minggu lepas adalah minggu jalan-jalan naik keretapi gi Ipoh. trip ni adalah bersempena dengan kehadiran baby baru Khairil Azizi yang berketurunan Canon. lagi satu sebab nak merasa naik keretapi jauh-jauh. kesian kan? nak balik Terengganu naik keretapi memang tak dapat lah jek.
keretapi yang sepatutnya sampai kat KL Sentral pukul 9 pagi delayed pulak setengah jam. lepas tu tambah lagi 15 minit. jadinya kami berlepas dari KL pada pukul 9.45 pagi.
sampai Ipoh lebih kurang pukul 1.30 petang. perasaan naik keretapi? biasa je. lebih kurang macam naik train dari KL Sentral ke Setia Jaya. cuma boleh duduk atas kerusi. sampai kat stesen keretapi Ipoh, terus check-in hotel. Hotel Majestic tu betul-betul atas stesen keretapi Ipoh ni. masuk bilik letak barang mandi apa semua, terus keluar.
destinasi pertama adalah Kellie's Castle. untuk ke sana kena naik bas, jadi kena cari stesen bas. stesen bas henti-henti ni dekat je dengan hotel. tapi menapak pun berpeluh jugak lah 2,3 titik. naik bas dan turun di perhentian bas Batu Gajah, bukan stesen bas. kalau terlepas perhentian bas warna pink tu, anda akan terlajak ke Tanjung Tualang. jauh woh.
dah sampai Batu Gajah, kena naik teksi pulak untuk ke Kellie's Castle. jauh tak jauh sangat lah, tapi 7 ringgit jugak dia punya tambang. sekarang sudah sampai, mari masuk. sebelum tu bayau tiket 4 ringgit dulu bai.
ini kawasan depan istana. ada sungai kaler teh ais. dan dan dan istana ni tepi jalan je pun.
ouh kenalkan ini kawan saya yang melepak di tangga sahaja kerana kegayatan naik ke rooftop paling atas. rooftop kat sini ada 3 level.
dah ambik gambar sana sini, pukul 5 petang kami dah slow-slow gerak balik sebab pakcik teksi cakap bas paling akhir lalu situ pukul 6 petang. masa balik kami naik bas ke Gopeng lepas tu tukar bas ke Ipoh pulak. sampai hotel terus shutdown.
sebelah malam adalah aktiviti melepak makan dengan Siggplus dan cikaronya si Huda kat Taman Kanak-Kanak. sedap woh sate kat situ. famous jugak kut sate Endut tu.
habis melantak, ronda-ronda kat Gerbang Malam kejap. sebelah tempat makan tu jer. takde benda sangat kat sini. apa yang korang jumpa kat uptown, korang akan jumpa jugak kat sini.
kemudian ronda-ronda bandaraya Ipoh naik kereta Sigg pulak. ronda punya ronda sampai Lost World of Tambun sana. Sigg ngan Huda dah balik, kami sambung lepak depan hotel pulak.
keesokannya, kami sarapan pagi kat hotel ni je sebab termasuk sekali dalam pakej. walaupun nasi lemak nya agak masin, sempat jugak jugak telan sampai 2 pinggan.
tengah hari, check-out hotel dan terus ke destinasi kedua; Gunung Lang. aku pun tak tahu kenapa kami gi Gunung Lang ni tapi tengok blog ni macam best je, kami ikut je lah. lagipun takde tempat lain kut kat Ipoh ni.
sebelum gerak, sempat pekena jeli sejuk kat sebelah stesen bas dulu. ngam-ngam pulak tengah hari. pergh. nikmat.
sebelum gerak, sempat pekena jeli sejuk kat sebelah stesen bas dulu. ngam-ngam pulak tengah hari. pergh. nikmat.
simpang ke Gunung Lang tak jauh pun, seringgit setengah je dari Ipoh. tapi nak masuk ke dalam tu jauh jugak lah. mengikut perkiraan tapak kaki, lebih kurang 1 kilometer jugak jauh dia.
kat sini ada air terjun buatan, tasik yang penuh dengan ikan putih ikan oren ikan keli gemuk-gemuk pastu ada taman haiwan sikit-sikit kat seberang tasik. arnab kat situ saaaaangat comel. rasa macam nak 'khenyek' je.
dah habis tawaf satu tasik, jalan kaki, tunggu bas, balik ke Ipoh. sampai Ipoh, isi perut dulu kat Medan Kidd. medan selera ni sebelah stesen bas jer. sebelum balik KL, sempat lagi lepak depan stesen 1 round.
dah habis cerita trip ke Ipoh. eleh, pergi Ipoh je pun, tapi cerita bukan main teruja macam pergi Dublin. lalala~
26 tukang komen:
tahniah kerana berjaya menghabiskan lawatan anda ke ipoh
ahhh kellie castle dlu lg best
ape2 pun utk korg bjaua sampai sn n bjaya terlelap sampai aku ngn sigg tggu lama gila haha sampai rs nk ketuk pintu bilik
gay lu gayat eh?
aiyakkk gua jd cikaro ke? apesal muka sigg mcm tu. hoho.
ohh sate tu mmg sedap
+ thanks la blanje. ciss baru nk korek poket nk bayar ko dh bayar dlu. heh
ko bg mkn x ikan gemok2 kt gunung lang tu? naik bot x g seberang sana?
bagus2.......
melancong dl dalam negara dari susah payah keluar negara sedangkan apa yang ada di sini pun x habis kenal
gaya penceritaan tu ada sudah gaya journalist.
waser ge nok gi Ipoh etek pulok doh...
nasib lu tak kutuk negeri wa..
kalau tak..wa flag blog lu!!
hahahahahaa!! :P
nice shot..esp gmbr yg ikan tu..
awat pakat ambik gambaQ tutup mulut cam tu? hehhehehhe
patut la si azizi sms saya cakap pasal ipoh~
satay endut mmg femes nye..sejak aku kecik smpai la aku da panjang neh..hahaha
ko x try lak popiah ss ali?
walaupun ipoh tanah tumpah darah mak aku lahirkan aku, tp aku xpnah jejak kaki kt kellie's castle ngn gunung lang..kasihan rasanya..
tibe2 rindu ipoh lak..haih~
ipoh mali ipoh ipoh mali
woo pegi tak ajak! eksen!
*eleh gi ipoh je bkn gi Dublin - jawab si Keria
ipoh kampung ku~~
aku amek gamba kat kellies tu dr jauh je entah takde mood nak tgh dkt2.hehehe..
syok nye nek ketapiii
huda luna ~
aiyok. banyaknya soalan ko.
kiteorang naik lah bot tu gi seberang sana.
zonaku ~
melancong ke? jalan-jalan dalam negara pun dah susah.
s.i.t.i. ~
gi ah. 2 jam je gi Ipoh.
h a n i e ~
dah bosan mengutuk masa kat sana.
haha.
y.a.n.i.e. ~
itu lah kendid namanya.
liliyuli ~
dia sms awak?
saya awak? err
ramiza.my ~
kalau kellie's castle ada kat terengganu pun aku tak gi gak.
masy ~
bagus. tanya soalan jawab sendiri.
mek.mizah ~
tak syok mek. tak.
wah.. my home town
sonot menembak! =)
hahaha aku pun xsampai lagi tempat2x yg ko lawati tu. hahah
cantiknye gambar.. especially gambar sate.. lapo//
syanteknya gambor...
.
puas hati berjalan ... minggu lepas ke ipoh juga ... tapi x sempat berjalan sakan mcm bro ... pegi sana pun atas urusan kerja ;)
wah..layan tol tengok gambar..lama tak outing camni...lepas ni la aku wat balik...insyaAllah
waaahhhh...seronoknyer...aku tak penah nek ketapi taw...huhu...jeles...
weyh...amcm? on ea bulan 6..hehe
regards,
Triplesmiley
waaa, aku teringat shoot kat stesen keretapi ipoh lama tu..:) klasik!!
Sigg tu gu demo dih?
Pranga sama jenih supo demo doh kawe agok. haha.
::: lawa laaa gambar2 keri kat ipoh nih.. jeles tengok. saya pon penah sampai kat stesen keretapi ipoh tuh.. posing sana sini, tapi tak masukkan pon dlm blog sbb entry gopeng lebih meluas liputannya [huhu].. kat stesen tuh ada lif zaman kolonial tuh kan? [hehe] berpeluang jugaklah naik. tapi lif tuh selalu rosak bila byk sgt tekan butang dia [huhu]..
ko ni apesal suka sgt berjalan pastu tgkap pic best2? buat aku jeles tau x..jeles! huhu (T_T)
wah gambar ko best
terbaik lu punya travel! rasa mcm nak ikut je
meo88 ~
oh really? now i know.
nis n4d ~
bukan seronok. sangat seronok.
huhu.
Munirah Abd ~
ko ada banyak masa lagi untuk menyelongkar ipoh.
gadis comel ~
thanx. erk, tetiba lapar juga.
tasekM ~
sengkiu ahkak.
FarEast ~
pergi atas urusan kerja masa tu limited skit ah kan.
HEMY ~
lepas ni aku nak outing dengan ko jugak. sila ajak.
smiley ~
insyaAllah jadi. esok dah pun.
Acaii ~
memang klasik. serius.
Kuwe ~
maley tu jah pun baru jadi gu.
haha.
ReActivate ~
ingat nak gi gopeng gak. tak sempat masa ar.
Erina Asmawani ~
haha. jangan jeles. nanti kita jenjalan sesama.
SUXX ~
tengkiu tengkiu.
razifmustapha ~
lu punya travel ke medan lagi gua jeles.
haha
wOOoo! bes! santek!
Post a Comment