Saturday, January 10, 2009

tengok tv pun sakit hati.

sejak dua menjak ni kerja aku tengok tv je. biasa la beb, kerja bercucuk tanam anggur hanya di siang hari. malam waktu nak melepaskan lelah dan segala jenis penat sambil terguleng-guleng depan tv. tambah pulak awal-awal tahun ni banyak citer besh. menonton sambil layan milo beng, memang masyuk. kadang-kadang ada cikedis. ala-ala macam tengok muvie kat panggung, cuma takde tiket je.

"bukak radio dengar suara dia, bukak tv pun keluar muka dia jugak. macam malaysia ni da takde pelakon lain!"

kakak aku membebel depan tv. minah beranak empat tu, kalau da membebel, serah la kat dia.

mak aku balas
"dia tak bayau ko pun suh tengok dia berlakon. tengok la citer lain."

beberapa minit selepas kejadian sakit hati.

hari selasa malam rabu, penghuni kediaman haji ibrahim berpusu-pusu lepak depan tv. atok, nenek, cucu semua pakat tengok citer spek besar. haji ibrahim kata, spek dia besar macam tempurung nyior. dia punya metafora, tak agak-agak.

"sakit hati betol la aku tengok citer ni. pakai skirt sampai nampak peha gegar-gegar tu. macam da takde kain nak pakai!"

"dia tak suh pun mak tengok dia berlakon. tengok la citer lain."

gedebush, jam itu jugak minah beranak empat kasi serangan balas. 2 kali sakit hati mak aku malam tu.

12 tukang komen:

sif said...

bz schedule abg..
pokok anggur dh berbuah msg aku..
nk gak rs hasil penat lelah ko tuh..haha~

paiseh said...

gedebush... mcm bunyi lu terjum masuk parit je.. hahahahaha...!!

mrblind said...

kesian kat mak lu..

BudAk hijAu said...

cisss!!!
durhaka neh...
kna solat taubat..

huahuahuahuahua!

Anonymous said...

kalau la tv tu lam seposeng je reganye.. mau nye di hempuk tv tu kat kepala kakak lu... baru betul-betul masuk tv...

en kk

Encik M said...

gile ah..stylo la mak ko ngn akak ko...wahahaha

amirul usheruff dzulkarnain said...

syurga itu di telapak kaki ibu...

ijan said...

ok ape pakai skirt. drpd x pakai ape2. haha...

Aima Othman said...

hahahahha :P

Bro Framestone said...

ops sape nie

flyinghippo said...

sapekah yg dimaksudkan?
maaf lampi!

k.e.r.i. said...

missy suzi ~
tak dan nak berbuah. b**i da gali pakai hidung.

paiseh ~
deme memang sokmo terjun parit mase kecik.

mrblind ~
nak wat canne. memang kesian.

budak hijau ~
kira halal la tu.

encik KK ~
tv tu berat. kalau flat screen da hempuk kot.

markmiez ~
tengok anak lelaki dia la sape. heh!

amirul blablabla ~
tau pun, sape suh ko menderhaka.

sultan ~
betul gak tu eh. free show beb!

aim-a ~
hihi.

framestone ~
sape sape?

ain ~
tengok la citer spek besau hari selasa tv3.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.