minggu lepas adalah minggu jalan-jalan naik keretapi gi Ipoh.
trip ni adalah bersempena dengan kehadiran
baby baru
Khairil Azizi yang berketurunan Canon. lagi satu sebab nak merasa naik keretapi jauh-jauh. kesian kan? nak balik Terengganu naik keretapi memang tak dapat lah jek.
keretapi yang sepatutnya sampai kat KL Sentral pukul 9 pagi delayed pulak setengah jam. lepas tu tambah lagi 15 minit. jadinya kami berlepas dari KL pada pukul 9.45 pagi.
sampai Ipoh lebih kurang pukul 1.30 petang. perasaan naik keretapi? biasa je. lebih kurang macam naik train dari KL Sentral ke Setia Jaya. cuma boleh duduk atas kerusi. sampai kat stesen keretapi Ipoh, terus check-in hotel. Hotel Majestic tu betul-betul atas stesen keretapi Ipoh ni. masuk bilik letak barang mandi apa semua, terus keluar.
destinasi pertama adalah Kellie's Castle. untuk ke sana kena naik bas, jadi kena cari stesen bas. stesen bas henti-henti ni dekat je dengan hotel. tapi menapak pun berpeluh jugak lah 2,3 titik. naik bas dan turun di perhentian bas Batu Gajah, bukan stesen bas. kalau terlepas perhentian bas warna pink tu, anda akan terlajak ke Tanjung Tualang. jauh woh.
dah sampai Batu Gajah, kena naik teksi pulak untuk ke Kellie's Castle. jauh tak jauh sangat lah, tapi 7 ringgit jugak dia punya tambang. sekarang sudah sampai, mari masuk. sebelum tu bayau tiket 4 ringgit dulu bai.
ini kawasan depan istana. ada sungai kaler teh ais. dan dan dan istana ni tepi jalan je pun.
ouh kenalkan ini kawan saya yang melepak di tangga sahaja kerana kegayatan naik ke
rooftop paling atas.
rooftop kat sini ada 3
level.
dah ambik gambar sana sini, pukul 5 petang kami dah
slow-slow gerak balik sebab pakcik teksi cakap bas paling akhir lalu situ pukul 6 petang. masa balik kami naik bas ke Gopeng lepas tu tukar bas ke Ipoh pulak. sampai hotel terus
shutdown.
sebelah malam adalah aktiviti melepak makan dengan
Siggplus dan cikaronya si
Huda kat Taman Kanak-Kanak. sedap woh sate kat situ.
famous jugak kut sate Endut tu.
habis melantak, ronda-ronda kat Gerbang Malam kejap. sebelah tempat makan tu jer. takde benda sangat kat sini. apa yang korang jumpa kat
uptown, korang akan jumpa jugak kat sini.
kemudian ronda-ronda bandaraya Ipoh naik kereta Sigg pulak. ronda punya ronda sampai Lost World of Tambun sana. Sigg ngan Huda dah balik, kami sambung lepak depan hotel pulak.
keesokannya, kami sarapan pagi kat hotel ni je sebab termasuk sekali dalam pakej. walaupun nasi lemak nya agak masin, sempat jugak jugak telan sampai 2 pinggan.
tengah hari,
check-out hotel dan terus ke destinasi kedua; Gunung Lang. aku pun tak tahu kenapa kami gi Gunung Lang ni tapi tengok
blog ni macam best je, kami ikut je lah. lagipun takde tempat lain kut kat Ipoh ni.
sebelum gerak, sempat pekena jeli sejuk kat sebelah stesen bas dulu. ngam-ngam pulak tengah hari. pergh. nikmat.
simpang ke Gunung Lang tak jauh pun, seringgit setengah je dari Ipoh. tapi nak masuk ke dalam tu jauh jugak lah. mengikut perkiraan tapak kaki, lebih kurang 1 kilometer jugak jauh dia.
kat sini ada air terjun buatan, tasik yang penuh dengan ikan putih ikan oren ikan keli gemuk-gemuk pastu ada taman haiwan sikit-sikit kat seberang tasik. arnab kat situ saaaaangat comel. rasa macam nak 'khenyek' je.
dah habis tawaf satu tasik, jalan kaki, tunggu bas, balik ke Ipoh. sampai Ipoh, isi perut dulu kat Medan Kidd. medan selera ni sebelah stesen bas jer. sebelum balik KL, sempat lagi lepak depan stesen 1 round.
dah habis cerita
trip ke Ipoh. eleh, pergi Ipoh je pun, tapi cerita bukan main teruja macam pergi Dublin. lalala~