sekali sekala buang tabiat best jugak yer.
dulu zaman
muda-muda mula-mula main blog, selalu aje kena tag.
pernah sekali dalam seminggu, 6, 7 kali kena serangan tag.
tapi aku
maintain aje beb.
jawab tetap jawab, cuma lambat sikit lah.
ini tag datangnya dari
khairil azizi a.k.a.
chaireel azizee.
tak tahu lah mana satu nama dalam kad pengenalan dia.
tanya dia sendiri untuk pengesahan.
tag nya berbunyi begini.
"
sila pilih 2 orang yang korang selalu borak dekat ym..dan citer sket pasal dorang..."
pertama :
Mija, bukan meja.
perempuan ni boleh kata tiap-tiap hari YM aku. kalau tak, aku yang YM dia. topik utama perbualan biasanya berkisar tentang kebosanan berada di pejabat dan juga perancangan aktiviti untuk hujung minggu yang akan datang. baru masuk kerja hari Isnin tapi sudah membuat perancangan untuk hujung minggu yang seterusnya. jadi, jangan tanya kenapa banyak muka dia dalam
Facebook aku. kalau YM dengan dia ni ejaan perkataan wajib betul. kalau tak, seminggu kena bahan disebabkan
typo.
kedua : bos aku, Edward.
yang ni sah-sah la tiap-tiap hari aku YM dia. semua kerja pesen kasi ikut YM walaupun meja aku depan meja dia je. nak ajak mesyuarat pun guna
conference YM jugak. walaupun kurang komunikasi oral, tapi kebajikan pekerja tak pernah dilupakan. oh, baidewey, dia masih bujang.
ok siap.
tak nak tag siapa-siapa.
saja buat modal
update blog. hahaha.