkap supir kami untuk 3 hari tu. Van pulak jenis Pregio. Aku dah terbayang Prego dah. Lapau gila cakap kau. Last aku makan tengah hari tadi sebelum Jumaat. Itu pun mee hoon dengan ayam KFC yang aku tapau dari office sehari sebelum tu.

Dalam kepala dah terbayang nak makan kat Restoran Sederhana. *air liur meleleh*

Sekali Pak Wawan cakap dah pukul 1 pagi, kedai semua dah tutup. Ok baik lah. Makan kat lesehan tepi jalan je lah. Janji perut aku kenyang. Pak Wawan singgah kat satu lesehan ni. Nampak kotor sikit sebab banyak puntung rokok. Gaya macam tempat mat-mat rempit lepak. Dah itu je lesehan yang ada tempat parking luas sebab kami naik kenderaan besau.

Sebelum tu dah pesan kat Pak Wawan siap-siap cari tempat makan halal.

Aku duduk terus order. Orang lain macam segan je nak masuk. Datang brader bagi kertas dan pen. Order tulis sendiri yer. Masa dia hulur tu nampak lah lengan dia penuh dengan tatu. Aku jeling mak, mak buat muka. Aku faham sangat. Haha.

"Mak tak nak makan lah"

Ok. Kami order apa yang kami nak sekali dengan air. Makanan dah sampai terus serang masing-masing. Sedap gila weh nasi goreng dia. Aku ingatkan sedap sebab aku lapar, tapi kakak-kakak aku cakap nasi goreng dia memang sedap.

"Mak nak rasa sikit"

Tudiaaa. Sedap kan? Siap tapau. HAHA. Dah kenyang apa semua, gi hotel, check in, siap-siap apa semua, tidur. Tak pasang aircond pun sejuk baqhiang!

*tutup lampu tutup aircond tarik comforter*

notakaki: Maaf yer. Entry ni takde gambau. Haha.

Tuesday, July 9, 2013

Family Trip: Bandung. Part #1

Sebelum aku lupa ingatan pasal kisah Bandung ni, baik aku update blog cepat-cepat. Entry untuk Laos dan Kemboja aku skip sampai lepas raya. Itu pun paling awal lah. Bila nak update tu tak tahu lagi.

Nama je trip, tapi aktiviti 3 hari penuh dengan shopping je. Takpe lah. Dah memang tu tujuan utama Kakak #3 aku proposed. Pung pang pung pang masa Raya Haji tahun lepas, maka sebulat suara Kakak #1 sampai #4 akan meninggalkan suami dan anak-anak masing-masing untuk gi shopping di Bandung.

Sebab nak gi shopping kat sana? Sebab jeles dengan aku selalu gi jalan-jalan tak ajak dieorang. Pastu bila aku balik, souvenir nya cuma fridge magnet. HAHA.

Alang-alang gi sana, ajak lah Mak + Ayah + Makcik sekali.

Urusan cari tiket, beli tiket, cari supir, susun itinerary, semua diserahkan kat aku. Terpaksa jadi supir cawangan Malaysia.

Petang Jumaat, 28 Jun lepas, ambil dieorang kat Putrajaya Sentral, terus ke airport. First time ni park kereta kat LCCT. Biasanya kawan-kawan aku akan jadi mangsa tukang hantar atau tidur kat airport je. 3 hari RM 51. Tapi kat hujung-hujung tepi Tune Hotel. Kira boleh je lah.

Oh. Last minute Kakak #3 tak jadi join sebab anak dia kena penyakit kuku, kaki, tangan dan mulut tu. Terpaksa lah cancel. Tapi dia datang juga hantar kami kat airport untuk bagi sokongan moral. Eh? Eh?

Flight kami pukul 10.50 malam. Tapi aku saja suruh dieorang datang awal. Tak nak lah nanti ada acara Amazing Race macam sebelum-sebelum ni. Gila apa nak suruh Mak + Ayah + Makcik berlari kejar flight kat airport.

Jadinya, lenggang-lenggang kangkung je lah mula dari masuk Departure Hall sampai masuk perut kapal terbang.


Ayah saya dan saya


Kakak #2, Mak, Kakak #1, Kakak #4, Makcik



Hal-hal dah sampai sana, nanti aku sambung.

#notakaki: pesen mood rajin datang kejap-kejap macam ni lah jadinya.

Tuesday, June 18, 2013

2 bulan.

Lebih kurang 2 bulan blog ni tak ber-update. Saja. Malas. Siang kerja, malam kat rumah internet slow nak meninggal. Jadi sementara aku tengah stuck nak buat kerja yang mana satu ni, boleh pulak aku terfikir nak update blog. Maka ter-update lah blog ini selepas 2 bulan. Itu pun last entry pasal trip ke Bangkok bulan 9 tahun lepas.

Dalam masa 9 bulan ni, takde apa yang berubah sangat. Badan je lah makin semangat. Bila aku cakap semangat, sendiri imagine lah. Kah kah kah! Biasa lah manusia, resminya makin membesau, bukan makin mengecik.

Hal kerja, macam biasa memang takkan pernah habis. Tahun baru, leader baru, team baru, client baru, work station baru. Tapi perangai tetap tak berubah. Kerja sambil ber-twitter. Baru lah tahu cerita semasa orang sekeliling. Boleh tahu kawan-kawan check in 4sq kat mana, boleh tahu kawan-kawan makan apa (sebab dia bubuh dalam Instagram).

Hal keluarga dan kawan-kawan, ada yang gembira ada yang berduka. Hidup ni kan cerita, ada scene happy happy gelak ketawa sakan, ada jugak sebaliknya. Apa-apa hal, semangat kena kuat. Orang kata tak hidup dek puji, tak mati dek keji.

Apa lagi aku nak mengarut sebelum turun lunch ni? Nanti lah aku sambung. Mungkin lepas 2 bulan lagi. HAHA

Tuesday, April 16, 2013

Bangkok & Ayutthaya: Part #8 (habis dah)

Sambung dari Part #7

Hari #5 (17.09.2012)

Lepas sarapan megi sebungkus dan Nescafe secawan, kami keluar pusing-pusing Bangkok. Kali ni dah takde tujuan sangat, cuma nak gi cari Hard Rock Cafe Bangkok, sebab si Mus kirim t-shirt HRC. Biasa lah, pengumpul tegar t-shirt HRC lah katakan.






Sebelum naik tren, kami gi pejabat pos dulu untuk pos poskad kat Queen Sirikit Convention Centre tu. Kemudian baru hala ke pusat bandaraya.


Dah dapat apa yang dicari, kami cari makanan pulak. Mula-mula gi MBK. Entah apa nama panjang dia pun aku tak tahu. Tapi dia punya tempat makan macam tak menarik. Kemudian kami decided nak gi makan kat Pier 21 lagi sekali. Dia punya Som Tam terbayek gila.

Makan-makan, minum-minum, sembang-sembang, pusing-pusing dalam Terminal 21.

Malam tu kami gi Patpong lagi sekali. >:)



Bukan nak gi cuci mata pun, saja nak gi sourvenir yang tak cukup. Haziroh & Adilak dah tak sabau ajak balik. Tak sabau nak lepak dengan Chris & Martin lettew~

Sampai De Talak, setelkan apa yang patut, malam tu layan sembang sampai pagi lagi.


Hari #6 (18.09.2012) a.k.a Hari Terakhir.

Hari ni takde apa sangat. Cuma pagi tu aku terbangun tidur sebab roomate aku si budak Finland tu kelam-kabut bangun lambat gi kerja untuk hari pertama. Oppa Korea tu pepagi buta lagi dah keluar. Budak Marthius tu nampak berkelubung dalam selimut lagi. Aku, sambung tidur balik.

Dah tengah hari sikit baru bangun. Kemas baju apa semua, turun. Ini turun untuk kali terakhir dah ni sebab kami dah nak balik Malaysia. (taip 'balik Malaysia' macam gi jauh sangat hahahaha)

Lepak minum Nescafe dulu jap kat beranda depan hostel. Kebetulan kawan si Yumi tu ada sekali tengah sembang dengan Marthius. Kemudian Korean 3 orang tu pun sampai. Ngam-ngam kami nak balik. Salam-salam, blah.

Sebenarnya flight balik lambat lagi, pukul 4.30 petang. Tapi malas nak rushing. Jalan jalan sampai City Air Terminal. Entah dari mana si Yumi tu pun ada sekali. Apa lagi, gerak sekali lah ke airport.

Sampai airport, masukkan luggage dulu. Boleh tahan ramai orang lah masa tu. Suvarnabhumi kot, tempat paling ramai orang Instagram untuk 2012. Jadi buleh agak lah betapa ramai orang yang guna airport tu, pada masa tu.

Setel semua, memasing menggagau cari nasik. Yer lah, dari pagi tak makan apa lagi. Nasib baik kat Suvarnabhumi ni ada tempat makan halal.

Kat ground floor.





Yumi tak makan, cuma kami (ke Adilak sorang?) belanja dia air. Mula-mula dia mati-mati tak nak. Segan katanya. Dia tak sangka Malaysian ni baik hati. Dia kata masa dia gi KL beberapa bulan lepas, orang KL yang dia jumpa tak berapa nak mesra. Entah siapa lah tu yang tinggalkan imej buruk pada negara tu.

Dah habis makan, dia insist nak belanja aku rokok pulak. Pucuk dicita ulam mendatang. Lama jugak kami sembang kat luar masa tu, sampai 4 batang rokok aku bantai.

Yumi dah take off, turn kami pulak. Dia punya line masa tu agak panjang, dan kebetulan si Haziroh ni pulak nak berak. Dia masuk dulu sementara aku & Adilak pusing-pusing kat terminal tu lagi.

Tiba-tiba!

Kami dengar pengumuman panggilan terakhir untuk aku & Adilak. Gila menggelabah woi! Dia punya tangga tu pulak macam terselit sikit belakang dinding. Rasa macam Amazing Race lah kejap. Tapi nasib baik sempat masuk. Ahhh, lega!

Masuk kapal terbang, bukak buku buat modal mengantuk, tidur.

Sedar-sedar dah sampai LCCT.

Apa-apa hal, Bangkok memang terbayek!

notakaki: Akhirnya habis juga entry Bangkok/Ayutthaya selepas 7 bulan. LOL!

Monday, January 28, 2013

Bangkok & Ayutthaya: Part #7

Sambung dari Part #6.

Bangun tidur, sedar-sedar dah nak sampai Bangkok. Ok, tak sure sebenarnya kat mana tapi atas highway tu aku baca signboard macam menunjukkan dah nak sampai Bangkok.

Memang betul aku agak, setengah jam lepas tu kami sampai Bangkok, to be exact kat stesen Victory Monument.

Hujan lebat!

Keluar van, terus berlari naik ke stesen tu sebab kat bawah tu memang takde tempat berteduh. Kebetulan sampai Bangkok masa orang sibuk balik kerja. Manusia penuh aku cakap kau. Sempat buka poncho untuk mengelakkan beg basah. Kami berjalan menuju ke tren untuk ke tempat penginapan kami malam tu; Saphai Pae Hostel.

Stesen Victory Monument - Stesen Surasak (35 THB)

Aku tak tahu lah mana letaknya hostel ni. Macam biasa, tanya kat 7-Eleven. Menapak punya menapak punya menapak akhirnya sampai.

Check in, naik, mandi, lelap.

Hostel ni kalau banding dengan De Talak, memang jauh beza lah. Aku buat point lah senang.

- Hostel dia besau. Satu bangunan tu dia punya. Kalau tak silap 6 tingkat.
- Semua staff dia pakai baju seragam.
- Set sofa kat lobi ada lebih dari 5. Selesa~
- Banyak PC berinternet berderet kat tepi dinding dari hujung sana ke hujung sini.
- Wifi pun ada.
- Satu dorm 10 orang. Ada dorm asing.
- Tandas kat luar.
- Tilam & comforter dia sedap gilaaaa.




Kalau tak kerana lapau, memang aku bantai tidur je malam tu. Malam tu kami keluar cari rezeki nak isi perut. Depan hostel tu banyak tuk-tuk, jadi tak payah risau kalau nak ke mana-mana. Kami cakap kat brader tuk-tuk kami cari tempat makan halal dan tak mahal sangat. Dia angguk saja. Aku assumed dia faham lah.

Sekali, dia bawak tempat macam mahal. Belek menu, nampak 'pork'. Babi punya brader tuk-tuk. Lepas tu kami suruh hantar tempat lain. Bayau 40 THB berambus lah kau.

Cari punya cari tak jumpa tempat makan yang boleh disinggah. Terpaksa mengorbankan prinsip #6BulanTakMakanFastfood sebab makan KFC malam tu.

Perut dah kenyang, kami jalan-jalan pusing-pusing. Jalan punya jalan sampai lah ke satu kawasan jual-jual ni. Lebih kurang Petaling Street lah. T-shirt apa semua banyak. Sekali ada orang approach ajak tengok ping-pong show. Baru sedar kawasan tu adalah Patpong. Muahaha >:)

Patpong ni, kawasan dia nakal sikit. Tak tahu, pepandai lah Google.

Shopping, singgah 7-Eleven beli bahan kunyahan sikit, balik. Kat hostel ni, dia punya guest semua tak berapa mesra. Mungkin sebab tengok kami muka Asia kot, jadi tidur je lah.


HARI #4, AHAD, 16 SEPTEMBER 2012, HARI MALAYSIA


Disebabkan dia punya tilam + comforter + aircond dia sedap gila, aku tak ingat pukul berapa aku bangun pagi hari tu. Nak whatsapp bebudak tu, signal slow pulak dalam bilik. Mandi siap-siap turun bawah.

Sementara tunggu bebudak tu turun, sempat lepak kat luar kejap. Ada sorang awek Malaysian ni datang tegur. Tanya itu ini sembang bla bla bla shopping habis 2 ribu hengget kat Terminal 21 katanya bla bla bla. Untung lah kaya datang Bangkok untuk shopping!

Destinasi: Chatuchak!

Dari Stesen Surasak - Stesen Mo Chit, kena bayar THB 40. Nasib baik tak hujan, jadi boleh lah explore puas-puas. Pasar Chatuchak ni besar gila kot. Kat sini boleh dapat banyak souvenir murah-murah. Borong lah apa lagi.

Masuk lorong sini, keluar lorong sana. Masuk lorong sana, keluar lorong sini. Serius besar gila pasar ni. Kami mula jalan lebih kurang pukul 1 tengah hari, habis pusing pukul 6 petang. 5 jam pusing sampai nak putus sandal aku.








Satu benda pasal pasar ni, dia tutup tepat pukul 6 petang dan hanya buka hari Sabtu & Ahad. Bak kata Haziroh, dia nak jaga ke-eksklusif-an dia. Sekali dia buka, memang ramai gila orang.

Ada satu kejadian kat Pasar Chatuchak ni masa makan tengah hari (kot). Ada satu kedai ni kat tengah-tengah pasar tu, Saman Islam nama dia. Dengar nama pun dah pelik. Disebabkan situ je kedai makan halal (sebab ada tanda halal), jadi kami makan situ je lah.

Duduk, order 3 nasi goreng, 3 teh 'o' ais, 2 som tam. Kau agak berapa kami kena ketuk? THB 600! Sorang lebih kurang 20 hengget. Pergh. Menyirap betul rasa walaupun tadi minum teh 'o' ais bukan air sirap. Ok tak lawak.

Takpe lah, dah rezeki dia. Silap jugak tak tanya harga dulu. Lapar melampau lah katakan, dari pagi tak makan.

Kalau korang datang sini, hati-hati dengan kedai kat bawah ni.






Setel acara membeli-belah, kami balik Saphai Pae kemas barang sebab malam tu kami balik semula ke De Talak.

Stesen Mo Chit (Chatuchak) - Stesen Surasak THB 40.
Stesen Surasak - Stesen Sala Daeng THB 20.
Stesen Sala Daeng - Stesen Queen Sirikit THB 20.

Malam tu, kat De Talak, lepas setel kami makan Maggi, layan sembang dengan foreigners. Ada 5 orang dari Perancis, sorang Finland & sorang minah Filipina.



Aku lepak sebelah mamat Perancis si Alex. Orang Perancis, bukan reti sangat bahasa Omputeh. Aku ni pun tunggang-langgang. Payah nak bersembang. Senang cerita kami pakai Google Translate. Dibantu sikit-sikit dengan pemahaman Haziroh sebagai bekas pelajar subjek Bahasa Perancis. Lebat jugak sembang jadinya.

Sembang punya sembang tak sedar dah hampir Subuh. Kami pun slow-slow masuk bilik, shut down.


Sambung lagi.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.