PAGI
hari ni hari Isnin. tak, semalam hari Isnin sebab aku buat entri ni pada pukul 1 lebih. Isnin semalam a.k.a. Cuti Nuzul Quran. Selangor cuti, tapi company aku tak cuti. pelik kan? budak-budak enjin ajak gi Melaka untuk mengambil gambar Alumni. UPK*, kami akan berkonvo 2 minggu selepas raya ni. kerana mereka berdua cuti dan nak ke Melaka, jadi aku pun nak ikut. apa lagi, aku pergi klinik mintak MC.
sampai klinik, doktor tanya sakit apa aku jawab gastrik, lepas tu dia tanya kat mana. aku tunjuk kat perut tepi pusat tu, dia kata gastrik bukan kat situ. mana aku tahu gastrik kat mana. sumpah tak tahu sebab aku tak pernah kena gastrik. dia tanya aku kerja dan nak MC ke? aku angguk kepala je. haha. nampak sangat aku tak reti menipu. muka inecen la katakan.
keluar dari klinik, rasa nak potong rambut sebab nanti sampai Melaka tak nak lah amek gambar Alumni berambut panjang. si budak enjin bernama Joe pun aku agak masih di Subang menyetelkan kerja on call dia. masuk kedai gunting rambut prang prang prang pakcik tu gunting rambut aku. aku tak tahu macam mana aku tak sedar dia dah potong rambut aku sampai jadi pendek gila-gila. sampai nampak kulit kepala aku cakap kau. bengang aku dengan pakcik tu. kau faham-faham sendiri lah orang mana yang banyak bukak kedai gunting-gunting rambut ni. lepas bayar 9 hengget start motor balik rumah sambil memaki hamun dalam hati di bulan puasa.
sampai rumah naik atas terus mandi. siap-siap semua semua dah ready nak gerak. entah macam mana perbualan aku dengan Joe, tetiba aku tercakap kasar dan Joe marah aku balik. sorry Joe, aku tak niat nak marah kau. tapi nasib baik Joe cepat cool dan kami sudah boleh bergurau senda mengambil gambar sama-sama ketika di Dataran Pahlawan.
TENGAH HARI
sampai di Durian Tunggal, semua mata sangat kagum sampai nak terkeluar biji mata melihat kampus tetap selepas kagum melihat kemajuan Ayer Keroh. Hakim dan Pok Den sangat teruja. oh lupa, Pok Den classmate Joe masa sekolah menengah dulu pun mengikut sekali.
kami sampai waktu rehat tengah hari, jadi terpaksa lepak sekejap di bangunan Canselori sambil melihat gelagat-gelagat junior. teringat member-member yang masih belajar, tapi takut mengganggu pula. sorry Zaren, tak sempat nak roger-roger kau. jangan kecik hati bro. peace V. haha.
pukul 2 baru gi Bahagian Amek Gambar Konvo. nasib arini tak ramai orang. masing-masing pakai jubah senget senyum-senyum depan kamera tapp lepas tu gambar diambil. semua puas hati sebab itu gambar paling hensem untuk dibuat kad Alumni. lepas tu terus ke bandar Melaka. sorry Shepha dan Mija takleh join korang main bowling kat pusat bowling terbesar di Malaysia tu. gua cuma menumpang beb. T_T
PETANG
pusing-pusing bandar Melaka sebab Pok Den tak pernah jalan-jalan Melaka. aku ikut aje sambil menembak sini sana. penat woh naik bukit belakang A Famosa bulan-bulan puasa ni. kalau diikutkan kami musafir, jadi dibolehkan berbuka. tapi iman masih kami masih teguh seteguh A Famosa untuk meneruskan puasa. ceh, padahal semua pahala semua dah kurus sebab asyik merungut dahaga dahaga dahaga.
kemudian pergi menempah makanan berbuka puasa di kedai poktek dekat-dekat dengan dNangka. kemudian terus ke param Peringgit. dua tahun dah kut tak datang beli makanan berbuka kat sini. awek-awek yang datang dan yang menjual boleh tahan jugak cunnya. penjual-penjual pulak rata-rata muka sama je. cuma slogan nak tarik pelanggan je yang bertukar tahun ni. makcik-jual-ayam-goreng-seringgit masih lantang memanggil pelanggan. seringgit dik!! seringgit dik!!
on the way ke kedai poktek, ternampak Hyundai Matrik kaler hitam JLR-apa nombor aku tak ingat dah. tapi aku pasti tu Mr Blacky Ujie yang punya. terus sambar henset konon-konon nak telefon Ujie, sekali...aku takde nombor dia? macam mana nombor parti-buih-mate pun takde ni.
MALAM
lepas berbuka makan nasi putih tomyam poktek ikan kerapu masak 3 rasa daging masak merah sayur kalian eh sayur kailan air sirap limau 2 jag, semua dah bertukar!! jadi ular sawa. bilas winston dunhill sepam dua, terus blah balik Puchong. 3 orang duk pung pang pung pang cakap pasal apa entah, aku tak amek kesah dah. aku tidur start masuk Tol Ayer Keroh sampai pintu pagar rumah.
sampai rumah terus fesbuking. duk sedap-sedap komen, tiba-tiba ter-small heart-kan sorang kawan baik ni. sorry weh, gurau semata-mata je tu. memang takde niat nak gurau macam tu. nanti teman aku shopping kat Sogo yeh. *sengih nampak gigi* sambil-sambil fesbuking sambil layan 3 brader tu bersembang letup sana letup sini tembak sana tembak sini. bila masing-masing dah berdengkur, aku tak tahu nak buat apa. aku buat lah entri ni. hahaha.
* UPK = untuk pengetahuan kamu. haha. saje je malas nak letak FYI.
23 tukang komen:
xpe2 aku xkesah..xsmall heart pun..
semua pun nak rushing2 nie setel hal masing2..
er banyak jugak ko buat org small heart ni, maybe kena muhasabah sket kot..
kadang2 pada kita gurau tapi orang tu amek seryus jadi pandai2 la..
lu ni kena masuk kelas pertuturan laa gua syak. asik tersinggung je saing. haih!
UPK tu memang takleh blah. puas ai perah santan untuk fikir apa itu UPK.
mencik taw~
cuak ko yeh si sipa majok...hahaha
naseb baek scr0ll smpai bwh dlu crik maksud UPK..hua3
Best aktiviti kamu... aduh... terliur plak dgr menu berbuka kamu... apapn selamat Menyambut Ramadhan... Semoga diberkati selalu
manjang sentap!
:P
UPK apa Keri?
I tak tau UPK apa~
hahaha~
Damn~ itulah si Zaren tu eks?
ces~
belanja aku berbuka baru aku tak tacing.huh~
nak ikot gi sogo!!!
kalau tak pergi beli handbag ibu anda sorang2 kat sogo.
ajak uh mek.bluweks.
gado la korang..
ak gelak je..
haha
apsal asik singgungkan kawan ni??
bulan puasa ni tau..
berbuat baik la berpada-pada..jahat jgn sekali..berkali-kali lah..hahaha
lang legar ~
tengah memandaikan diri ah ni.
paiseh ~
lu mengaajar kelas tu ke seh? nanti ar gua register.
azie ~
hahahaha. orang pertama terkena.
melur natasha ~
takde nya cuak. saja layan angin.
sharamli ~
tak aci. main tipu.
john iverson ~
sekali sekala berbuka kat kedai, macam tu lah jadinya.
hanie ~
nanti kau pulak nak menyentap kan.
haha.
zara ~
aku dah tulis kat bawah tu.
itu lah orang aku nak call sebenarnya. haha
shepha ~
keji uh nak ugut-ugut ai macam ni.
imheppie ~
ajak semua orang kampung classmate kita gi sogo.
ramiza.my ~
gelak lagi gelak lagi.
liliyuli ~
lidah aku sakit woh bulan-bulan puasa ni.
aku ingat nama unibersiti tadi..ahahahaha
waahhh..mmg kalau kuar makn ngan member tak terawih pnya..ahahaha
fine fine.pergilah dengan mek.tsk 3x.
hari tu pun br berbuka dkt melaka ... hehe ... kt umbai ;)
akak je malas nak wat diary,,ptg ni tunggu akak kat bazar ramadhan puchong perdana k?
hehehe...
singgung singgung pi makan ikang singgang...hehehhe
mana pic kepala botak? hohoh
owh due kali nama aku di sebut! tlmbt plak nak komennnnnn...
hahaha...
korg da blk dr sogo pon!
keri, dgr2 ko sopin mcm baru lepas menang loteri, rugi oh tak ikot.. hahaha
hemy ~
memang konpem tak teraweh.
shepha ~
aritu aku kuar dengan mek ke?
hahaha.
FarEast ~
dah lama tak makan kat umbai.
sotong celup tepung sedaappp!!
dalialiyana ~
kak nak belanja buka puasa ke?
bereh je.
aim-a ~
ikang singgang makang dalang pinggang.
masy ~
mana boleh tunjuk. haish.
w.hidney ~
lor, menara taming sari je pun.
aku pun tak pernah naik.
haha.
mek.mizah ~
memang rugi mek ko tak ikut.
laen kali nk tepon,cek dl no ade ke tidak..hahahahaha.tula,aku pon xprasan,aku xde no.ko.
hahahahaha.btolla tuh keta aku.mane de hyundai JLR7656 kt ayer keroh nih.ceh!hahahaha.
Post a Comment