mataku memandang hatiku bergoncang
bibirku berbisik menyebut namamu
di langit terbentang awan berirama
tertulis ini cinta kita
kain yang ku pakai sulamnya sutera
bukannya basahan hiasan diraja
seri wajah kita menerangi senja
terlupa malam dan siangnya
jari jemariku bertaruh sepuluh
menyusunkan sembah
hati nuraniku melafazkan rindu
kalam tak berubah
bagai dikayangan kita disatukan
dalam persandingan
gelisah di kalbuku
sesaat tidak bertemu
ku bagaikan boneka
tak mampu tak berupaya
mencipta gembira mencipta gelora
bercintalah sepenuhnya
di kayangan indah kita sendiri
notakaki : apakah???
Saturday, January 31, 2009
di kayangan kita...
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 4:35 AM 13 tukang komen
Labels: capcai, ke'puah'san
Friday, January 30, 2009
terima kasih daun keladi...
tag ni aku dapat dari cik shepha. diulangi cik shepha.
available ke tak aku tak tahu, tanya sendiri.
dia ni sejenis makhluk fotogedik, dan juga antara pelopor terawal YU.BI.YU.
10 fakta/hobi k.e.r.i.
mangsa aku seterusnya:
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 12:39 AM 14 tukang komen
Labels: arghh kena tag, capcai
Wednesday, January 28, 2009
cubaan seminit
aku buat entry ni masa bos aku g tandas.
laju tak aku menaip?
atau bos aku g tandas dengan kelajuan seminit?
haha.
notakaki : tempoh bermula dari sign in sampai publish
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 2:37 PM 9 tukang komen
Labels: taip laju-laju
Thursday, January 22, 2009
miss mood tak nak datang...
tiap-tiap malam aku online.
online guna maxis broadband kepunyaan hakim, laptop kepunyaan mat joe.
sebenarnya first time guna broadband ni.
rasa macam anak orang kaya je guna mende alah broadband ni.
orang kampung la katakan, banyak benda "first time" sejak dua menjak ni.
nanti-nanti aku cerita pasal "first time" yang lain.
ba'ang pok ya, ain basri & nadia nasir, tolong jangan potong line dulu ya.
berbalik kepada matlamat utama entry ni.
lompat dari satu blog ke blog saing-saing, nampak status "keri, one week ago".
agak lama aku tak hapdet rupanya.
tapi nak buat macam mana, dah mood takde.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 1:09 AM 8 tukang komen
Labels: capcai, ke'puah'san
Saturday, January 10, 2009
tengok tv pun sakit hati.
"bukak radio dengar suara dia, bukak tv pun keluar muka dia jugak. macam malaysia ni da takde pelakon lain!"
kakak aku membebel depan tv. minah beranak empat tu, kalau da membebel, serah la kat dia.
mak aku balas
"dia tak bayau ko pun suh tengok dia berlakon. tengok la citer lain."
beberapa minit selepas kejadian sakit hati.
hari selasa malam rabu, penghuni kediaman haji ibrahim berpusu-pusu lepak depan tv. atok, nenek, cucu semua pakat tengok citer spek besar. haji ibrahim kata, spek dia besar macam tempurung nyior. dia punya metafora, tak agak-agak.
"sakit hati betol la aku tengok citer ni. pakai skirt sampai nampak peha gegar-gegar tu. macam da takde kain nak pakai!"
"dia tak suh pun mak tengok dia berlakon. tengok la citer lain."
gedebush, jam itu jugak minah beranak empat kasi serangan balas. 2 kali sakit hati mak aku malam tu.
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 11:25 AM 12 tukang komen
Labels: capcai, sekitar saya
Wednesday, January 7, 2009
acu cuba try test
permulaan tahun 2009 agak tidak memberangsangkan.
ah, kita pelan-pelan kayuh dulu.
asyik-asyik lepak di rumah lee pemilik-kereta-daihatsun sambil layan THR gegar permata pantai timur, andy hakim kasi satu teka-teki.
agak-agak apa jawapan dia?
tukang post :: k.e.r.i. jam :: 3:02 PM 9 tukang komen
Labels: capcai, ke'puah'san