Wednesday, December 31, 2008

selamat tinggal 2008 (stereotype sgt tajuk ni)

kembang kempis kembang kempis lubang hidung, rupanya esok da nak masuk 2009. setahun rasa macam kejap je. tahun 2008 ni tahun paling sibuk la kot (buat-buat sibuk sebenarnya.) awal-awal tahun lagi da kena berhempas pulas buat PSM I. cedok sana, cedok sini, siap jugak Projek Sakit Mental I tu. masa orang lain dok sibuk cuti, sibuk kerja part-time, kami kena amek short sem sebab kena setelkan PSM II pulak. berhempas pulas lagi di situ. habis segala viva segala menda alah projek sakit mental, latihan industri pulak dok tunggu turn. see, dari awal tahun sampai akhir tahun, semua schedule penuh. sekarang, sudah kena cari kerja. haiyaa!

kalau aku dapat kerja, 2 menda ni je aku nak beli dulu, merangkap wishlist tahun 2009;
  • Sony Ericcson Xperia.
  • Nikon D60.

tapi, mana nak cari kerja ni??

notakaki : al-fatihah kepada arwah nora ain, shamsian 1999-2003 yang meninggal pagi tadi. semoga arwah dicucuri rahmat. Amin

Monday, December 29, 2008

banyak sangat blog, mana nak ingat.

dah seminggu habis praktikal.
bosan.
aktiviti harian ; takyah la aku cakap. korang semua dah tahu.
haha.

nak berinternet, pakai dial up saja.
speed sekarang; 14.4 Kpbs.
aku ambil masa 4 jam untuk buat entry ni dan masukkan link kawan-kawan.

owh. aritu aku salin kulit baru.
jadi blog ni takde lagi oren-oren.
pelangi-pelangi pun takde.

siapa-siapa yang link dia takde kat sini, tolong remindkan dalam komen kat bawah.
aku ingat korang, tapi tak ingat url.
sori la ye.

Thursday, December 18, 2008

i'm sorry & thank you...

arini last day praktikal kat Golden Pharos Berhad a.k.a. GPB.
ni da nak balik baru update.
ni last entry kat GPB.

datuk maruan

encik nazrul

encik zul IT

haji azmi

encik basir

encik mat sulong

encik KK

kak erina

faidzul

encik suhairi

encik zul omar

abang mat nawi

kak has

kak lina

kak zaida

kak wan

kak yah

kak aida

mek ani

terima kasih & mintak maaf untuk segalanya.

notakaki sudah dihapuskan

Wednesday, December 17, 2008

amaran : entry ni banyak gambar.

hati rasa nak update, tapi malas nak menaip panjang2.
jadi aku letak gambar banyak2, bawah gambar aku cerita sikit2.
gambar2 ni masa Pesta Sukan Kumpulan Golden Pharos kat ILSAS Bangi.
bila gambar campur cerita sikit2, jadi lah cerita bergambar.
macam cerita bergambar masa kecik2 dulu.
* gambar adalah mengikut kronologi.

gerak dari kuala terengganu kol 9 pagi. kak aida sangat teruja sampai buat gaya ala-ala korean.

sampai bangi lebih kurang pukul 5 petang. check in kat ILSAS, keluar makan malam kat Taman Warisan Pertanian. pastu gerak g Alamanda. sempat gak jumpa saing2 lama yang buat intern kat sini. matjoe intern kat siemens, ba'ang ngah khusyuk minum air.

noor & gee, sambil membuat ekspresi muka kat food court alamanda.

zack; ex housemate & sheila. perasan tak baju sheila kaler grey tu. hanya beberapa kerat manusia je ada baju tu.

hari jumaat. pagi2 lagi da training. tapi kol 9 kena halau. orang halau, kita kuar 2nd breakfast kat Lot 10.

ni masa perasmian pembukaan. kelihatan kontingen GPB kat hujung belah kanan. bayangkan pakai windbreaker dalam dewan tertutup pukul 3 petang. meleleh siot.

aku diapit gegirl GPB. wah, bahagia~~ player bola tampar ngah training.

ni sedikit salah paham masa game bola tampar lawan Pesaka. baru 1st game, apa kes nak gaduh2. tiada kecederaan fizikal & mental dilaporkan.

2 orang ketua sorak GPB merangkap tok batin untuk memastikan kemenangan GPB. hampeh, power tok batin ni tak cukup kuat. GPB kalah game bola tampar.

malam pulak perlawanan badminton. masa ni, subsi2 lain yang lawan dulu. situasi tenang je. puak2 GPB warming up dulu.

player wanita GPB; erina & noor. masa ni dewan tak tenang lagi da, bising yang amat. puak2 Pesaka ni memang pantang kalau lawan GPB. abis semua selipar, kerusi, tong sampah dijadikan alat muzik.

muka2 fresh player futsal padang GPB di pagi sabtu.
berdiri : manas, bos suhairi, encik KK, bos nazrul, encik mat, abang zul
duduk : encik zul IT, faidzul, encik zul omar, abang mat.
(GPB mempunyai ramai manusia bernama zul)

seriyes, aku tak tahu apa gaya encik zul omar ni. agak2??

encik mat sedang menggelecek. ayam kena tambat GPB ni. aku rasa encik mat target muka emy si penjaga gol GP Glass berbaju biru tu.

game ke 4 dan terakhir, ping pong. mantap betol posisi gee masa ni. tapi kalah juga kepada Pesaka. badi Pesaka memang kuat gila babeng. tak hairan la dieorang juara keseluruhan.

cik la & cik na posing maut depan ilsas. muka penat + kenyang sebab makan banyak masa penutup. gambar takde, aku-manas-abang mat-encik zul IT lepak dalam bilik masa tu. heh!

ni da gerak balik. balik ikut seremban-kuala pilah-bahau-kuantan sebab tanah runtuh kat Bukit Mewah tu. tak masuk highway encik zul omar da tido sengih2. sampai umah pukul 2 pagi. besh jenjalan. huhu.

Thursday, December 11, 2008

menjawab pertanyaan...

report da setel. layan tag dari heedayah ni.

Did anyone watch you the last time you kissed someone?
takde. sebab saya kiss dia kat tangga.

When you're walking, do you stop to drink?
kalau da air tu kat tangan, minum je la.

Do you believe that if you want something bad enough you'll get it?
biasanya benda yang aku nak, aku tak dapat. yang aku tak nak tu la yang aku dapat. haish.

Have you ever kissed someone in a vehicle?
dalam komuter. lantak la orang nampak pun.

Ever snuck out of your house?
malam tadi baru buat.

Kill or Be killed?
tak baik dowh bunuh2 ni.

Break someone’s heart or have your heart broken?
dua². kasi hancur terus.

What did you do today?
turun kacau kak wan ngan abang mat. baru pas keluar dari havana ngan encik basir.

Do you like someone right this second?
mesti la ada. haha!

Would you ever get a tattoo?
tatu tempek2 pakai air liur macam masa kecik dulu, boleh aje.

What was the last thing you ate?
winston 14.

Are you a morning person or a night person?
mornight person. buleh dok?

Do you snore?
kalau tido time penat gila babeng, konpem!

Do you know anyone who has gotten an abortion?
ada. tapi tak ingat lor.

What would you do if you opened up your front door to a dead body?
siapa la bangang sangat buang mayat depan pintu rumah aku ni.

Do you like to spend time with people?
sampai 2,3 pagi pun takpe.

Are you hungry?
sepanjang masa. hidup kan untuk makan.

Are you a forgiving person?
jilat jari kaki aku dulu kalau nak aku maafkan kau.

When was the last time you did the dishes?
5 jam lepas, makan pagi kat pok mang.

Are you talking to anyone while doing this?
sembang² ngan encik KK.

Do you want a relationship right now?
tak mboh!

What are you about to do?
potong rambut. rimas ar rambut panjang² ni.

Have you ever thought someone died, when they really didn't?
ya. pakcik mansur dalam citer sutera maya. ingatkan da mampos kena tembak.

If you could be a superhero what would you want to do?
eleh, jadi superhero apa la sangat. setakat pakai baju ketat² pastu tolong orang.

Your name plus "ness"?
keriness. sungguh tak baik.

Three feelings at the moment?
aku.sangat.lapar.

Done anything you regret so far in life?
manusia mana yang tak pernah buat silap.

Are you listening to anything?
lagu awie - perhentian. encik KK pasang kat laptop dia.

Where are you right now?
kat meja juju.

What are you scared of?
ALLAHUAKBAR! takbir!

Last movie you watched?
entah. lupa.

Last song you sang out loud?
Lady Gaga - Just Dance.

Are you thinking of someone right now?
tak fikir sape². terfikir kat ayam aku nak makan kejap lagi.

Who is the last person you talked to on the phone?
makcik cina salah nombor.

Last thing you downloaded on your computer?
lagu lagu lagu

Have you changed much this year?
saya tak berubah. perut saya je yang berubah. pipi pun ikut jejak langkah perut.

Where was the last place you went besides where you are?
havana.

Has anyone ever said you looked like a celebrity?
tak. celebrity yang macam muka aku.

Do you speak any other language?
bahasa tranung.

Do you dress for style or comfort?
pape je la. asal tak nampak area² yang tak sepatutnya nampak.

Ever had a drunken night in Mexico?
tag ni mesti datang dari orang amerika yang jahil two-kay.

What's the craziest thing you've done?
menjadi gila. ada yang lebih gila dari tu?

Favorite color(s)?
biruorenhitam.

What is your favorite Nickelback song?
main nyanyi je. tajuk lagu haram tak tau.

What are you looking forward to this summer?
ingat aku ni student dalam Gossip Girl ke ada summer² ni.

Last time you smiled?
senyum kat Cik La tadi.

If you could choose any fate what would you choose?
soalan ni agak2 boleh memesongkan akidah.

If you could have anything in the world, what would you want?
aku nak semua. aku kan tamak. haha!

notakaki : gila banyak soalan. siapa² yang aku berhutang jawab tag, sila remindkan ya.

Wednesday, December 3, 2008

encik a.samad said mesti tabik dengan budak ni...

budak² zaman sekarang memang advance.

tak hairan la kalau nampak dak² kecik dok merendek kat taman², shopping² complex.

faham tak apa aku membebel ni?

klik sini untuk faham.




notakaki : perasan tak aku boleh buat superscript '²' dalam entry ni?

notakakibelahkiri : aku g kl esok. pastu cuti sampai selasa. lalala~~

Monday, December 1, 2008

aku memang bersemangat waja...

sekarang memang gila takde mood nak buat report. since minggu lepas da habis present ngan supervisor. rasa lega yang amat sekarang ni. lega macam baru lepas keluar tandas selepas 4 hari tak masuk tandas. kamu faham kan? ok.

mana tak lega, segala dugaan hidup berlaku sebelum presentation. pergi balik kerja dalam hujan, itu da berlaku sejak 2 minggu lepas. 2 hari sebelum presentation, kamu tahu apa jadi? laptop aku rosak. adoiyai, gila bengang + chuak. segala menda projek, backup, semua dalam laptop tu. walaupun backup ada, tapi tetap dalam laptop. tidak dapat tidak, repair je la solution dia.

pagi masuk opis, minta tolong encik basir.
(banyak betul nama encik basir dalam blog ni, sampai jadi feymes. terima kasih encik basir) try repair window, tak jadi. try format window, pun tak jadi. try scan antivirus, mungkin jadi, tapi kena tunggu lama. masuk lunch hour, aku da bosan tunggu. aku ni bukan jenis cepat sangat give up, tapi da takda masa nak menunggu. sistem tu pun tak 100% siap, lagi 2,3 inci nak siap. backup yang ada tu pun, 20-30% je siapnya.

pergi dynabytes (kedai komputer), suh apek tu check. godek godek godek, dia kata takleh nak repair. lantak la takleh repair ke, nak buang ke, yang tu belakang cerita. yang penting, aku kena ambil backup dulu. sistem memang da jadi arwah, sebab dalam C.

backup da ada, laptop pulak tak ada. masuk opis, si ila offer laptop dia sebab dia cuti dari rabu sampai ahad. owh, terima kasih. 2 hari 2 malam aku pulun, walaupun tak siap 100%. nasib baik banyak jugak yang siap, cukup lah sekadar nak present. nasib sempat buat kan. so, moral of the story, sila buat back up kerja2 anda.

notakaki : tangan aku laju je menaip hapdet blog. bila buka word, masyaAllah.

 
Template by suckmylolly.com - background image by elmer.0 - edited by k.e.r.i.