hari #4 ay-kay-ay hari terakhir.
macam biasa, bangun pagi, gosok gigi bla bla bla. tapi hari ni semua kena buat dengan laju sebab kami akan meninggalkan Bandung dalam masa tak sampai 7 jam.
mula-mula : brownies!
yeah. bab pastry ni memang aku tak boleh tinggal. dah target siap-siap dah. well, aku kan penggemar pastry yang tegar. kedai pastry pertama yang Pak Jabit bawak adalah Kartika Sari. pepagi buta dah serbu kedai orang. ah lantak. janji aku dapat merasa brownies Bandung.
bila dapat seketul brownies tu, perghhh. sedap gila. memang mantap. tapi disebabkan harga agak mahal maka kita beli beberapa ketul saja dah cukup.
kedai kedua adalah kedai Amanda. kat sini harga dia murah sikit. lepas borong 2,3 kotak terus gerak ke destinasi wajib lah orang kata kalau datang Bandung ni; Pasar Baru. tahu-tahu je lah perempuan. shopping aje kejenya.
aktiviti shopping part #3 diteruskan di Pasar Baru. sini memang murah ler kalau nak beli kain untuk buat baju tunang/kawen. pastu kain telekung sembahyang pun murah-murah. cantik-cantik pulak tu. aku sempat sambar sepasang. untuk mak. apa gila aku beli untuk diri sendiri.
nak kejar masa punya pasal, semua duk shopping kat Pasar Baru sambil berlari-lari. lepas tu tak cukup duit pulak satu hal. senang kata macam Amazing Race lah. lebih kurang pukul 10.30 pagi dah kena gerak ke airport sebab nak check in luggage. sempat jumpa Pak Hery kejap sebelum gerak.
otw gi airport, jalan pulak jem. tambah pulak orang nak sembahyang Jumaat (saya musafir. sekian). akhirnya berjaya sampai. itu pun ala-ala Amazing Race jugak kt airport sana.
masuk dalam, tunggu setengah jam, terbang balik Malaysia.
bye Bandung!
notakaki : gua nak blah dari Malaysia lagi pagi ni. tata~
Gagal
5 months ago
6 tukang komen:
asek blah je. blah arrrr
Ko lg sopin byk dr aku kot
arghhhh! bestnya! last ke bandung 2 tahun lepas ... hope boleh repeat lagi! cuaca sebelah malam still sejuk lagi?
Masy ~
ayat-ayat pendengki. haha.
ramiza.my ~
shopping sebinier tak dikira sebagai shopping.
FarEast ~
aku pun nak repeat lagi.
sejuk lagi. siang pun sejuk.
aku tak pegi lagi T_T
nak pegi jugakkk
Liliyuli ~
sila lah pergi.
nescaya ko akan jadi miskin bila balik Malaysia.
Post a Comment