Monday, September 19, 2011

KL-BDO-JKT-BDO-KL : hari #3

hari #3 aku bangun lewat sikit. itu pun selepas dikejutkan olek Mek. hari ni punya supir adalah Pak David (kami sesuka hati panggil Pak Jabit. LOL) sebab Pak Hery ada tetamu lain untuk dilayan. sarapan, kenyang, gerak.

lokasi? Jakarta!

dulu masa mula-mula beli tiket tak terfikir pun nak gi Jakarta. tapi masa duk planning pung pang pung pang, kami sepakat untuk ke Jakarta sekali. asalnya mahu naik train sahaja, tapi bila kira-kira balik, kos adalah lebih kurang kalau gi dengan supir dan nanti kat sana susah nak gerak.

kalau ikutkan jarak relatif, Bandung - Jakarta ni lebih kurang KL - Melaka sahaja. tapi disebabkan kesesakan lalu lintas, ambil masa 3 jam lebih jugak lah nak sampai sana.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

kami pun sebenarnya tak tahu mana nak tuju kat sini. yang aku tahu aku nak jejak kaki kat Monumen Nasional a.k.a Monas kat tengah-tengah kota Jakarta sana. itu je tempat yang aku tahu. mungkin disebabkan selalu sangat tengok sinetron dan filem Indonesia kot.

tempat pertama yang Pak Jabit cadang adalah Hard Rock Cafe. motif? jauh-jauh dari Malaysia datang Hard Rock Cafe? ah lantak lah. kalau kat Malaysia macam segan nak gi sebab macam tempat orang kaya-kaya lepak. sekurang-kurangnya kat sini takde lah segan sangat dok? haha.

Pak Jabit drop kiteorang, dia blah. maka merayau-rayau lah kami.

Hard Rock Cafe Jakarta terletak di dalam shopping mall Plaza Indonesia. dia punya design memang lebih ganas kalau nak banding dengan shopping mall kat Malaysia. sebenarnya bagus jugak Pak Jabit ni tinggalkan kiteorang kat sini. kat dalam ni ada aircond, boleh sejukkan badan. korang tahu tak betapa panasnya Jakarta ni? dengan jem nya, dengan panasnya. aduh!

Photobucket
Photobucket
Photobucket

lepas sejam lebih, kiteorang dah mula bosan. Mek sms Pak Jabit tak reply, nak call mahal kot. lepas tu dia dengan Shipa gi lah minta tolong kat sorang brader jaga parking. entah apa dieorang bersembang tiba-tiba brader tu tanya "Upin Ipin sudah membesar?" LOL.

Pak Jabit sampai kiteorang gerak ke lokasi seterusnya; Monas!

masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. yeyeay! *sangat budak-budak* Pak Jabit hantar kami kat luar je. kami dengan gigihnya berjalan kaki di bawah terik sinaran matahari. makin mocha kulit gua ni. dah lah jauh gila menapak untuk sampai ke pintu masuk.

untuk masuk ke kawasan Monas, perlu bayar tiket berharga IDR 2500/seorang. itu tiket untuk masuk ke kawasan sahaja yer, untuk naik ke puncak sana, kena beli tiket lain pulak. apa-apa hal, kita bergambar dulu.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

untuk naik ke atas sana, kena bayau lagi IDR 7500/seorang. jadi jumlahnya adalah IDR 10000. tengok banyak 'kosong' tu macam mahal gila je kan. bila tukau ke MYR, lebih kurang 3 hengget setengah sahaja! Menara KL tu kalau kau takde 50 hengget, jangan harap lah nak jejak kaki kat atas. (aku pun tak pernah naik Menara KL. haha!)

walaupun aku tahu pasal Monas ni, tapi aku tak tahu pun yang sebenarnya boleh naik sampai kat atas tu. selepas Pak Jabit royak baru aku tahu. aku ingatkan tugu-berpuncak-emas-tulen semata-mata. tengok kecil semacam je.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

view dari atas adalah super nice dan sangat berangin. tapi tempat adalah super sempit. kat atas ni boleh nampak lah hampir seluruh Kota Jakarta. ada teropong kalau ko nak skodeng mana-mana celah Jakarta, tapi kena pakai token lah. dan token semestinya kena beli beb.

dah turun, naik tram, cari Pak Jabit.

FYI, tram yang ada kat kawasan tu adalah percuma yer. tadi punya lah gigih jalan kaki tengah panas. *gahhh*

dah jumpa Pak Jabit, suruh Pak Jabit bawa kami pusing-pusing Jakarta. sambil drive sambil bercerita tempat itu tempat ini tempat shopping murah hotel murah bla bla bla. pusing punya pusing sampai ke Batavia. Batavia adalah kota lama Jakarta dan Batavia adalah nama lama bagi Jakarta masa zaman pendudukan Belanda dulu.

Pak Jabit bawa kami ke Ancol; taman tema air. tapi sekadar lalu kat luar je lah. apa jadah datang jauh-jauh kalau nak mandi-manda bagai. Sunway Lagoon yang 10 kilometer dari Puchong ni pun aku tak pernah masuk. agak-agak bosan, kami ajak Pak Jabit balik ke Bandung.

Photobucket
Photobucket

masa nak balik ni dia punya sesak lagi teruk. aku dah tidur bangun balik pun kiteorang belum keluar dari Jakarta lagi. adeh.

*sambung tidur*

sedar-sedar dah separuh jalan kat Lebuhraya Jakarta - Bandung. Pak Jabit ni punya driving skill dia punya hebat, memandu pada kadar kelajuan 140km/sejam sambil sms/cakap telefon. gerun jugak woi. masa aku tersedar tu dia perlahan lah sikit. dah lah malam, nasib baik kenderaan tak banyak.

sampai Bandung, setelkan hal Mija, kemudian sambung shopping untuk part #2. aku tengok-tengok aje. tak minat. padahal takdak duit. selesai labur duit kat kedai, masing-masing mula lapar. dari pagi tak makan kot. malam tu kami makan kat gerai tepi jalan je sebab semua kedai makan dah tutup. tapi layan sebab ada orang main gitar nyanyi-nyanyi lagu.

ada satu lagu tu kiteorang rasa sedap dia punya chorus. lepas dia habis main, aku gi tanya. lagu tu aku tak pernah dengar kat Malaysia; tajuk: Kehilangan, penyanyi; Firman. lepas tu terus dia duk nyanyi lagu artis Malaysia. lagu Search kot.

Photobucket
Photobucket

sampai hotel, singgah lobi guna wifi jap, masuk tidur. esok adalah hari #4 yakni hari terakhir.

*gigih*

9 tukang komen:

Masy said...

nampak gaya sempatlah siap entry bandung ni sebelum krismas. x sesia aku kutuk HAHAHAHAHAHAHHAHAA

CoOkiE MoNSter said...

last word *gigih* tu memang priceless.

LOL

zonaku said...

hahaha.. bagus2 ada kegigihan camni

sharamli said...

eh tetiba tanya upin ipin..ha3

rAmiZa.mY said...

Sesungguhnya..ku tak bisa....


Ye,ndorg nyanyi lagu Isabella utk kite

Anonymous said...

pah indonesia leni... xdok doh sotong celup tepung aku....huhu

Unknown said...

untung supir tahu jalan jakarta. supir aku haprak tak tau jalan!! benci

k.e.r.i. said...

Masy ~
kutukan membina takpe. HAHA

Cookie Monster ~
aku memang priceless. heh!

zonaku ~
yer, aku tahu aku bagus. heh!

sharamli ~
entahnya. itu je yang dia kenal kot.

ramiza.my ~
yer, terima kasih ramiza.

k.e.r.i. said...

mr.ix ~
cis. dok soh ungkit lah kalu saloh mung sendiri. haha!

Bulan Bintang ~
haha. nasib baik.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.