Tuesday, September 13, 2011

KL-BDO-JKT-BDO-KL : hari #2

sekarang mari sambung pasal hari kedua.

pepagi buta lagi dah bangun. malam sebelum tu aku tidur super duper nyaman. off aircond sambil selimut tebal. sejuk kot kat sana. dah siap-siap apa semua terus tuju ke lobby hotel untuk bersarapan pagi.

untuk sarapan pagi tak payah bayau apa-apa sebab dah bayau sekali harung dengan hotel. (ini standard ah kan?)

Photobucket

dah kenyang apa segala, mari lah meneruskan aktiviti. menurut Pak Hery, mula-mula dia nak bawak kami ke Kawah Putih. tempat wisata ni terletak di Ciwidey. lebih kurang 2 jam lebih perjalanan katanya. katanya lah. kami pun tak tahu. apa benda Kawah Putih ni kejap lagi aku royak.

sepanjang perjalanan ke sana, terpaksa meredah kesesakan jalan raya dalam bandar Bandung ni dulu. awal pagi lagi dah penuh sesak dengan kenderaan. ouh baidewey, waktu kat sini lambat sejam dari Malaysia.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

sepanjang perjalanan ke sana pemandangan biasa je. dah dekat-dekat nak sampai tu nampak lah ada orang tanam strawberry tepi-tepi rumah je. dah nama pun kawasan gunung kan, mesti lah sejuk. menda alah kopi luwak ni pun ada jumpa jugak.

Photobucket

tahu dok amende kopi luwak ni? pepandai lah gugel sendiri yer. tapi senang cerita kopi luwak ni adalah kopi yang dimakan oleh musang pastu dia berak biji kopi tu pastu orang ambil jadikan air kopi. haaaa, menggelikan tak? Malaysia dah keluarkan fatwa haram untuk meminum kopi luwak tetapi tidak di Indonesia.

seperti kata Pak Hery tadi, memang betul perjalanan ni ambil masa 2 jam lebih. lebih kurang pukul 10.30 pagi waktu sana, kami sampai kat Kawah Putih ni.

apa Kawah Putih ni?

Kawah Putih ni adalah bekas gunung berapi yang terletak di Gunung Patuha. sekarang dah tak aktif (kot) dan kat situ bau belerang dia sangat kuat. ada lah sejarah dan mitos dia sikit-sikit. air dia kaler turqoise dan view memang superb!

untuk masuk ke tempat wisata ni, kena bayau tiket masuk. harga tiket untuk penduduk tempatan dan pelancong asing adalah berbeza. for sure lah untuk pelancong asing adalah lebih mahal. tapi kami dapat harga penduduk tempatan. haha

awek jaga kaunter : berapa orang Pak?
Pak Hery : 5 orang.
awek jaga kaunter : semua dari Bandung?
Pak Hery : yeah.
Aku, Mija, Shepa, Mek: *diam*

kah kah kah! muka kami ni ada muka Indonesia ke weh? lantak lah. janji dapat harga murah. pastu Pak Hery terus aja naik ke atas sambil gelak.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

sekarang kita sudah sampai di Kawah Putih. aku tempek gambar aje lah yer. takde cerita sangat kat sini kecuali bergambar bergambar dan bergambar lagi.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

masa kami nak balik tu baru lah ramai orang datang. Pak Hery kata kami beruntung sebab biasanya cuaca tak elok macam tu dan takkan nampak seluruh kawasan tu sebab berkabus. apa-apa je lah Pak Hery. sekarang kita nak ke mana plak?

destinasi seterusnya adalah Situ Pateangan.

aduh. apaan sih?

menurut bahasa tempatan, Situ bermaksud tasik dan Pateangan bermaksud saling bertemu. kiranya macam tasik tu adalah gabungan dua tasik. lebih kurang macam tu lah maksud dia.

kat sini pun takde apa sangat sebenarnya. ada servis naik perahu dan bot-kayuh-pakai-kaki untuk ke Batu Cinta kat titik pertemuan tasik kat sebelah sana. kununnya kat situ lah dewa dan dewi apa entah bertemu dan bercinta. tapi buang masa je kami nak kayuh-kayuh bagai. kami datang bukan nak beromantik bagai. snap snap snap kemudian blah.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

OTW balik, singgah beli strawberry kat pintu masuk Kawah Putih tadi sebab rasa menyesal plak tak beli masa keluar tadi. untuk balik ke bandar Bandung, kami kena lalu depan Kawah Putih lagi sekali. since tadi dah tengok pemandangan, time balik semua berdengkur kat belakang kecuali aku duk melayan sembang dengan Pak Hery.

masa sampai kat Bandung, hari masih cerah. jadi sempat lah gegirls ni shopping. lepas keluar FO itu, masuk FO ini pulak. adeh. capek.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

done shopping untuk part #1. malam tu punya makan, Pak Hery bawa kami ke Kampung Daun. siapa-siapa yang pernah/selalu gi Bandung ni tahu lah apa Kampung Daun ni.

Kampung Daun ni dalam kawasan macam taman perumahan elit kot. ini daripada yang aku nampak lah. kat hujung sekali tu baru tempat makan namanya Kampung Daun. makanan dia biasa-biasa aje cuma tempat dia memang terbayek woh! cun habis.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

perut dah kenyang apa semua, masa untuk balik tidur. esok masih ada aktiviti yang perlu dilaksanakan.

tapi kan, kalau korang gi Bandung, memang rugi lah kalau tak gi makan kat Kampung Daun tu. dah dah. sambung next entry plak untuk hari #3.

7 tukang komen:

zonaku said...

tahniah.. agak cepat sambung.

memula aku nk tny apa itu FO... hahahha


gambar tasik tu mana?

Masy said...

FO = factory outlet

aku nak gi bandung gaaaaaaaaaaakk

k.e.r.i. said...

zonaku ~
gambar yang ko nampak ada air tu lah tasik.

Masy ~
sila sila. aku rasa ko bawak duit seguni pun belum tentu cukup.

hanie said...

tp ngape aku tak in sgt nak ke bandung ni... haihh..

Gua Blog said...

Ku pernah minum kopi luwak! Tapi masa tuh belum keluar fatwa haram lagi eheheehe..

mia sarah hemiza said...

sesungguh nya aku dah tak sedar masa bila pusing2 kat jakarta tu!!! hahaha... selamat tido dah...

dialog ngn brader upin ipin tu salahhhh :p

k.e.r.i. said...

hanie ~
ko nak gi tempat rare je mek.

Gua Blog ~
err, apa rasa dia?

Hamizahms ~
hahaha. aku main taram je letak dialog tu.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.