Thursday, September 8, 2011

KL-BDO-JKT-BDO-KL : hari #1

sepatutnya entry ni aku buat lama dah. sebelum entry kat bawah ni dan sebelum bulan puasa lagi sebenarnya. tapi biasa lah kan, aktiviti menghapdet blog ni kena ambil kira faktor mood dan kadar kerajinan juga. jadi tetiba malam ni aku rasa nak buat entry sempena kunjungan/lawatan/trip/or-wut-so-ever ke Bandung & Jakarta bulan Julai lepas. *gigih buat entry walaupun esok ada meeting pagi*

ok macam biasa, muka-muka yang korang akan nampak setiap kali aku travel adalah muka recycle aje. yeah, mereka ni semua geng jalan-jalan aku. aku sorang je lelaki? ada aku kisah? haha. sebenarnya masa aku beli tiket hari tu, 7 orang (lelaki + perempuan) yang nak join sekali. tapi bila sampai waktu dan ketikanya 3 orang tak dapat join berikutan kekangan kerja. maka, tinggal lah kami berempat sahaja. alah, kerja gaji ribu-ribu, setakat burn tiket harga MYR47 tu apadehal kan?

ok. ini 3 orang wanita yang aku jaga masa trip ke Indonesia tempoh hari.

Photobucket

disebabkan kali ni flight kami waktu Maghrib, so takde lah amazing race sangat, siap boleh ambil gambar bagai. dari KL sampai nak jejak kaki kapal terbang tu takde pun nak berlari. jalan lenggang-lenggang itik je orang kata. jadi lebih kurang pukul 7.30 petang 26 Julai 2011 kami terbang ke Bandung. *woosh*

Photobucket
Photobucket

kenapa Bandung? entah lah. sebenarnya ni tempat pertama aku jejak kaki kat negara Indonesia. masa beli tiket dulu nampak tiket ini je yang murah, so sambar je lah kan. lagipun nak tengok jugak macam mana rupa Bandung ni sampai semua orang nak datang shopping kat sini. *tapi gua datang bukan nak shopping pun*

Photobucket

lebih kurang 2 jam lebih penerbangan, sampai lah kami kat sana. sampai malam, apa benda pun tak nampak. benda first sekali yang aku perasan masa jalan kaki nak ke bangunan terminal adalah signboard Giant. haha. terkejut sekejap. lepas tu masuk nak cop imigresen. bapak lama kena tunggu. dah lah kaunter ada 2,3 aje pastu pegawai nya ala-ala lagi 2,3 tahun nak bersara wajib.

keluar dari bangunan terminal rasa sejuk woh! FYI, (aku pun baru tahu hari tu) Bandung terletak di kawasan tanah tinggi. sebab tu malam dia sejuk lain macam. lebih kurang Cameron lah kot suhu dia. lepas berjumpa dengan pak supir @ Pak Hery yang sudah dikontek siap-siap dari Malaysia, lalu kami menaiki Suzuki-apa-entah untuk ke tempat makan.

malam tu kami makan malam kat Restoren Sederhana. tapi tengok lauk dia takde maknanya nak sederhana. dah lah aku lapau gila sebab dalam flight aku tak makan, dieorang 3 orang je yang makan. *gua tak cukup bajet beb. bwahahaha*

Photobucket
Photobucket
Photobucket

perut dah kenyang-erpp-alhamdulillah, terus ke tempat penginapan. kat sana kami tinggal di Casa D'Ladera. masa dalam flight memandai je bebudak ni bantai nama Casa D'Lagera lah, Casa D'Negro lah, apa lah masa nak isi form. asal boleh.

dah masuk bilik, mandi apa semua, semua tuju ke lobby hotel. apa tujuan? cari wifi lerrr derrr. masing-masing dengan henpong canggih duk sibuk nak update status facebook, twitter, foursquare apa semua. temasuk lah aku sekali. haha. pung pang pung pang, tidur!

sambung next entry plak untuk hari #2.

8 tukang komen:

Jard The Great said...

next entry dalam bulan depan kot baru nak up kanzz? haha

Masy said...

mau lepas krismas baru bersambung ni. haahahhahah

Erina Asmawani said...

ko sorang je lelaki? hamboihhh..;p

zonaku said...

bulan depan or lepas kirsmas aku rasa okey lagi. maunya lepas new year 2012? x pun dah merangkak dah memuah junior nanti, baru dia update lagi...


muahahhaahaaaa........

Shepha said...

suzuki APV please.
and kitorang tak perlu dijaga.
kitorang yg jaga hang.haha

HEMY said...

korang ni tak baik tau sangka buruk kat keri lambat update walaupun dia buruk...jahat la korang

ok keri..aku tggu next entri..janji...

mia sarah hemiza said...

huh!
sape jaga sapeeee....
sape yg kejut ko!!!! ;p

k.e.r.i. said...

Jard The Great ~
ko silap lah Jard. aku baru je update untuk hari #2.

Masy ~
Krismas bulan 9 ke? HAHA

Erina Asmawani ~
iya mbak.

zonaku ~
gelak ko yer.
skang pi hadap entry #2 day. LOL

Shepha ~
oh ye ke?
rasa macam tak je. haha.

HEMY ~
ayat ko memang babi kan? HAHA

Hamizahms ~
hek eleh, sekali kejut pun nak kecoh. muahaha!

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.