Saturday, September 19, 2009

esok atau lusa, kita tetap akan raya...

ramai orang kata esok akan raya.
tapi kalau esok raya, maknanya kita puasa tak cukup 30 hari.
tak kira esok atau lusa, kita semua tetap akan beraya jugak.

kepada yang pertama kali beraya sebagai manusia bergaji, ya kita berada dalam kasut yang sama.
raya punya pasal, kepala pening memikirkan bajet.
raya punya pasal, badan penat ulang alik Sogo untuk beli handbag, purse, kasut, seluar apa semua untuk ahli keluarga.
raya punya pasal, hati risau takut-takut bos tak luluskan cuti.

kepada yang terpaksa bekerja pada 1 Syawal, pandai-pandai la korang melaksanakan tugas masing-masing sambil makan kuih raya (itu pun kalau ada) dan mengesat air mata. haha.

di kesempatan yang ada ni, (malam nanti kang akak aku nak guna broadband dia ni) aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan yang ada.
kawan yang pernah kenal muka, atau kawan yang langsung aku tak pernah jumpa muka, aku nak mintak maaf kalau ada salah silap.
semoga Hari Lebaran yang tiba akan memberi keberkatan dan kegembiraan kepada kita semua. InsyaAllah.

Photobucket

psst : banyak kerja menanti di rumah, tak sempat nak design kad raya elektronik. ni je idea paling kreatif aku boleh fikir. haha.

11 tukang komen:

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

selamat hari raya weh...

Anonymous said...

SeLaMat HaRi RaYa AiDilFiTrI
Minal Aidil Wal Faizin
Maaf Zahir Batin
&
TAHNIAH dan Selamat BerKONVO

GengBasSekolah

Anonymous said...

SeLaMat HaRi RaYa AiDilFiTrI
Minal Aidil Wal Faizin
Maaf Zahir Batin
&
TAHNIAH dan Selamat BerKONVO

GengBasSekolah

W. Hidney said...

salam lebaran keri

momentinlife said...

nak tapai~

HEMY said...

selamat ari rayaa....tembak jgn tak tembak

FarEast said...

macam mana raya kamu?

shepha said...

balik cepat.ayuh berdansa haha

sharamli said...

memang kretip dan in0vatip

nis n4d (*_~) said...

slmt rayeeeee gak!

k.e.r.i. said...

chaireel azizee ~
selamat hari raya

GengBasSekolah ~
selamat hari raya dan selamat berkonvo.
jupe dinung!

W.Hidney ~
salam lebaran Hidney.

momentinlife ~
tapai dah habis. tak sempat baling kat lanchang. haha

hemy ~
selamat hari raya.
menembak pun bukan pakai peluru kan.

FarEast ~
raya sangat lain tahun ni.

shepha ~
sori kakngahbulat. tak sempat berdansa bersama-sama di rumah banglong.
muahahaha.

sharamli ~
terima kasih. duit raya dah habis.

nis nad ~
selamat hari raya gok.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.