Tuesday, July 23, 2013

Family Trip: Bandung. Part #3

Hari pertama : Sabtu 29 Jun 2013. (selamat hari tua Zonaku!)

Pepagi buta Kakak #1 & Kakak #2 dah serang bilik aku tanya itu ini. Aku ni air liur basi pun bersepah lagi kat kiri kanan mulut. Aku tunjuk duit masing-masing yang aku dah asingkan siap-siap untuk setiap sorang kat atas meja.

Suka betul masing-masing dapat pegang duit juta-juta. Tu dia semua sekali untuk shopping saja IDR 25 juta.



Kerja-kerja tukar duit semua aku yang buat. Petang Jumaat sebelum tu aku keluarkan duit dan gi tukar. Masa nak tukar pekerja money changer tu tanya nak tukar 9000 Rupiah ke? Duhhh. 9000 Rupiah dapat berapa je minachi weh.

Siap-siap apa semua, gi breakfast sambil layan wifi. Boleh tahan sedap jugak nasi goreng dia. Omelette saja 5 pinggan aku bantai. Bila Kakak #4 suruh ambil gambar pakai kamera-gantung-kat-leher baru aku teringat aku ada bawak. Dari semalam duk snap pakai kamera hand phone saja.





Perut dah kenyang, maka aktiviti shopping pun boleh lah dimulakan. Tempat pertama adalah Pasar Baru!

Lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai sana. Pasar baru ni buka pukul 9. Takde lah awal sangat. Van Pregio park kat tingkat 5. Sebelah tu ada kedai kain apa nama entah. Kat situ saja dieorang dah beli 4,5 pasang baju. Belum masuk dalam lagi.

Tapi pecah rekod adalah Ayah sebab dia shopping paling awal. Beli kopiah.

Habis kat luar, sambung kat dalam pulak. Pasar Baru ni ada 6 tingkat semua sekali. Jenuh nak berjalan woi! Masa lepak kat kedai luar tu, ada sorang brader ni duk sembang dengan Ayah. Pak Yono nama dia. Pastu dia tanya nak beli apa. Pastu dia bawak kami ke kedai yang dia claim as murah-murah. Tapi takde lah murah sangat pun. Biasa-biasa je. Still kena tawar-menawar.

Kami ikutkan je.

Bermula lah acara-acara shopping secara menggila. Shopping ramai-ramai ni, kejap-kejap ada yang singgah situ, kejap-kejap ada yang singgah sini. Aku kesian tengok Pak Yono ni duk ikut kami ke sana sini.

"Pak, kalau nak gi memana, gi je lah. Kami boleh jalan sendiri"

"Nggak apa-apa. Takde bayaran. Percuma. Saya di sini untuk jaga tamu dari ditipu. Ni kartu saya"

Lebih kurang macam ni lah dia punya ayat. Dengar dari percakapan dia, gaya bahasa macam orang Sunda.



Hah tu dia siap ada kad lagi pegawai ni. Pegawai ke apa ke, dia bukan setakat ikut kami, siap bawa barang kami. Rasa tak percaya kejap bila orang yang kecik dari aku boleh pikul beg seberat 20kg ++. Ni mesti makan muntah Badang ni. Bwahaha!

Dah penat shopping, berhenti kejap untuk makan. Food court dia kat tingkat 6. Datang Indonesia ni macam biasa lah, mesti makan ayam penyet. Alah, gi The Curve pun makan ayam penyet jugak padahal. Heh.

Kenyang, sambung shopping, shopping, shopping.



Aku ulang-alik ke untuk hantar barang-barang shopping ke van. Pak supir lah katakan. Sebelum lunch tadi Pak Yono tu dah blah. Ada tamu lain katanya. Dia blah macam tu je. Tak sempat nak belanja makan. Nak bagi tips pun tak sempat.

Lebih kurang pukul 6 waktu sana, (sana lambat sejam dari Malaysia), semua dah berkumpul kat van. Masa nak balik macet lah pulak. Sampai hotel pun dah malam dah.

Malam tu semua dah penat nak keluar makan. Aku keluar dengan Pak Wawan gi tapau makanan. Beli kat gerai tepi hotel tu je.

Sedap jugak weh dia punya nasi goreng!

Jadi satu persoalan timbul: adakah semua nasi goreng tepi jalan kat Bandung adalah sedap? Hmmm. Malam tu semua berkumpul kat bilik Mak + Ayah untuk makan sambil agih barang masing-masing. Aku tengok je lah sebab aku tak beli apa-apa pun.

Orang lain dah start tidur, aku start bawak adapter, charger, handphone, air sebotol & rokok sekotak gi lobi untuk layan wifi.

Btw, Dunhill kat sana adalah murah.


Bersambung lagi!

5 tukang komen:

Jard The Great said...

25 juta?!! gilakkkkkkkkkkkk

zonaku said...

ala... igt ko dah shopping on bday aku tu, kot2 la teringat nk beli hadiah kat aku barang sepasang dua....

hehe

Anonymous said...

Tu dia sekali tukar 25 juta. Mak oihh!

speedrider said...

aku nak gi medan tahun depan ni blur woiiii

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.