Tuesday, November 10, 2009

dah lama aku tak buat tabiat ni...

sekali sekala buang tabiat best jugak yer.
dulu zaman muda-muda mula-mula main blog, selalu aje kena tag.
pernah sekali dalam seminggu, 6, 7 kali kena serangan tag.
tapi aku maintain aje beb.
jawab tetap jawab, cuma lambat sikit lah.

ini tag datangnya dari khairil azizi a.k.a. chaireel azizee.
tak tahu lah mana satu nama dalam kad pengenalan dia.
tanya dia sendiri untuk pengesahan.

tag nya berbunyi begini.

"sila pilih 2 orang yang korang selalu borak dekat ym..dan citer sket pasal dorang..."

pertama : Mija, bukan meja.
perempuan ni boleh kata tiap-tiap hari YM aku. kalau tak, aku yang YM dia. topik utama perbualan biasanya berkisar tentang kebosanan berada di pejabat dan juga perancangan aktiviti untuk hujung minggu yang akan datang. baru masuk kerja hari Isnin tapi sudah membuat perancangan untuk hujung minggu yang seterusnya. jadi, jangan tanya kenapa banyak muka dia dalam Facebook aku. kalau YM dengan dia ni ejaan perkataan wajib betul. kalau tak, seminggu kena bahan disebabkan typo.

kedua : bos aku, Edward.
yang ni sah-sah la tiap-tiap hari aku YM dia. semua kerja pesen kasi ikut YM walaupun meja aku depan meja dia je. nak ajak mesyuarat pun guna conference YM jugak. walaupun kurang komunikasi oral, tapi kebajikan pekerja tak pernah dilupakan. oh, baidewey, dia masih bujang.

ok siap.
tak nak tag siapa-siapa.
saja buat modal update blog. hahaha.

13 tukang komen:

rAmiZa.mY said...

patut aku banggakah?
hahaha

rAmiZa.mY said...

patut aku banggakah?
hahaha

hanie said...

aku igt ko dh buang tebiat.....




XD

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

oho....bgs2....

silentshutter said...

hua3..xde modal da la tu..huhuhu...

k.e.r.i. said...

ramiza.my ~
kalau yer pun nak bangga, tak yah ar komen sampai 2 kali.

hanie ~
tabiat aku ni mana boleh buang-buang.

chaireel azizee ~
gua memang bagus.
lu tak cakap pun gua dah tahu.

silentshutter ~
memang ah.
mood tak mari.

rAmiZa.mY said...

bkn saje nk komen 2 kali..
tenet umh ak lembab tm tuh..
cheh..
marah..
smol my heart..


pies:keri, arini ko x ym pn ak ag..haha

Anonymous said...

Kim salam kat Mija tu..heheh.

tasekM said...

kirim salam edward. he he.


.

rAmiZa.mY said...

mija jwb waalaikumussalam..

Liliyuli said...

lu berYM ngan bos walaupun ada depan mata??

baik tak payah ada mulut weh..

Kuwe said...

jimat suara.lagipun kalau ada terlepas ckp ketika taip.boleh diundur.delete saja takpun pangkah atas.

k.e.r.i. said...

ramiza.my ~
lu takyah nak smol heart bagai.
bukan tak biasa.
haha.

hidemichi ~
itu dia dah jawab tu.

tasikmerah ~
jawab salam dalam bahasa cina macam mana yer.

liliyuli ~
kami gunakan teknologi semaksimum mungkin.

kuwe ~
betul dah tu.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.