Monday, October 31, 2011

#30HariTanpaRokok

baca tajuk pun dah tahu isi entry dia ye dok? lagi-lagi lah kalau korang yang sedang baca ni adalah pengikut aku dalam Twitter dan/atau kawan dalam Facebook. dari pagi tadi aku duk bagitahu pasal benda alah ni. sekarang aku bagitahu dalam blog pulak. haha! *kalau menyampah sila gi buang sampah LOL*

sehingga semalam, genap lah 30 hari aku tak hisap rokok. tak percaya? aku sendiri pun tak percaya aku boleh tak sentuh rokok sampai 30 hari. seksa kau tahu tak perasaan menahan sangap? tapi untuk 3,4 hari pertama je sangapnya sangat kuat. lepas tu dah boleh control dah.

bila aku start kempen #30HariTanpaRokok aku ni dulu, banyak soalan yang aku dapat. antaranya;

(1) kenapa nak berhenti merokok?

aku percaya semua perokok tegar ada keinginan nak berhenti merokok. dan aku percaya semua perokok tahu keburukan merokok. so atas sebab tu lah aku cuba nak berhenti.

(2) tapi kenapa 30 hari je? kenapa tak berhenti terus?

kau ingat senang ke nak berhenti secara mengejut. nak berhenti 3 hari tu pun susah woi. ini bukan auta, ini pengakuan kawan-kawan aku ler. aku dulu pun susah jugak nak berhenti walaupun 3 hari. 30 hari tu adalah tempoh percubaan untuk diri sendiri dan nampak gayanya aku berjaya.

lagi pun bulan lepas aku berjaya mencabar diri sendiri dengan cabaran #30HariTanpaAis. so bulan Oktober ni cuba cabaran lain pulak.

berhenti terus? boleh je. ni sekadar nak tengok kemampuan diri je.

(3) macam mana kau boleh berhenti? apa petua?

soalan ni berbalik kepada perokok tu sendiri. macam brader opis aku a.k.a Adam cakap "walau banyak mana pun nasihat/petua orang kasi kat kau, tapi kalau kau tak nak ikut tak guna jugak. semua tu berbalik kepada diri sendiri". bernas, padat & tepat.

dulu pun aku pernah cuba nak berhenti merokok selama seminggu. tapi tak berjaya sebab selama seminggu tu bocor juga 2 batang aku hisap.

tapi kali ni aku semacam nekad. aku semat dalam kepala otak, start 12 malam 1 Oktober 2011 aku nak berhenti. kebetulan pulak malam tu rokok aku tinggal sebatang je saki-baki rokok balik dari Surabaya/Jogjakarta itu hari. dan aku berjaya tak hisap rokok sampai 12 malam 31 Oktober 2011.

(4) tak susah ke nak berhenti?

macam aku cakap tadi lah. susah dia masa mula-mula tu je. tangan gatal je nak gi beli rokok. tapi bila dah berjaya kawal pembelian rokok, datang pulak godaan lain. aku ni hidup dikelilingi perokok-perokok. hampir semua housemate & officemate adalah perokok. bila time melepak kat rumah/pantry tahan je lah sangap tu. ada jugak yang pesen hulur-hulur rokok. saja je kasi goyah iman aku ni. tapi aku berjaya tepis tindakan keji mereka.


*banyak lagi soalan lain tapi aku lupa dah haha*


sepanjang 30 hari aku tak merokok, banyak benda berubah sebenarnya. paling jelas, yeah, aku makin gemuk. bila dah tak merokok, selera tu makin naik. adoiyai. makan aje kerja aku. sangap rokok boleh pulak aku tahan, tapi selera makan tak boleh. haha. takpe takpe. gemuk boleh dikuruskan *sedapkan hati sendiri*

selama 30 hari ni jugak, banyak dapat simpan duit. obvious sangat kot sampaikan dah dapat gaji bulan ni pun gaji bulan lepas ada lebih lagi. *muahahaha*. mana tak lebih, nak cecah MYR 200 jugak lah aku boleh simpan. (sorry lah tak dapat belanja, aku dah habiskan dengan bershopping kat The Curve semalam haha)

ini adalah anggaran kasar aku punya belanjawan rokok bulanan.

sekotak Winston Merah : MYR 8.50
purata kadar penghisapan rokok 3 hari : 2 kotak (MYR 17)
30 hari : MYR 170

banyak woh MYR 170 (banyak lah bagi orang miskin macam aku ni haa). itu kalau purata 2 kotak untuk 3 hari. kalau hujung minggu confirm lebih sebab biasanya kalau aku melepak aku boleh habiskan sekotak satu malam. *uhuk uhuk sakit dada*

banyak sebenarnya kebaikan dia selain dari menjimatkan duit. jadi kepada sesiapa yang rasa nak berhenti tu, kuatkan iman masing-masing lah yer. semoga berjaya.

ouh ye sebelum terlupa. terima kasih lah kepada semua yang ucap tahniah kat Twitter/Facebook tadi. siap ada yang nak kasi kek sebagai hadiah. *lap air mata terharu*

notakaki : pagi tadi masa kat pantry aku pow rokok officemate. dia punya feeling serupa macam mula-mula belajar hisap rokok dulu. tekak rasa pahit lain macam.

16 tukang komen:

speedrider said...

hek elehhhhhhhhh...
berhenti 30 hari, lepas tu isap balik?

Aiyo... baik tak yah berenti terussssss

zonaku said...

haah... dah berjaya berenti.......

x yah la merokok balik.... kan best bila jenjalan geng memuah bebas asap rokok............................



170 sebulan, sementara tunggu september depan, dah berapa byk ko leh saving....... jutawan le ko kat bali nanti tau.....

nuyuljana said...

cool.

tahniah sebab dah berjaya kawal nafsu.

maksud aku nafsu nak hisap rokok.

hehe.

:)

Aima Othman said...

berhenti terus arrr...170 sebulan..kalau 10 bulan..dah 1700..byk tu..boleh beli FM bnyk2 kat bali nnt.hahahaa

Masy said...

gi sapkok balik watpe mung.. aiseh.. hehehheh

200 bln ni dah abes. bln dpn ade lg kan. yesssssssss

Nadia Nazifah said...

hai khairi. ada kenal aku tak? budak bitm :) saje je comment sbb kagom dgn keinginan utk mencabar diri tu.

aku tiru mcm ko la, 30 hari tanpa ais. sedang elok november arini.

cube lah cabaran lain pulok ! and good luck. aku doakan nnt kamu berhenti terus aja!

Siti said...

keri, berenti je la terus...ade ke sambung balik...

p/s: dah follow twitter keri. fuhh..seminit sekali update. dasat..hahaha

Encik M said...

syabbas keri...mu patot jd role model pada kawan2 kite..huhuh..

sharamli said...

Eh..tahniah!

CoOkiE MoNSter said...

lak ai susah-payah memerah keringat ko benti merokok, leh sambung balik pule ko ye? watever pon, try to less smoking la dude.

malaysia boleee! ko aku tak taulah.

XD

WH ღ said...

hey.. masa ak kja smbilan kat kdai runcit dlu pn ak dah relize bnda ni. sbb ade sorg pelnggan tetap ney. dye kje kedai belakang. pasaraya sakan. everyday dye akn mai beli sebatang2 rokok winston merah. sehari 3batang=RM2.40. klo sebulan dah rm24 riggit. setahun dah rm288. membazir btol. huhu

razifmustapha said...

baguih dok ado! try 30 hari tanpa porn plak keri. kahkakhkah!

k.e.r.i. said...

speedrider ~
pelan-pelan kayuh brader. haha!

zonaku ~
yeah! geng memuah bebas rokok.

nuyuljana ~
terima kasih!

aim-a ~
beli banyok-banyok buat mende.
sek-sek ni gi jugok.

Masy ~
eh eh kenapa yes?

k.e.r.i. said...

Nadia Nazifah ~
kenal je. orang tranung jugok owk?
semoga berjaya dengan cabaran #30HariTanpaAis.

Siti ~
saje je nok test paru-paru semula. haha.
guane gamok lepas follow tuiter?
rasa nok unfollow dok? HAHA

Encik Markmiez ~
role model lah sangat. haha.
mung weti dok lagi?

Sharamli ~
eh terima kasih!

Cookie Monster ~
insyaAllah aku boleh!

k.e.r.i. said...

... ^^ ~
ramai yang tahu pasal benda tu, tapi tak ramai yang sanggup tinggalkan.

razifmustapha ~
yang tu susah sikit. HAHA

Farha IbuCergas said...


Ler lepas 3o hari kenapa hisap balik..

Hish.. pakat2 ler berhenti merokok ni...


xde pekdahnya.. ade babi tuu dalam rokok tu.

IbuCergas

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.